Artis, fesyen tak boleh dipisah!



Oleh Hartati Hassan Basri
hartati@hmetro.com.my

MENGHIMPUNKAN 26 selebriti terkenal dan popular, pastinya bukan sesuatu yang mudah memandangkan mereka sentiasa sibuk dengan jadual kerja. Namun, ia mampu dilakukan penganjur untuk majlis pelancaran produk terbaru Rafflesia The Pearl Centre, Mandalay, di Carcosa Seri Negara, baru-baru ini.

2205ctrossa.jpg

BAGAI KEMBAR…Siti dan Rossa berduet menerusi laguAku Bukan Milikmu.

Dari penyanyi terkenal Anita Sarawak, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Syafinaz, Fauziah Latiff atau Jee dan Ezlynn hingga pelakon popular seperti Eja, Nora Danish, Pushpa Narayanan, Lis Dawati, Natasha Hudson dan Aleeza Kassim semuanya bergaya hebat dengan rekaan istimewa tiga pereka fesyen muda iaitu Khoon Hooi, Jovian Mandagie dan Amir Luqman.

Mereka tidak kalah dengan kehadiran model terkenal dan ratu cantik seperti Ratu Malaysia/Universe 2004, Andrea Fonseka, Ratu Malaysia/Dunia 2005, Emmeline Ng dan Ratu Astro Cina Antarabangsa 2004, Jolene Chin serta model tinggi lampai Amber Chia, Fadzlun dan Tengku Azura.

Tidak ketinggalan pengacara Nona, Nurul Syuhada, pengacara Breakfast Show, Daphne Iking, penyampai radio Era, Linda Onn serta penyanyi dari Indonesia, Rossa dan juga Hong Kong, Maria Cordero dan Elisa Chan. Maria dan Elisa sama-sama menjayakan Konsert Empat Diva bersama Anita dan Francis Yip di beberapa negara Asia.

Kehadiran Siti dan Rossa paling mencuri tumpuan jurugambar apabila mereka digandingkan kerana kedua penyanyi ini dikatakan mempunyai wajah seiras, hingga peminat di Indonesia mengatakan Siti kembar Rossa kerana persamaan pada mata mereka.

Siti dan Rossa juga menggayakan dua pasang baju rekaan Jovian dan Khoon Hooi berbanding selebriti lainnya hanya sepasang. Rossa pula diberi penghargaan menggayakan set nilam paling mahal dari koleksi Mandalay bernilai RM8.8 juta manakala Siti set nilam bernilai RM3 juta.

Eksekutif Publisiti Rafflesia, Bill Bora, berkata Mandalay adalah produk kedua dipasarkan Jewelery Circle Sdn Bhd selepas melancarkan jenama Rafflesia.

Katanya, jika Rafflesia khusus menampilkan mutiara, Mandalay pula menyaksikan jed dan nilam dari Mandalay di Burma yang digubah indah untuk menjadi perhiasan dan kebanggaan wanita.

“Untuk pelancaran koleksi Mandalay, saya mengatur satu majlis meriah dihadiri selebriti terkenal sebagaimana pelancaran Rafflesia dulu. Biasanya, majlis pelancaran produk dijayakan model jelita tetapi saya yakin kehadiran penyanyi dan pelakon terkenal akan menjadikan majlis itu lebih bermakna.

“Mereka akan menggayakan rekaan istimewa daripada tiga pereka muda bersama aksesori dari koleksi Mandalay. Bagi saya fesyen dan artis tidak boleh dipisahkan. Untuk itu, saya cuba mendapatkan seramai mungkin penyanyi, pelakon, pengacara dan model popular untuk hari bersejarah ini.

“Hasilnya, 26 selebriti berjaya dikumpulkan. Tidak ketinggalan pemuda tampan seperti Ashraf Sinclear dan Fahrin Ahmad,” katanya.

Dari jam 6 petang, seorang demi seorang selebriti tampil bergaya untuk diabadikan gambar mereka oleh jurugambar. Mereka yang menggayakan rekaan Jovian ialah Anita, Andrea, Emmeline, Fadzlun, Amber, Daphne, Rossa dan Linda manakala rekaan Khoon Hooi Ziana, Maria, Elisa, Siti, Eja, Jee, Syafinaz, Nurul dan Rossa.

Sementara itu Nora Danish, Tengku Azura, Jolene, Pushpa, Natasha, Aleeza, Lis dan Ezlynn menggayakan rekaan Amir Luqman. Untuk melengkapkan gaya, mereka melangkah hebat dengan kasut rekaan Lew Fong Voon dari Lewre membabitkan 16 selebriti. Kemuncaknya ialah penampilan Siti dan Rossa bermula dengan rekaan Jovian diikuti rekaan Khoon Hooi.

Jovian berkata, majlis seperti itu cukup bermakna bagi dirinya kerana memberi peluang kepadanya menghasilkan baju untuk selebriti terkenal.

“Saya bangga apabila diberi tanggungjawab menghasilkan baju untuk selebriti terkenal seperti Anita, Andrea, Emmeline, Fadzlun, Amber, Daphne, Rossa dan Linda. Saya hasilkan baju berdasarkan personaliti mereka serta aksesori yang akan digayakan.

“Untuk Siti, saya pilih warna hitam kerana penyanyi itu akan menggayakan set barang kemas nilam kerana hitam mampu menaikkan warna merah nilam itu.

“Potongan baju pula saya tampilkan mengikut bentuk badan untuk menyerlahkan penampilan Siti yang anggun dan mempunyai bentuk badan menarik.

“Anita adalah diva terkenal yang menceburi industri ini lebih 30 tahun. Jadi, saya pilih warna emas supaya nampak mewah. Untuk lebih hebat, saya paparkan hiasan di dada dari batu swarovski warna emas. Baju Anita juga paling mahal berharga RM35,000.

“Untuk model, saya mencuba satu rekaan yang seksi seperti gaun merah Amber dan juga gaun hijau Emmeline yang mendedahkan dada,” katanya.

Majlis dua dalam satu yang dihoskan Anita, turut menjadi detik bersejarah bagi pemilik Rafflesia yang juga pasangan suami isteri, Sin Cheang Loong dan Winnie Sin, apabila meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-16.

Anita turut menceritakan detik-detik pertemuan pasangan itu kira-kira 21 tahun lalu kemudian memeterai percintaan mereka dengan ikatan suci sebagai suami isteri pada 21 Mei 1990.

Sebenarnya pasangan yang dikurniakan empat anak, Sin Hui Cin, Sin Hui Wen, Sin Zhao Hong dan Sin Zhao Yan itu tidak pernah diraikan dalam satu majlis perkahwinan khas hingga mendorong Bill Bora meraikan mereka pada hari itu.

Ia diraikan bersama tetamu undangan khas dari kalangan rakan-rakan, 26 selebriti berkenaan dan juga pengarang hiburan akhbar serta beberapa wartawan.

Winnie yang anggun dengan gaun rekaan Khoon Hooi dan kasut rekaan Datuk Jimmy Choo berharga RM300,000, menerima hadiah cincin bernilai hampir RM1 juta dari koleksi Mandalay daripada suaminya.

Siti Nurhaliza dan Rossa menjadi pilihan Winnie untuk menghiburkan tetamu. Siti menyanyikan enam lagu bermula dengan Can’t Take My Eyes Of You, Asmara, I Will Always Love You, Biarlah Rahsia dan lagu Mandarin.

Ketika menyanyikan lagu Mandarin, Maria yang begitu peramah memberikan kerjasama menyanyi bersama ketika Siti menghulurkan mikrofon kepadanya. Lagu I Will Always Love You pula Siti tujukan khas buat pasangan yang diraikan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Siti juga memukau hadirin dengan lagu popular Whitney Houston itu. Kata Siti, lagu itu menjadi kegemarannya ketika menyanyi di majlis kenduri kahwin. Siti turut berduet dengan Rossa menerusi lagu popular Rossa, Aku Bukan Milikmu manakala Rossa secara solo memilih lagu Pudar.

You can leave a response, or trackback from your own site.

100 Responses to “Artis, fesyen tak boleh dipisah!”

  1. kuntau says:

    Tot aku nak sambut dia dengan karpet jingga pulak kali ni supaya otaknya lebih bergeliga cari idea untuk memesongkan lagi otak2 anak muridnya kat hippo zone tu

  2. kuntau says:

    orang yang simply panggil orang bodoh itulah yang sebenarnya bodoh tau…sebab dia macam tin kosong bunyi aje lebih tapi sure no isi punya kah..kah..kah…lucunya CTBODO ni

  3. kuntau says:

    yalah..aku tak cakap korang tak boleh masuk web ni cuma aku takut korang ni mungkin tersesat ckit nak ingatkan aje, coz kat cni bukan laman rasmi untuk pemujaan2 tok hippo korang tu, so para peminat fanatik blue hippo yang macam CTBODO ni baiklah berkunjung ke http://www.hippo.com dah aku bagi address sekali tu hah… lepas ni harap2 tak sesat lagilah ya….

  4. toyol says:

    hhahahaha….gelak guling2….. web tu sesuai dgn cgilamour sekali bro.. kan dulu dia pernah jadi duta Streamyx so lu letak sekali pic cgilmaour dgn HIPO yg badak biru besar tu berpeluk. sesuai99x…. gelak kuat2….gelak guling2…

  5. sitot says:

    aku rasa ada lagi website yg review dan komen tentang siti melampau2 dan kaw kaw punya… Yang aku tahu siti dah tak berada di kemuncak kejayaan tapi sedang menurun perlahan2 waalaupun mcm2 cara siti menarik perhatian org di luar sana.

    Udah lerr siti. dah kawin tu, jaga la rumahtangga, kalau nak berkerjaya, boleh teruskan bisnis teh tu. Tak der la org kutuk2 lagi. Dah la menyanyi tu tak baik, tu lagi mengundang org2 mengutuk…

  6. Putera Emas says:

    dari tahun 2004, popularitinya menurun, tapi dia bijak memaintainkannya dengan menumpang populariti penyanyi lain… masa tu AF tengah hangat, dia jemput budak-budak AF dan adakan konsert Siti Nurhaliza Fantasia Tour. sejak tu sapa2 artis tengah hot, dia jemputlah kat konsert dia untuk melariskan tiket. Tengok apa jadi kat London dan Singapore?

  7. alia says:

    banyak lagi rezki yg halal….kalau dah confirm hasil nyanyian tak halal…buat bussines lain….apa salahnyer….siti kan duit berjuta….rezki tak berkat lagi dicari lagi cepat habisss…

  8. alia says:

    yg fashion designer tu pun satu…orang tu dah kahwin bagi pulak pakai yg terjojol-jojol…tolong sikit hormat org yg dah kahwin…boleh tak design yg sesuai sikit dgn siti….
    Dah ler ketat…nampak semua tersembol…cuba design elok sikit…..

  9. sirap says:

    tuan tanah apa jadi kat singapore..mahapla aku memang tak tahu ni..

    alia baju tu tuan punya badan boleh tolak kalau tak setuju..takkan kena paksa kot..paksa rela..harus

  10. alia says:

    hehhee betul tu sirap…kena paksa kot????….apa jadi kat Singapore……PutraEmas story sikit????

  11. alia says:

    untuk siti dan mak cik salamah:

    SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus.

    Apabila bergaul dengan pelbagai bangsa dan agama, kita banyak mendengar dan membaca bagaimana media barat memomokkan kod pakaian wanita Islam yang dikaitkan dengan maruah dan harga diri.

    Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.

    Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

    Aurat berasal daripada bahasa Arab, ‘Aurah’ yang bererti kurang. Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

    Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Untuk memenuhi syarat menutup aurat, pakaian seseorang wanita mestilah memenuhi syarat berikut:

    # Menutupi had aurat yang sudah ditetapkan.

    Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi (bukan mahram).

    Allah berfirman yang bermaksud: “Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.” (Surah al-Nur, ayat 31)

    Firman Allah lagi yang bermaksud: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab, ayat 59).

    Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat. Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman.

    # Pakaian yang longgar.

    Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak.

    Syarat ini berdasarkan kepada kata Dahiyyah bin Khalifah al-Kalbi yang bermaksud: “Rasulullah SAW didatangi dengan beberapa helai kain ‘qubtiyyah’ (sejenis kain yang nipis buatan Mesir), lalu Baginda berkata: “Bahagikan kain ini kepada dua, satu daripadanya dibuat baju dan bakinya berikan kepada isterimu.” Apabila aku berpaling untuk beredar Baginda berkata: “Dan suruhlah isterimu meletakkan kain lain di bawahnya (supaya tidak nampak bentuk tubuhnya).”

    Menurut Ibn Rusyd, ‘qubtiyyah’ ialah pakaian yang tebal tetapi melekat pada badan kerana ianya ketat dan menampakkan bentuk tubuh pemakainya. Oleh itu, Rasulullah SAW menyuruh Dahiyyah menyuruh isterinya melapik pakaian itu dengan kain lain supaya tidak menampakkan bentuk tubuhnya.

    # Pakaian yang tidak jarang.

    Syarak menetapkan pakaian wanita mestilah tidak jarang sehingga menampakkan bentuk tubuh atau warna kulitnya. Aisyah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asma, pernah masuk ke rumah Rasulullah SAW dengan berpakaian tipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah SAW berpaling dan mengatakan: “Hai Asma, sesungguhnya seorang perempuan bila sudah datang waktu haid, tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini sambil ia menunjuk muka dan kedua telapak tangannya.”

    Teguran Rasulullah SAW terhadap Asma jelas menunjukkan bahawa pakaian yang jarang tidak memenuhi syarat menutup aurat bagi wanita baligh.

    # Bukan pakaian yang menarik perhatian (pakaian syuhrah).

    Apa yang dimaksudkan pakaian untuk bermegah ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan sehinggakan menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.

    Ibn Umar meriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang memakai pakaian bermegah-megah maka Allah Taala akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka.”

    # Tidak menyerupai pakaian lelaki atau pakaian orang kafir.

    Pakaian yang menutup tubuh badan tidak dikira sebagai memenuhi ciri pakaian Islam jika menyerupai pakaian orang kafir. Ia berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti diriwayatkan Ibn Abbas: “Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

    Larangan menyerupai pakaian orang bukan Islam ini atas alasan ia boleh menjatuhkan martabat Islam dan penganutnya.

    # Tidak bertabarruj.

    Tabarruj dalam bahasa mudah boleh diertikan sebagai bersolek. Ada juga yang mengatakan tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya, lalu terlihatlah rantai leher, anting-anting dan lehernya. Kesimpulannya tabarruj ialah memperlihatkan keelokan, kecantikannya yang sepatutnya wajib ditutup.

    Larangan ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang jahiliah dulu (pertama).” (Surah al-Ahzab, ayat 33)

    Ayat itu petunjuk kepada isteri Nabi SAW supaya tetap di rumah dan tidak bertabarruj seperti orang jahiliah dulu. Konsep tabarruj jika dilihat dalam kerangka lebih luas meliputi perbuatan wanita mendedahkan aurat, memakai wangian apabila keluar rumah, cara berjalan atau tingkah laku yang menarik perhatian lelaki ajnabi.

    Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukannya ilmu Islam sebenar.

  12. kuntau says:

    kalau hippo tertekan sangat pasal banyak yang suruh dia bertudung, silap2 nanti dia akan pakai tudung singkat tapi berbaju singlet…ha…ha.. imagine tu…lepas tu semua anak murid beliau akan turut serta “trend baru” katakan

  13. jakun says:

    kalau niat hati dah nak bertudung ..tak kan rasa tertekan..tudung singkat lagi kaki pengkang yang suku tertutup ..

  14. Putera Emas says:

    tak dapat panggil Taufik Batisah jadi artis undangan. tiket konsert tak abis jual… rugi lagi…

  15. kuntau says:

    Tak lama lagi akan keluar tudung cti pulak dipasaran, tuan tanah tolong sound awal2 k kalau dah keluar sebab aku nak tempah lebih ckit bagi kat hippo2 yang berjemur tengah panas tu…ha..ha..ngam sangat tu

  16. jakun says:

    ni saya bagi anouncement awal2…. sabah sarawak nak jugak tunggu minah lawak ni..

  17. kuntau says:

    nak tuan tanah terpaksa rasmi satu web baru untuk para peminat yang berminat nak beli tudung city…dik pahit mesti jadi pelanggan pertama beliau.

  18. sitot says:

    tudung bawal ctdk…

    yg alia attach kat sini aku dah baca kat BH.. bagus tu utk peringatan utk muslimah dan diriku sendiri..

    takkan tu aje cerita tuan tanah? mesti ada cerita lain pasal jualan tiket tak laku.

  19. kuntau says:

    ha..ha..sitot dah tak sabar nak hantam hippo tuan rumah

  20. sitot says:

    nak hantam??? Aku rasa toyol dulu hantam.. aku ni slow sikit. Macam siput. Memang nampak ketara la dia nak meraih semula perhatian org ramai sejak dia kawin dgn dk. Maklum la siti dah merobek hati2 peminat. Takut la nanti bila album traditional dia dah keluar nanti tak der sorang yg nak beli, sebab peminat2 dah frust tertonggeng. Ermmm siti dah balik ke belum dari umrah??? Nak sambut dia dgn red kapet.

  21. kuntau says:

    hang jangan bagi dia jalan atas karpet merah tu lagi tot, silap2 dia pakai baju manik2 tu lagi hah…siapa nak jawab??? kasihan press2 tu semua kang bertambah busy pulak nak menjawab soalan peminat tanya baju blaus ka baju kebaya??

  22. kuntau says:

    c hippo pun lucu, antara kebaya dengan blaus pun dia dah tak reti nak bezakan lagi…love is blind….thats y kot

  23. toyol says:

    oh ya ke tuan khemah tiket tak laku? si taufik tak nak terima undangan dia ke? kasi terang sikitlah tuanh khemah….gua nak detail…ceta panas ni…hahahahaha….nasib lah kau labu… labu dah lembik.

  24. Putera Emas says:

    ya yol.. taufik kena masuk askar. last 2-3 days kasi discount! dah discount pun tak terjual abis. cerita lain, gilah cari kau blog aku tu.
    album traditional tu aku confirm tak laku punya. nanti dia berlakon lagi kat press kata peminat download album dia dari beli yang original.

  25. kuntau says:

    kasihan hippo kering otak cari idea nak kaya balik..peminat hari ni dah makin bijak n serba tahu so lakonan dia dah tak menjadi lagilah nampaknya

  26. sitot says:

    kalau album tak laku…balik kampung jual kuih laa…

  27. betuahbadan says:

    zaman la ni sapa lagi nak dgr lagu2 lama.peminat2 tok ct tu semuanya muda2 belaka.org tua ada ka nak beli album ni.baik depa dgr dlm radio lagi cun.alamat memang tak laku la album tradisional tok ct.cikgutue pasti suka lagu tok ct ni.memang kena la dgn usia dia yg dah tue..he he he jgn mare cikgu.

  28. toyol says:

    =))

    hoyehhhh….taufik tak dtg…. apa lg cgilamour…lu jemput misai lu lah nyanyi dgn lu. kan pasangan sehati sejawa…. gelak lg.:))

    pasal album traditional, nak ambik hati org veteran2 lah tuh coz fanatik veteran dah tak ada…. semua makcik pakcik takut suami di kebas cgilamour….lari lari…larilah hai kudaku…larilah..ayoh lari.

  29. TOXIC_ZWAN says:

    WAH! CANTIK NYE DATUK SITI! SYG SITI! SITI NURHALIZA 4 EVER!
    VOTE JACLYN VICTOR UTK IKON MALAYSIA! IKON JAC KE 32999!

  30. TOXIC_ZWAN says:

    TAHNIAH SITI ARTIS TERBAIK ASIA! KALAH KAN JAY CHOU, RAIN DAN AYUMI!
    SITI HEBAT!
    ARTIS ASIA TERBAIK DUNIA!! STARAF MARIAH CAREY AND MICHAEL JACSON!!

  31. cykepo says:

    alah tak payahlah tahniah2 kalau kau compare cik ct ngan mariah carey yng sleazy tu . takyah lah bangga sangat dgn orang yang berpakaian tapi masih berbogel.dgn mj tu pun tak taulah.

  32. cactus says:

    CT always d best!!!!!!!pakai lah hape pun..dugong ke…lembu laut ke..suara ct tetap jd pujaan..u all xsuke dia xpe..benci dia pun xpe..tp xyah ah kutuk lbh2 ekk..yg i perasan kan..benci2 u all neh kutuk maki giler2 tp tetap tau yek pkembangan tok Ti kite neh..siap t’tgu2 lg ct blk umrah lah..tau ct nk kuar album t’sional lah..jemput stdent af dlm konsert lah..eh eh pendek kata sume u all tau beb!mean stiap y kuar paper/mag/tv/radio bout ct u all kira alert lah yekk..makna nye u all ni sbenarnye sayaaaaaaaaggg kat ct eek..jeles skit jek kot..hikhik baik u all jg emak adik kakak sepupu sepapat sdara pompuan u all y xpkai tudung,seksimeksi,dating sanasini dr buang karan leh dosa mengata2 tok Ti..bohong lah klu ckp family u all perfect..ye tak..well tq gak lah cuz still amik tau bout ct..maknanye ct xlg dlupakan…sayang sirap,sitot,kuntau,toyol…moga2 mdapat jannah d akhirat nanti..
    p/s:agak2 ekkk bla u all nk jumpe ct n minta maaf dgn dia atas kutukan melampau ni heh…dosa ngumpat ni kena minta maaf ngan tuan empunye diri woooo

    we are not a perfect person live in d perfect wold!!

  33. kuntau says:

    ha..ha..sihan c cactus ni…lama tak minum air kot that y melalak tak tentu pasai :oops:

  34. ari -indonesia says:

    kasian orang2 yg sakit hati tiada mendapat apa2 selain hati yang makin busuk dan dengki, ganjaran dosa serta pikiran yang semakin kerdil. beruntunglah orang yang selalu dihina karna dosa2 nya akan mengalir pada orang yang menghina. siti, salut dengan kerja kerasmu selama ini, kasian orang yg mengumpatmu, cuma bisa main belakang dan cuma bisa menelan air ludah melihat kesuksesanmu. CT you re the best!!

  35. betuahbadan says:

    bukan sakit hati la ari.buat apa nak sakit hati kat depa dua ni.tak dapat apa2 pun cuma suka perhati dan nengok gelagat mereka ni bagai anak dgn bapak.bagai puteri gunung ledang dgn raja melukut.itu aku nak gelak tu.depa ni buat la sesuatu yg org tak kan kutuk2 depa selalu.org2 msia ni suka nengok benda2 yg kalut dan luarbiasa mcm depa duk buat sekrg ni. :grin:

  36. kuntau says:

    betoi hang cakap betuahbadan…hippo ni pelik dari yg lain, tu yg aku suka tu

  37. betuahbadan says:

    bukan hang sorang je suka tgk gelagat depa berdua ni seluruh malaya temasuk la indon,brunei,singapore dan selatan thai sebab dah tersangat popular akhirnya makan diri depa jugak.itu aku nak gelak tu. :grin:

  38. sirap says:

    cactus ni kambing yang sama..kasi tukar nama tapi pendapat bodoh tetap sama..bodoh bodoh

  39. maicini says:

    kneper lah ct pakai ketat sgt baju tu……….dulu tak mcm tu pun kalu nak berfesyen pun tgk2lah …kte tu artis org sllurrrrrp selama ni……..
    nmpak mcm hipokrit lak…………. :roll:

  40. spy. says:

    dah akhir zaman ulama diketepikan tapi artis dijunjung….
    tunggu dan lihat apakah permainan artis dgn agama selepas ini….
    insyaallah….

  41. spy. says:

    bkn sakit ati melihat sesuatu yg ganjil tp lucu…………………

  42. mizz says:

    org bg pendapat nak kate org bodoh plak….ko bg pendapat berjela2 xde pun org nak kate ko dah hilang akal kee,pesakit jiwa kee,anak org asli br masuk bandar kee…ade???
    org siap nasihat ko blik spy jadiler org yg berbudi bahasa ckit dan igtlah ckit klu ko x sempurna xyahlah beriye nak coment ttg org lain…ala2 kadar udahler…

  43. mizz says:

    klupun nak nasihat ayat tu berbudi bahasa lah ckit…ni main ikut suke ati mulut nak sembur asal bole jek…yg herannyer tu dah x suke ct pakai terjojol sana terjojol cni lagi mau tgk watpe…pastu lg mau tokok tambah dgn tah ape2 yg terlintas dlm kepala otak ko org yg bersawang tu…
    mst hidup ko org pun sllu dikutuk org kan so nak rs puashati ko kutuk org lain plak…

  44. toyol says:

    lu ni peliklah cik mizz… nak sound org bulan posa kasi tutup itu mulut. mulut lu pun busuk sama cik adik oiii… sama2 ingatlah bila bercakap. sendiri mau ingat lah bebbbbb

  45. Genius.YYY says:

    kenapa ler nak bermegah dpt no satu dalam keje2 mungkar ni.. hish hish hish

  46. toyol says:

    hahahaha..tergelak gua baca note cactus HUTAN ni? siap cakap ambik berat pasal cgila lah dan mcm2 lagi. sah2 cactus hutan peminat yg paling kesian sekali. hehehehe…. org kalau dah famous buat apa pun org tetap bercerita…tapi bukan kerana org hendak bercerita sebab minat. lu salah minah. mcm web ni tuan khemah kita buat utk ceta pasal cgila. so mana2 paper pasal cgila akan ada di sini. dari situ org2 tau pasal cgila lu ni.. itu lah…baik lu pesan sendiri depan cgila lu kasi kepala dan mulut tutup jugak. lu tu public figure. buat sikit org akan tau…makanya faham2 jelah maksud gua….
    p/s: kalau jumpa cgila depan mata nak suruh minta maaf depan dia sorry and say gd byelah… gua rasa dia patut minta maaf kat fans gila dia. kesian di tipu buta2. itulah ya kalau dah minat sgt, buek apo pun dah tak kisah. kesian kesian… gua lagi kesian kat fans cgila…

  47. kepelikan says:

    wei, setau aku coz maser tue aku pergi konsert kat singapore yg lpas royal albert hall tue, penoh la putera emas… pastu, maser booking tiket, mmg xde ckp pong psl taufik… kalo x silap aku, konset tue 5 ari sblom konset da abis tiket x…. tp x taulah kalo yg bli lmbt tue dpt diskaun coz kazen akue xde ckp lak psl taufiq batisah….

  48. admin says:

    sila lihat ini -> http://putraworks.files.wordpress.com/2006/10/ticketsale.jpg

    Mana ada habis? Buat discount pun tak habis lagi.

  49. latifah hanas says:

    artis malaya skrg seksi

  50. CUN GILER...... says:

    Oooih… Hebat giler. Tapi x t’sangga aku lg cun b’banding deorg sume almaklum la aku kan sentiasa comel… Anyway aku chow lu , x larat nak tulis bnyk2, Da…

Leave a Reply