Skip to content

May 14, 2007

213

Kata Teman: Takkan tiada ‘live’ majlis kahwin anak raja?



AKHIRNYA putera Sultan teman, Raja Dr Nazrin Shah akan menamatkan zaman bujangnya. Hati teman kembang berbunga kerana Perak Darul Ridzwan, negeri kelahiran teman akan mempunyai seorang Raja Puan Besar. Zara Salim Davidson memang cantik orangnya. Sudahlah cantik, bijak pula. Seperti yang semua sedia maklum, beliau adalah seorang pelajar cemerlang di Universiti Nottingham dan senarai kejayaan peribadi Zara sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjayanya memanglah panjang. Begitu kagum teman dengan pilihan hati Dr Nazrin. Tahniahlah Tuanku, selamat pengantin baru dan semoga kekal abadi sehingga ke anak cucu.

Dalam pada itu, bukan sedikit juga pembaca budiman terutama rakyat Perak yang bertanya sama ada sudah ada mana-mana stesen televisyen yang akan memancarkan secara langsung majlis yang begitu bersejarah ini. Maklumlah bukan selalu kita dapat tengok majlis pernikahan dan perkahwinan anak raja. Iyalah, selalunya yang cuma mendapat undangan adalah kalangan kenamaan dan who’s who dalam masyarakat. Kalau tak VVIP, jangan haraplah. Jadi elok juga kalau ada siaran langsung untuk majlis gilang gemilang sebegini.

Bercakap mengenai siaran langsung majlis kahwin yang begitu high profile, tiba-tiba saja teman teringat kembali majlis perkahwinan pasangan popular, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa Ogos tahun lalu. Memang kisah mereka mendapat liputan luas media, baik media cetak atau elektronik sehingga dicap sebagai wedding of the year. TV3 siap buat siaran langsung lagi. Boleh dikatakan setiap hari, ada saja berita mengenai Siti dan Datuk K – sehinggakan yang menjadi popular selepas itu adalah the wedding planner, pereka fesyen dan body guardnya.

“Takkan tak buat live Kak Cham. Kalau Siti, TV3 boleh buat siaran langsung, bermula dengan majlis pernikahan sehinggalah ke majlis resepsinya, takkan Datuk Farid tak boleh buat macam tu untuk seorang anak raja. Lagipun Datuk Farid tu pun kan orang Perak?” kata Safura yang meminta agar memanggil dirinya sebagai Cik Pora saja. Eh… bukan Cik Pora, penulis pojok baru dalam akhbar sisipan Bintang Popular tu tetapi Cik Pora yang katanya memang berasal dari Perak.

“Siapa tak lupa, sebelum berkahwin dulu mereka adakan sidang akhbar nak umum tarikh pernikahan. Selepas itu, selama tiga minggu berturut-turut, TV3 juga buat siaran langsung membicarakan kisah cinta mereka. Melalui program Tiada Lagi Rahsia itu jugalah, saya diperkenalkan kepada coklat strawberi.

“Saya pun dah pandai makan coklat strawberi. Bunyinya memang mahal dan eksklusif tetapi rupa-rupanya kalau Kak Cham pergi Cameron Highlands dan KLCC, main lambak-lambak saja. Memang sedap Kak Cham, patut le Datuk Siti suka. Tetapi sekarang ni saya terfikir juga sama ada ia masih menjadi coklat kegemarannya,” katanya lagi yang sudah merancang untuk mengambil cuti semata-mata mahu ke Kuala Kangsar untuk meraikan perkahwinan diraja itu kalau tiada siaran langsung untuk majlis itu.

“Memanglah tak dapat masuk majlis itu Kak Cham tetapi saya nak lepak-lepak kat Lembah Sayong dan kawasan Bukit Chandan. Nak bersama-sama memeriahkan keadaan. Kalau lapar makan laksa dan minum ABC atau nasi campur kat kedai Helmi tu. Ada gulai tempoyak dan ikan terubuk bakar,” kata Cik Pora lagi. Hai… begitu beriya-iya Cik Pora kita. Tetapi soal siaran langsung tu teman tak berapa nak tahulah.

Yang teman cuma dengar, Nona akan membuat program khas mengenai majlis itu. Tak kuasa juga teman nak tanya Datuk Farid kerana teman dengar cerita sibuknya semacam saja. Maklumlah, teman dengar dah macam-macam projek mega TV3. Konsert final Gang Starz pun tidak berapa lama lagi. Perancangannya memang begitu teliti. Juri akhirnya pun bukan calang-calang. Eloklah tu, kalau projek daripada stesen televisyen paling popular, harapan peminat hiburan tanah air memanglah tinggi.

Berbalik kepada soal ‘live’ tak ‘live’ ni, kita biarkanlah bos besar penyiaran buat keputusan. Barangkali mereka tak mahu fikir pun atau tidak mendapat lampu hijau daripada pihak istana. Iyalah, ini kisah perkahwinan diraja bukan kisah artis yang selalunya ada unsur sensasi. Jangan ada yang nak perang rating cukuplah. Sebenarnya teman naik muak juga mengenai perang-perang rating ni. Cukuplah dulu ada cerita perang rating di antara majlis kahwin Siti dengan kisah cinta yang tak kesampaian Ina dan Mawi. Memang penat… Jumpa lagi! – hanizam@bharian.com.my

Read more from Berita Harian
213 Comments Post a comment
  1. betuahbadan
    May 29 2007

    jauhari sahaja yg mengenal manikam hai mambang angin.mambang2 kau yg lain tak ikut sekali ke.aku pun pelik la manusia yg bernama adikmanis ni.sekejap ckp mcm ustazah,sekejap mcm budak bohsia,sekejap mcm cikgu bahasa.talam dua muka ke apa diaorg ni.org yg mcm ni la bahaya dalam masyarakat islam.tak dapat cucuk sana cucuk sini.apa kata adikmanis bagi ceramah baik2 punya kat sitizone.com.masuk kan sekali hadis2 nabi kat sana.

  2. sitot
    May 29 2007

    aku sokong tu tuah… kat sana lebih sesuai utk adikmanis.

  3. adik manis
    May 29 2007

    bertuahbadan, nampaknya you buta dalam menilai peribadi orang. that would be the strongest point to prove that you are also having the same problem when evaluating datuk siti nurhaliza. you’r just merely stating nonsense facts without giving any any obvious evident.

  4. sitot
    May 29 2007

    masih lagi budak ni kat sini…siti panggil u kat sitizone tu

  5. adik manis
    May 30 2007

    ala you ni… i berhenti kejap je hah. dun worry la.

    datang berlindung waktu susah dan senang
    tumpang berlindung waktu susah dan senang

    i believe it

  6. sitot
    May 30 2007

    apa beza datang berlindung dgn tumpang berlindung?? dia senang tak kongsi pun duit dia kat u…u je yg penat2 sokong dia…

  7. May 30 2007

    kalau perhatikan post-post ct semenjak kahwin ni, dia dah tak tulis berlindung2 tu lagi. Dah senang ngan DK buat apa dia nak berlindung kat kita lagi.

  8. sitot
    May 30 2007

    aha i pun perasan gak..dulu masih lagi mencari ketiak lelaki utk berlindung…ni dah ada ketiak dk, tempat berlindung dan berteduh… eeeeeeee gelinya..

  9. May 30 2007

    holla……… tuan tanah, hi….. sitot.

  10. sitot
    May 30 2007

    hi kuntau..sejuk tak kat tempat u??

  11. May 30 2007

    sejuk juga, tapi tak oklah sikit kalau nak bandingkan next month, macam aku nak lari balik m’sialah nanti. Rindu sangat kat orang m’sia dan makanan2 kat sana.

  12. aku...
    May 30 2007

    terang lagi bersuluh..

    raja nazrin nikah…semua orang melihat dgn iringan doa..penuh ikhlas..sejuk hati memandang…betul tak..

    ct nikah….penuh ngn sumpah seranah orang ramai..entah doa camne diterima..betul tak..

    banding2kan lah…..

  13. sitot
    May 30 2007

    kesian jugak aku kat siti, tapi tu dah pilihan dia…

    kuntau, sebab tu lerr i balik mesia sekejap, nak mengelak dari sejuk dan buat research. Next year agaknya tak balik waktu sejuk mcm ni, harap2 dapat lerr panjat gunung yg ada salji kat vic ni…

  14. May 30 2007

    untung u sitot dapat balik sekejap pun jadilahkan…aku memang x suka duduk kat sini langsung tapi apa nak buat. Nyway m’sia is still the best. Salam kat bumi m’sia nanti k bila u sampai sana.

  15. sitot
    May 30 2007

    balik pun bukan suka2..atas sebab nak buat research. Naper u tak ambik cuti ker, takkan la nak lepak kat yarra river tu je?

  16. May 30 2007

    dapat cuti pun lama lagi mungkin bulan 8 baru dapat kot..harap2 dapat balik cepat, harap2.

  17. sitot
    May 30 2007

    ooo bagus laa… Balik ni nak balas dendam, makan puas2..

  18. May 30 2007

    tak ngantuk lagi?? ni baru habis makan, sejuklah…kena makan selalu lama2 badan pun macam tong drum

  19. jakun
    May 30 2007

    best laa u kuntau…i pun suka makan tapi badan tak naik pun…tapi si ct tu aku heran le nape badan die naik mendadak semacam je ekkk?

  20. May 30 2007

    holla balik kuntau… apa khabar walaby2 aku semua?

  21. May 30 2007

    alah biasalahh..project banyak mana tak naik, hang ni buat2 tak tau pulak. DK tu huh…7 hari 7malam tak keluar dari bilik tidur kot. Hanglah yang bertuah makan x naik badan, untungnya jika aku yang begitu

  22. sitot
    May 30 2007

    tak ngantuk lagi..aku bila sejuk setiap minit nak makan aje..

    dia makan baja kot, tu pasal badan naik mendadak. Asyik2 pakai baju hitam, tak nak kasi badan mcm belon.

  23. May 30 2007

    ha..ha…macam dugung

  24. May 30 2007

    sitot & kuntau… timezone kau different 30 mins je.

  25. sitot
    May 31 2007

    tuan tanah…jam sapa cepat, i ke kuntau? Ha..kan aku dah cakap..semua rahsia aku dlm poket tuan tanah…aduhhh tuan tanah..tuan tanah…

  26. May 31 2007

    thanks tuan tanah

  27. May 31 2007

    silap2 tuan tanah datang bertandang kot kat rumah aku sat lagi ha…ha…

  28. May 31 2007

    lamanya tak lepak sini…ada ceramah kambing ke?

  29. May 31 2007

    kuntau lambat 30min… naik bas sampailah rumah kuntau tu.

  30. sitot
    Jun 1 2007

    naik tram ke kuntau…

  31. gilesss
    Jun 8 2007

    ntah pape ah kroang ni. mcm2. masok simply siti ni nk fitnah siti pulak. adoiii. hampeh btl korang ni. hahah. siti tu nk kawen mcm mana pun, bukan die yg mintak. org yg nk sponsor. ilekkk ah. jeles ke org kawen kene sponsor. si erra & yusry pun besar besaran gak. tk pun org ckp ape2. dorg pun kene sponsor gak. siap vcd lagi kluar jual kat pasaran. kalau jadi artis popular mmg lumrah lah semua pun kene besar besaran. raja-raja, puteri-puteri tk yah la nk besar2an, dorg tu pun mmg dah kaya, org pun kenal. kalo dorg tu low profile, mmg down to earth, biar lah. thats for thier own image. raja and artis lain la wehhh.^:)^ oh btw, i really think siti is smart. wpun tk sekolah tinggi2, die dpt gak kaye raye. jadi millionaire umuq 21. best2. respectttt. :lol: uih pak lah kawen esok… ade program live tak? HAHAHAHAHAHA!! korang yg suke komen, jadi la pengomen..

  32. kuntau
    Jun 8 2007

    tak larat nak fikir c hippo tu jutawan…kalau dah muka terhegeh2 macam kucing baru beranak boleh potong jari kalau belum bergelar jutawan sampai sekarang tau. Tersengih sana tersengih sini apalagi duit pun masuklah poket, berlagak macam dia seorang yg terbaik kat bumi melaya tu padahal teruk dari PE..C.R beb!! aku naik muak dengan perangai dia lepas jadi perampas tu, semua orang cakap dah jodoh!! jodoh apa??? begitu luas bumi ni terbentang takkan tu saja laki yg dia pernah jumpa kot. Memang dia kahwin dengan orang tua tu ada niat yg tersembunyi sebab nak gelaran DATIN thats the most important for her on that time!!! sekarang dah jadi D…K lagilah melaram!!! orang tak komen erra n yusry sebab orang ada hati ada fikiran untuk menilai apa yang baik and buruk. Jangan fikir diaorang tu artis banyak duit boleh buat sesuka hati. Ingat kita tetap tinggal di bumi yg sama tiada bezanya rambut pun sama hitam apalagi nak di angkuhkan…lainlah kalau rambut diaorang kuning tak hairan pulak orang kat bumi melaya tu. Nasib sekolah tak sampai mana kalau tak siap menteri2 kat melaya tu dia kebas, buat perangai tak senonoh lepas tu action buat baik , macam kucing menutup tahinya sendiri!!! macam tulah hippo sekarang!!!lama2 baunya orang akan terhidu juga bodoh!!!

  33. Genius.YYY
    Jun 8 2007

    Aku amat bersetuju dengan gilesss. Memang lah ct tu smart. Kau ingat senang ker nak dapat approval dari mak bapak utk kawin ngan org yg sebaya ngan bapak kau. Satu jer beza dk ngan bapak ct. Kalau buang misai tu , mungkin saling tak tumpah sebijik macam pulis pencen tu.

    Lagi 10 tahun bila dk dah tak larat , ct lah yg akan tolak dk naik wheelchair kulu kilir utk menyaksikan konsert amalnya :shock: .

  34. Genius.YYY
    Jun 8 2007

    apasalak post ni yg background dia putih bagai selju, yg lain tu masih dalam bilik gelap, tuan tanah bolot 2 lot sekali ker.. puih mmg kaya raya

  35. gilesss
    Jun 9 2007

    hahaha. ape ah. kuntau2. kalau betul siti nk gelaran datin tu so much, she can just get it anywhere. she can even buy the gelaran. 10k dah dpt gelaran DATUK. byr je sultan mana2 yg provide gelaran tu, mesti kompem dpt punya. uih, jadi trend ek srg kat msia, artis kawen datuk semua. hahaha. funny shit.

  36. kuntau
    Jun 9 2007

    thats y jangan bangga sangat dengan gelaran tu sebab gelaran bukan bermakna dah jadi best among the best.

  37. kuntau
    Jun 9 2007

    ha…ha..=)) damn funny!!! you said the hippo is the best but yet you told she can buy the gelaran??? so thats mean she bought the gelaran that she have now??? what a crazy world!!!

  38. TAK SUKE MULUT CELUPAR
    Jun 9 2007

    cop..asal kowang ni duk men kutuk2 banding2 hal dlm kain org..dah die nak wat kawen besar2 besaran tu hal die..die cerai ke kawen datuk ke dapat award byk ke knape kowang lak rase bengkak? lek2 dah arrr..kite tgk aje..soal jodoh sume kat tgn Tuhan..majlis besar ke kecik ke..kawen dgn sape ke..kalo bukan jodoh kite, tak kekal lame jgkk..see? balik pada Tuhan..we hav no right to say wut is wrong or right kalau kite sekadar tgk dari jauh n tatau ape2..extended network~ :) )

  39. TAK SUKE MULUT CELUPAR
    Jun 9 2007

    one more thing..aku tatau la nape si kuntau ni sgt obses kutuk ct..ko ade penyakit tak puas ati ek? =))

  40. gilesss
    Jun 10 2007

    i didnt say she was the best. bila masa pulak aku ckp die the best? [-x

  41. gilesss
    Jun 10 2007

    the more i say good or bad things abt siti, the more si kuntau tu nk melebih. haiz.

  42. kuntau
    Jun 10 2007

    hey korang sakit hati sangat kat aku ni pa sal???

  43. kuntau
    Jun 10 2007

    cakap bukan fan of that hippo konon…huh…kalo bukan fan what is that suppose to mean??? org cakap pasal hippo then you all tiba2 masuk melalak macam kambing yg tak cukup makan….sa rasa korang dah naik pening kot???? banyak sangat belajar kat hippo zone sampai tak tau beza yg diri tu hippo punya fan ka tak….=)),damnn shit bunch of silly peoples tried to make a stupid joke now!!!!

  44. gilesss
    Jun 10 2007

    uih. marah nmpk kuntau. aku ckp bende yg betul je pe. aiyo. if i am a fan of hers, i would probably say good things abt her. i clearly didnt say anything about her being the best or being a fan of hers. kuntau da x tauk apa nk pdh gik. otedah kuntau.

  45. kuntau
    Jun 10 2007

    u thought i dont know that words???? comeon!!!! i’ve been everywhere bro…say that word otedah to urself…cause ko ya yang sik tauk pa mo d padah gik!! belik!!!

  46. kuntau
    Jun 10 2007

    thats y orang cakap pandang kiri pandang kanan kalau nak melintas takut terlanggar batang hidung sendiri.

  47. kuntau
    Jun 10 2007

    hey gilessss….ko makan cili ka tadi??? kenapa hang pulak yang rasa pedas???:))

  48. gilesss
    Jun 10 2007

    ya ya kuntau. youve been everywhere… around the world. good for you then.

  49. kuntau
    Jun 10 2007

    :( |), yeah thats right good for me….so???

  50. kuntau
    Jun 10 2007

    thats y org tua cakap, bercakap di waktu siang hendaklah selalu berpada-pada!!!

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments