Skip to content

May 7, 2007

108

‘Kalaulah trofi ini boleh dibelah dua…’



Oleh Zubir Mohd Yunus

7jac.jpg

Kemenangan pada AIM’14 minggu lalu timbulkan reaksi kurang senang di kalangan pemerhati seni dan peminat Siti

“SAYA memang tak pernah terfikir akan menang kategori ini (Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita). Dalam hati saya sudah berdetik, Datuk Siti Nurhaliza akan menang, tambahan pula albumnya, Transkripsi memang best!

Saya tabik Datuk Siti, dia dah lama dalam industri ini. Itu yang membuatkan saya terkejut pada malam tu. Saya dah tersandar di kerusi, jari dalam mulut lagi. Dalam sejarah Anugerah Industri Muzik (AIM) sendiri, Datuk Siti dah menang kategori berkenaan lapan tahun berturut-turut!

Apabila diumumkan saya yang menang kategori berkenaan, pada mulanya susah saya nak percaya, mimpi ke apa ni? Tapi, memang saya terlalu gembira apabila menang kategori itu. Akhirnya industri mengiktiraf vokal saya. Pertama kali sepanjang karier saya, saya memperoleh pengiktirafan setinggi ini.

Saya menjerit kerana terkejut! Tapi apabila saya menang kategori itu, saya tak rasa vokal saya lebih bagus daripada Siti. Saya juga tak rasa anugerah yang saya terima ini untuk mengatakan dia lebih bagus atau dia lebih hebat. Tapi, industri yang kata vokal saya bagus, bukannya vokal saya lebih bagus daripada sesiapa.

Kali ini industri sekadar mengiktiraf, saya berhak membawa pulang trofi berkenaan, itu saja. Dengan kemenangan ini, saya tak rasa, saya sudah mengatasi siapa siapa. Apa yang ada dalam fikiran saya apabila menang, industri mengiktiraf, saya sebenarnya boleh menyanyi!

7jac2.jpg
JIKA mampu, Jac sanggup
berkongsi hadiah dengan
Datuk Siti.

Sebelum ini AIM mengiktiraf Datuk Siti sebagai vokal terbaik, tapi dalam AIM’14, vokal terbaik berpihak kepada saya, rezeki saya. Bagi saya, semua artis, baik penyanyi mahupun pelakon, ada keistimewaan tersendiri.

Pun begitu, saya faham, semua orang sayang pada Siti. Kalau saya boleh belah trofi ni jadi dua, saya akan beri sebahagian trofi ini pada Siti. Tapi, apakan daya. Saya faham ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan Siti. Tak puas hati bukan kerana saya yang menang, tapi sebab Siti gagal mempertahankan kemenangannya.

Apabila membezakan antara Transkripsi dan Inilah… Jac, memanglah Transkripsi lebih bagus, tengoklah siapa produser album berkenaan. Transkripsi juga diiktiraf AIM14 sebagai Album Terbaik, itu hakikatnya. Tapi, apabila saya diumumkan sebagai vokal terbaik, saya sekadar diberi penghargaan oleh industri, kali ini trofi berkenaan menjadi milik saya, itu saja.

Saya sangat menghormati Datuk Siti. Bukan senang untuk berada pada kedudukan Siti seperti hari ini. Justeru, apabila ada pihak yang mempertikaikan kemenangan saya, rasa terkilan dalam hati ini. Memang semua penyanyi yang bertanding, inginkan kemenangan, tapi juri AIM yang membuat segala penilaian.

Agaknya memang rezeki saya tahun ini untuk menang vokal terbaik. Tapi, orang yang bercakap mengenai isu ini, yang mengata, bukan melihat dari sudut negatif, sebaliknya kerana mereka menyayangi Siti.

Ada pendapat yang mengatakan album Gemilang lebih bagus dari Inilah… Jac, tapi bagaimana saya boleh menang vokal terbaik sedangkan Transkripsi lebih bagus. Saya tak mahu membandingkan Inilah… Jac dengan Transkripsi, sebaliknya saya lebih suka ingin membandingkan antara Gemilang dan Inilah… Jac.

Persoalannya adakah Inilah… Jac layak mengiktiraf vokal saya sebagai yang terbaik? Saya memang sayang album pertama saya, Gemilang. Lagu Gemilang mempunyai impak yang sangat besar kerana Malaysian Idol (MI). Ingat Gemilang, ingat MI dan ingat Jaclyn Victor.

Namun penghasilan Inilah… Jac lebih terperinci dan kami mengambil masa yang lama untuk mengumpul bahan yang terbaik. Saya dah beri sepenuh komitmen ketika menghasilkan Inilah… Jac. Bagi saya, album kedua ini lebih bagus. Justeru, tak adil kalau orang cakap Inilah… Jac adalah sebuah album yang tak bagus, tidak sehebat Gemilang.

Semua peminat saya tahu, trofi inilah yang saya inginkan. Akhirnya dalam AIM’14, saya berjaya mendapatnya. Tapi, saya tak mahu mereka di luar sana tak gembira kerana saya yang menang trofi ini. Saya masuk industri ini kerana saya suka menyanyi. Ia bukan sebab anugerah, tapi apabila saya diiktiraf, itu sudah cukup menggembirakan saya.

Saya tak mampu buat satu benda yang boleh memuaskan hati semua orang. Orang tetap akan bercakap. Sebelum ini bukannya saya tak biasa kena kritik, tapi saya tak pernah cakap apa-apa. Tapi apabila kali ini ada pihak mempertikai kemenangan saya, memang saya rasa sedih.

Sebenarnya bukan setakat belah dua, kalau ikutkan hati, trofi ini saya nak belah lima! Bagi satu bahagian pada Datuk Siti, Kak Aishah, Noryn dan Farhan. Tentu ada sebab mengapa kita berada di senarai Top 5 AIM’14. Semuanya adalah pemenang dalam kategori berkenaan.”

Info Jaclyn Victor

Jaclyn Victor atau Jac, 29, dilahirkan pada 4 Disember 1978 dan berasal dari Kuala Lumpur. Anak sulung dari empat beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Taman Ehsan, Kepong.

Sebelum menyertai pertandingan nyanyian Malaysian Idol (MI), Jac pernah menjadi penyanyi di kelab dan hotel seluruh Malaysia selama lapan tahun, sekali gus dia menganggap pengalaman itu sebagai kolej muziknya.

Menyertai MI pada 2004 sekali gus dinobatkan sebagai juara pertama program realiti TV berkenaan. Lagu Gemilang pernah menjadi juara Carta Hits 1 musim kedua pada 2005 dan Jac pula memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Memenangi anugerah emas ketika menyertai Shanghai Music Festival pada 2005 dan mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) dan menang kategori Balada, kedua-duanya menerusi lagu Gemilang. Dia juga pernah bergelar Penyanyi Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2006 di Singapura.

Menerusi AIM’13, Jac memenangi empat kategori sekali gus iaitu Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Album Terbaik, kesemuanya menerusi lagu dan album Gemilang.

Akhirnya Jac berjaya merobohkan tembok kukuh yang dibina Datuk Siti Nurhaliza sejak selama lapan tahun berturut-turut bermula 1999 apabila dinobatkan sebagai Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) pada AIM’14, minggu lalu.

Read more from Emedia
108 Comments Post a comment
  1. May 14 2007

    to jac congratulation… u are the best vocal in msia….. note vocal kamu lebih tinggi dari cgilamour… walaupun kamu menang kamu tetap ingat pada yg kalah. bagus….. so humble… tak perlu nak belah 2 utk cgilamour… itu hak kamu dan kemenangan kamu. kekalkan identiti kamu. yg penting jgn jadi hipokrit…. u r the best… i dah dgr album inilah jac.. best giler.. so power… lebih bagus dari gemilang. ada peningkatan…. go girl…

  2. May 14 2007

    Best ker suara Jac?? Mcm pontianak mengilai..?? Pastu lagu cepat2 tu mcm apa jer… Dah lah duet ngan misha lagi teruk lagu tu jadi… I think i pun dah dengar album Jac… nasib tak beli… lagu very the boring… nak nak lagu yg slow tu apa ntah tajuk dia… harap suara tarik sana sini… hish… kalau jac tarik suara tinggi pun tinggi, kalau jac guna low note pun tinggi… pastu lagu ala2 sama jer… tengok mcm transkripsi, mcm lagu ada…baru lah best… Ada mello ballad, slow rock, jazz, word music… mcm mana lah jac leh menang… hrmm…. toyol kau sudah.. tak malu datang tempat org mencari berita tentang siti kau pulak sibuk… kau tau tak nih fansite..?? Kau gi carik Jac punya site lah kalau nak puji dia…

  3. sitot
    May 14 2007

    pixie..ko pun sama…pi sitizone.com la sana fan utk fanatik siti..

  4. hmmm
    May 14 2007

    kalau nak tau betulke suara jac dlm album Inilah…Jac terbaik, kita tunggu APM nanti. kalau dia mng Artis Wanita Terbaik, so mmg betullah dia terbaik (utk kali ni) tp kalau CT menang, maksudnya AIM cuba bahagi2 anugerah sama rata dan sj je nak bagi peluang artis lain merasa Anugerah Vokal Wanita terbaik. mungkin hanya nak menyuntik semangat je… dlm APM, juri lebih professional dan mewakili juri terbaik 3 negara! Artis Wanita Terbaik APM ni kira mcm Vokal Wanita Terbaik AIM-lah. Thn lepas, Krisdayanti menang. Thn ni, sama2 kita tengok… tak payah ckp banyak2!

  5. May 14 2007

    halo pixie… apa makna nama lu huh. lu tau ke ini blog sape? lu jgn cakap besar lah … ini blog adalah tempat utk mengomen k….bukan utk memuji cgilamour lu tuh. hai tuih…. kalau nak puji2 tempat ni tak sesuai… satu lg dah lu ni tersampuk dgn si tembam lu..itu pasal lu naik mcm ayam berak kapor… tak pasal2 lu nak melenting kat blog nih. boleh blah…. tuan khemah pun naik bengang lu komen kat sini. p blah kat siti zone lu. nak tau satu tak…gua bg taulah..suara tembam lu tuh mcm pontianak dot dot…pernah tgk ceta tuh. mengilai semcm je. hahahahah…..jgn berdebat dgn gua… lu salah tempat nak sound kat sini.

  6. sitot
    May 14 2007

    aku dengar lea salonga lebih baik vokalnya dripada siti dalam voice of asia…betul ke? tapi siti yg menang dan lea salonga tu siap take part dlm miss saigon…

  7. May 14 2007

    satu lg gua nak bg tau kat lu pixie…org kalau bagus dan bagus dia boleh nyanyi semua lagu. cgilamour kau tuh boleh naynyi lagu rock ke? sangkut ada le….hwahwahwahwha. cuba suruh dia nyanyi lagu GUN N ROSES….. mesti tercungap cungap mcm kau jadi ayam berak kapor. hahahaha….. pirahhhhh

  8. May 14 2007

    aku tak dgr lak ceta tuh tot…. lea salonga dari negara mana? mcm biasa lah cgilamour menang sebab jampi dia. tapi kalau berdebat dgn liza hanim confirm cgilamour kalah.

  9. sitot
    May 14 2007

    aku tengok kat youtube.
    hebat jugak dia tu…budak dari manila.. sedap jugak suara dia. cuma org pertikaikan siti mcm mana org bleh claim siti voice of asia sedangkan penyanyi dari negara lain lagi sedap suara dan banyak dapat award dr luar negara…mcm lea salonga ni berlakon dlm miss saigon. Kat tempat aku ni, miss saigon ada ditayangkan cuma aku tak pegi je.. sebab kurang minat.

  10. May 14 2007

    thn berapa tot cgilamour ni dapat VOA?

  11. betuahbadan
    May 14 2007

    terima je la kekalahan kakak kau tu pixie dan geng kau tu hmmm.dah kalah nak buat cam na.diam je la.juri dah kata kalah kalah je la.yg kau nak bekokok2 lagi wat apa.kat luar sana senyum2 tgk kakak kau kalah.dah adat dah duduk diatas tak mungkin selama2 nak duduk atas je.kena jugak duduk turun ke bawah.

  12. May 14 2007

    Yelah… simplysiti wordpress adalah sama ngan simplysiti.com fansite siti… takda maknanya korang nak menyibuk kat sini. buatlah site sendiri anti ct punya site…tak reti nak buat site pastu sibuk2 masuk sini…

    Memang kalau siti pakai jampi apa korang susah… nak ikut dia masuk neraka jugak ker.. sebab ceritakan keburukan orang… malasnya nak layan orang2 giler yang mengabiskan duit main internet masuk rumah orang maki2 kutuk… lagi skali… takda modal nak buat umah sendiri…???

  13. May 14 2007

    kalau APM cgilamour nih menang aku tak heran…sebab semua org2 yg lemah iman cepat terpengaruh bila dgr suara cgilamour. termasuklah juri2. cuma aku paling suka masa juara lagu thn 2002 tak salah aku….. liza hanim menang vocal terbaik. cgilamour kalah ketgn liza. start tu lah si minah tembam nih tarik diri pelan2. dah kalah byk…. tapi cakap kat press dan semua org ‘tarik diri sebab beri peluang utk org lain menang’ cakap besar mcm bagus sgt….

  14. May 14 2007

    lu ni bengang pasal apa bro…. lu dah boring ke masuk sitizone…. tak pasal2 nak kokok kat sini. nanti aku bg tau tuan tanah delete nama kau nak ke? halo brother…. kat sini bukan utk memuji cik gila glamour kau tuh…. kat sini…blog ni hanya utk komen tentang cgilamour… ada paham. gua baru perasan nama lu kat blog nih…. lu baru join jgn sibuk2 nak kokok tak tentu pasal…. nanti kena bantai dgn pengomen2 setia kat sini…. baik lu blah…. mana lak tuan khemah nih… kasi sound sikit….

  15. betuahbadan
    May 14 2007

    pixie kau pun sama dah tekena manderam siti.kau tak kesah la kalau dia buat benda2 syirik ni.kau pun sama terikut2.kau ni masih tak faham lagi rupanya.kenapa la kau ni ……kang aku sebut melenting lagi minah ni.

  16. May 14 2007

    bantai je tuah,…. dia ingat dia power lah kat sini… tunjuk taring yg tumpul… aku ingat dia ni geng2 nya si kambing yg terlepas tuh agaknya… tak pun org yg sama… biasalah…menyamar nama ni kan biasa kat diorang..pasal dah baik bengap si cgilamour dia kena kutuk habis…. cakap tak guna otak… ingat kita nak ikut sekali masuk neraka…. alo alo alo…. neraka syurga jgn lah sebut kat sini. kau ingat dapat pahala ke kalau bukak web site tembam kau tuh. cakap tak serupa bikin. kelakarlah lu minah senget……

  17. betuahbadan
    May 14 2007

    kau jac tak yah la nak belah2 tropi tu.dah memang kau punya sebab kau menang.yg kalah tu memang dah kalah sebab suara tak sedap.kena akur beb…

  18. May 14 2007

    apa la lu ngarut pixie..ni geng mengembek puja puji nih… dgn penuh hormat sila ke kandangzone…

  19. betuahbadan
    May 14 2007

    depa bela ayam la pulak ni yol.lagi bising.depa ni kalau dah panatik jakun jakun jugak.menang pun jakun kalah pun jakun.depa ni la yg tak da keja buang duit mak bapak.lu pixie cakap banyak lu jgn nanti kita gayang kau cukup2.kau tu kecik je kita org kepung je dah tekiouk tekiouk la kau.

  20. Back2Basic
    May 14 2007

    Pixie, tok sah layan diorang2 tu. peduli ape diorang nak kata. x payah nak berjawab2. sebenornya diorang tu nak lepas geram. biarlah diorang menyalak sana-sini, masuk kampung org ke rumah org ke. hasut org sana hasut org sini benci Siti. kalau ade org termakan hasut, diorang puaslah. so jgn layan, kalau layan diorang ni menjadi2.

  21. betuahbadan
    May 14 2007

    yo la pixie kau dengar la cakap kakak kau tu bak2basik.silo la balik ka kandangzone.pueh kakak kau cari kau ha.

  22. May 14 2007

    ini bukan nya suruh hasut menghasut dik oiii…. ini hanya komen jujur… kalau nak komen di persilakan tapi kalau nak puji pun silakan… tapi tak sesuai kat blog nih. masing2 punya komen dik oiiii….
    to back2basic lak… tak ada maknanya kitorang puas kalau terhasut pun…. terpulang pd korang nak terima ceta ni betul ke tidak… yg dah tau cerita, kita lihat je nanti…. ada le yg terkena tuh…. kita tgguuuuuu

  23. May 14 2007

    dan satu lg ….dari susunan ayat mcm kenal je back2basic… sirap sitot tuah…. kau mesti kenal ayat tuh….cuba teka.

  24. Back2Basic
    May 14 2007

    tak payah teka2… back2basic=hmmm… saja nak tukar nickname… ape2 pun, suke hati koranglah… semoga korang bahagia dgn ape yg korang buat… kalau itu sajelah jln utk korang hidup bahagia, teruskan… sekurang2nye kurang sikit stress korang. yg penting, rakyat MALAYSIA MAJU JAYA!!!

  25. May 15 2007

    malaysia tetap maju sentiasa…. humehumehume….

  26. jakun
    May 15 2007

    Porah lah Jac…. ada ke sanggup nak berkongsi hadiah dengan ctit tu… Tak payah lah nak angkat bijik ctit tu.. Kalau lah ctit tu yang menang, ingat ctit tu nak cakap kongsi hadiah ke…

  27. May 15 2007

    fuh jakun direct sound punya..ada betul ..ada betul..

  28. May 15 2007

    sempena 50 tahun merdeka nih terimalah drpd aku lagu patritiok masa aku kecik..pixie budak uitm melaka tak lahir lagi masa tu..tu pasal dia dok mengagungkan HIPO britney sepears bla bla bla..Backtoback wakakaakaa aka hammmmpeh pun lebeh kuranglah tuh…

    Inilah barisan kita
    yang ikhlas berjuang
    siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi
    sebelum kita berjaya jgn harap kami pulang
    inilah sumpah pendekar kita
    menuju medan bakti
    andai kata kami gugur semua taburlah bunga diatas pusara
    kami mohon doa Malaysia berjaya
    semboyan telah berbunyi menuju medan bakti

  29. betuahbadan
    May 15 2007

    aku respek la askar2 melayu ni.mereka la yg betul2 menjaga kedaulatan negara kita.bagus baca sejarah askar2 melayu semasa menentang jepun dan komunis.terkesan la rasa cinta pada bangsa dan negara.budak2 sekarang apa depa tahu menghabihkan duit je.

  30. sitot
    May 15 2007

    entah2 tu orang yg sama, aiman, makcik salmah, cthipo..pastu tukar lagi nama. Tak tetap pendirian.

  31. May 15 2007

    dia dah ngaku dah…… humehumehume….. tak kisahlah bro sala lu happy….

  32. May 15 2007

    cakap pasal britney nih, yg aku kelakar cgilamour pernah kata ‘takan saya nak ikut mcm britney…pakai baju ketat. dia org barat. apa pun siti tetap dgn cara siti ketimuran. tak adalah sampai terlompat2 mcm dia’ maknanya….pakai baju ketat tuh ketimuranlah ya sampai nampak susuk badan. bila pusing tunjuk punggung yg lebar semcm…….. bezanya britney pakai seluar ketat, nampak dada dan skirt pendek. skrg pun dah pandai terlompat2. lain kali kalau rasa nak buat sesuatu tak perlu cakap tak nak… kan dah kena kat btg hidung…..

  33. mambang angin
    May 15 2007

    tahniahlah kepada Jac kerana telah berjaya merampas tahta yang selama ini asyik dipegang oleh si SITI tu……

    hahaha..siti siti padan muka kau. kau ingat kau aje nak menang, orang lain pun nak jugak

  34. kirana
    May 15 2007

    yesssssssss!!!!!!!!!!! bagus jac..teruskan usaha anda..yg penting suara u mmg ada class. letak mic setinggi langit pun suara u still leh dgr “power” lg..kalu cgileglamour tu hampeh terbatuk2 coz bnyak sgt mkn telur dot dot..ape pun yg menang tetap menang..dah x menang tu buat je la cara x menang,

  35. ntahlerrr
    May 16 2007

    pada aku sora jac mmg a power tp xmlampau klau aku kt sora jac xversatile..mmg power..mmg tinggi tapi xsume lagu die leh bwk ngan baik..cth lagu yg low part..nampak xkene ngan sora die..tapi aku suke a sora die yg kdg2 serak2 sket tuh..anyway, dah rezeki…xpatut a pertikai..lau aku jd jac, xyah nak kecoh2 belah 2 ler ape ler..yg kalah pun bukan bising pun..org lain yg xbertanding ni hah yg kecoh xtentu psl..cacat ke hape? ops…terlepas daaaa..taraaa tang tang~~~ :)

  36. jakun
    May 16 2007

    kalau dah public figure memang kena comment punya ler…lebih baik ctit tu duduk rumah layan kuda kepang tua..beronggeng berdondang sayang..suara ctit tu makin lama makin tak laku..apa trofi lagi yang ditunggu..

  37. May 16 2007

    skrg dia tggu trofi APM. tgklah sape menang… kalau sgilamour tuh menang gak dah nasib lah nak buat cam mane. last year kris dah menang…. apa2 pun juri tentukan… kadang2 nih juri dah kena hulur… itu semua boleh buat… tak heran. lagi2 org dah byk duit , semua jadi. pasal hulur2 nih… dah biasa berlaku kat org seni…nak cepat naik ini je cara diorang…. tak heran kalau cgilamour tuh menang lg….

  38. propheticpurple
    May 18 2007

    Quite happy bile found out Jac yg menang after all she was the first malaysian idol so mmg dah terbukti vokal dia mantap. Yg si pixie kata suara Jac terjerit mcm pontianak tuh…pixie tu bukan reti pun nak nilai vokal yg bagus so abaikan jelah peminat2 fanatik siti nie. Buang ms je. Si siti tu vokal dia setakat apa je..berlambak org boleh tiru suara dia for example siti nordiana la, shura la etc. Yes, she can sing but bersepah2 suara mcm siti so tak payah la nak banggakan sgt minah tu. Camne industry music malaysia nak maju kalau semua penyanyi nye suara sama je takde yg unik. Serupa bg siti sorang je nyanyi dlm malaysia nie. So siti? Your zaman dah berakhir la. Kalau diva buat le cara diva…bg la peluang kat org lain. But i don’t blame her anyway since peminat2 fanatik dia yg over sgt memuja siti. Ini la jadinye. To Jac…u dont have to feel bad cuz u deserve to win la.

  39. kumak
    May 19 2007

    vokal siti lebih cemerlang and better than si jac ni…
    vokal entah apa2…
    aku dah compare… memang ct better…
    vokal jac memang menjerit…

  40. kumak
    May 19 2007

    dah orang bagi kat kau trofi tu ambik jerr la… x payah nak belah2 dua… apa da.. ct pun x teringin trofi tu.. dah penuh satu umah…

  41. betuahbadan
    May 19 2007

    kau mana tahu kumak kat umah ct tu menangis beguling2 tak menang kat luar maintain kool…kalau boleh semua anugerah yg ditandingkan dia nak menang supaya dia dapat la tunjuk tropi2 pada anak2 dia nanti,ini la mak dapat selama melalak jaga, baik2 no kalau mak tak da nanti.keh keh keh.

  42. kumak
    May 19 2007

    ct x macam tu la…
    anak2 dia dah bangga tgk dia menang.. lgpun AIM14 aritu ct menang album terbaik, anugerah tertinggi AIM. dan dia jugak producer untk album tu…

  43. betuahbadan
    May 19 2007

    ko kumak apa kau fikir kalau ct tu dah tua.dia nak buat apa dgn segala mcm tropi dia menang tu.kau rasa ct rasa bangga lagi atau dia rasa takut lagi.

  44. kumak
    May 19 2007

    takut buat apa… nak bangga pun xsgt.. dia bagus dah memang tu harga yang dia bayar atas keringat dia tu.. betuahbadan kau ni memang mulut busuk lerr..

  45. May 19 2007

    kumax…. gua kenal ayat lu lah…. lu tukar nama lagi ke? apa2 lah kumax..ikut lu lah nak cakap cgilamour bagus. hakikatnya dia tak sebagus yg lu kata. mcm propheticpurple kata suara cgilamour melambak2 kat luar sana. liza hanim lagi bagus vocal dari cgilamour sebab tuh juara lagu dia menang dan cgilamour kau kalah. itu juri yg adilkan bukan plastik2 dia. lu je yang tak puas hati cgilamour kalah. aku boleh bayangkan kalau cgilamour kalah tanding, plastik2 dia naik terjerit2 terlalak mcm sundal mlm dan naik gatal seluruh badan mcm kera. hahahaha….. terima jelah wahai plastik2 hipokrit cgilamour. gua cakap lu…. kalau p bertanding dgn liza hanim, adibah, jac, misha dan ramai gak lah gua confirm cgilamour kalah punya di tgn juri2 pro. takat tanding kat asia je buat apa… erra pun yg tak merdu suara dia menang gak… harulah.

  46. kumak
    May 19 2007

    for your information, ct bagus vokal dia.. masakn dia boleh menang vokal terbaik AIM bertahun2… APm pun dia jugak yang menang banyak kali… tiap kali album pun dia mennag…
    kalau dia suara dia sdap, masakan pihak Grammy Awards boleh jemput dia jalan atas red carpet.. kau tu toyol x dapat beza kualti suara ct..
    versatile dan suara ct sampai tahap gred F.. kau apa tau…

  47. betuahbadan
    May 19 2007

    ct kau tu pakai suara bunian.org2 yg gelap hati je akan tepesona dgn suara bunian tu.versatile…..minah kampung ni kau kata versatile.dia buat apa ka nyanyi ka pakai apa ka aku nengok mcm minah kaduk naik junjung.tak da klas u…utak fail…..

  48. May 19 2007

    hmmm…. kalau nak cakap jgn cakap dgn org yg lebih tahu dari kau kumax. 4 ur info lah…cgilamour dapat AIM sebab AIM tgk dari album mana paling tinggi jualan dlm top 5 in msia. bila album dlm top 5 di senaraikan, maka tersenarailah kategori vocal, lagu, kulit album dll. kau lupa ke thn nih kebetulan jac punya album laris di msia. so dia pun di kategorikan vocal terbaik, album terbaik dll dan cuma menang vocal. itu dah cukup bagus pada permulaan jac. dia tak main manderam2 org nih. asli suara dia tak mcm cgilamour kau tuh…nak tetap popular dan di gilai jumpa consultant. buat apa….?????? tak pasal2 kena btg hidung sendiri. haru haru….. itu pun masih buat bodoh piang dia.

  49. May 19 2007

    satu lg lah nak bg tau pasal vocal nih. kalau tak tahu jgn berlagak pandai dan buat tau….. kau kata vocal cgila kau tahap f. kau tahu f tuh apa? f tuh 6. rendah bebbbb…. ni aku bg tau vocal jac berape… kalau kau kata kau tau semualah…. jac punya vocal 8. nak tau detail p klas vocal tanya note 8. okkkkkk

  50. kumak
    May 19 2007

    toyol, jangan fikir anda terlalu bagus.. ini info from Ramli MS dalam ruangannya dlm Bintang Popular..for your information, AIM bukan diukur pada jualan album… kalau tgk album aishah, laku kerr kat pasaran tahun lpas…dan penjurian awal dibuat dengan sebanyak 600 juri.. 600 juri tu pilih mana yang layak for top 5… pastu 100 juri profesional uji top5 tu… maybe dlm 100 tu ada yang x suka ct.. nak pecahkan undi.. dah dia memang yang terbaik nak buat camner… tapi vokal Ct dalam Transkripsi lebih bagus drpd vokal Jac dalam Inilah JAc.. itu yang pemerhati seni bagitau dalam ruangan mereka…
    nak cakap biarlah berpengetahuan.. jangan jadi katak dalam tempurung.. bodoh!!!!

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments