RSS Feed
Featuring the latest scandals, gossip, and entertainment news.


‘Kalaulah trofi ini boleh dibelah dua…’



Oleh Zubir Mohd Yunus

7jac.jpg

Kemenangan pada AIM’14 minggu lalu timbulkan reaksi kurang senang di kalangan pemerhati seni dan peminat Siti

“SAYA memang tak pernah terfikir akan menang kategori ini (Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita). Dalam hati saya sudah berdetik, Datuk Siti Nurhaliza akan menang, tambahan pula albumnya, Transkripsi memang best!

Saya tabik Datuk Siti, dia dah lama dalam industri ini. Itu yang membuatkan saya terkejut pada malam tu. Saya dah tersandar di kerusi, jari dalam mulut lagi. Dalam sejarah Anugerah Industri Muzik (AIM) sendiri, Datuk Siti dah menang kategori berkenaan lapan tahun berturut-turut!

Apabila diumumkan saya yang menang kategori berkenaan, pada mulanya susah saya nak percaya, mimpi ke apa ni? Tapi, memang saya terlalu gembira apabila menang kategori itu. Akhirnya industri mengiktiraf vokal saya. Pertama kali sepanjang karier saya, saya memperoleh pengiktirafan setinggi ini.

Saya menjerit kerana terkejut! Tapi apabila saya menang kategori itu, saya tak rasa vokal saya lebih bagus daripada Siti. Saya juga tak rasa anugerah yang saya terima ini untuk mengatakan dia lebih bagus atau dia lebih hebat. Tapi, industri yang kata vokal saya bagus, bukannya vokal saya lebih bagus daripada sesiapa.

Kali ini industri sekadar mengiktiraf, saya berhak membawa pulang trofi berkenaan, itu saja. Dengan kemenangan ini, saya tak rasa, saya sudah mengatasi siapa siapa. Apa yang ada dalam fikiran saya apabila menang, industri mengiktiraf, saya sebenarnya boleh menyanyi!

7jac2.jpg
JIKA mampu, Jac sanggup
berkongsi hadiah dengan
Datuk Siti.

Sebelum ini AIM mengiktiraf Datuk Siti sebagai vokal terbaik, tapi dalam AIM’14, vokal terbaik berpihak kepada saya, rezeki saya. Bagi saya, semua artis, baik penyanyi mahupun pelakon, ada keistimewaan tersendiri.

Pun begitu, saya faham, semua orang sayang pada Siti. Kalau saya boleh belah trofi ni jadi dua, saya akan beri sebahagian trofi ini pada Siti. Tapi, apakan daya. Saya faham ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan Siti. Tak puas hati bukan kerana saya yang menang, tapi sebab Siti gagal mempertahankan kemenangannya.

Apabila membezakan antara Transkripsi dan Inilah… Jac, memanglah Transkripsi lebih bagus, tengoklah siapa produser album berkenaan. Transkripsi juga diiktiraf AIM14 sebagai Album Terbaik, itu hakikatnya. Tapi, apabila saya diumumkan sebagai vokal terbaik, saya sekadar diberi penghargaan oleh industri, kali ini trofi berkenaan menjadi milik saya, itu saja.

Saya sangat menghormati Datuk Siti. Bukan senang untuk berada pada kedudukan Siti seperti hari ini. Justeru, apabila ada pihak yang mempertikaikan kemenangan saya, rasa terkilan dalam hati ini. Memang semua penyanyi yang bertanding, inginkan kemenangan, tapi juri AIM yang membuat segala penilaian.

Agaknya memang rezeki saya tahun ini untuk menang vokal terbaik. Tapi, orang yang bercakap mengenai isu ini, yang mengata, bukan melihat dari sudut negatif, sebaliknya kerana mereka menyayangi Siti.

Ada pendapat yang mengatakan album Gemilang lebih bagus dari Inilah… Jac, tapi bagaimana saya boleh menang vokal terbaik sedangkan Transkripsi lebih bagus. Saya tak mahu membandingkan Inilah… Jac dengan Transkripsi, sebaliknya saya lebih suka ingin membandingkan antara Gemilang dan Inilah… Jac.

Persoalannya adakah Inilah… Jac layak mengiktiraf vokal saya sebagai yang terbaik? Saya memang sayang album pertama saya, Gemilang. Lagu Gemilang mempunyai impak yang sangat besar kerana Malaysian Idol (MI). Ingat Gemilang, ingat MI dan ingat Jaclyn Victor.

Namun penghasilan Inilah… Jac lebih terperinci dan kami mengambil masa yang lama untuk mengumpul bahan yang terbaik. Saya dah beri sepenuh komitmen ketika menghasilkan Inilah… Jac. Bagi saya, album kedua ini lebih bagus. Justeru, tak adil kalau orang cakap Inilah… Jac adalah sebuah album yang tak bagus, tidak sehebat Gemilang.

Semua peminat saya tahu, trofi inilah yang saya inginkan. Akhirnya dalam AIM’14, saya berjaya mendapatnya. Tapi, saya tak mahu mereka di luar sana tak gembira kerana saya yang menang trofi ini. Saya masuk industri ini kerana saya suka menyanyi. Ia bukan sebab anugerah, tapi apabila saya diiktiraf, itu sudah cukup menggembirakan saya.

Saya tak mampu buat satu benda yang boleh memuaskan hati semua orang. Orang tetap akan bercakap. Sebelum ini bukannya saya tak biasa kena kritik, tapi saya tak pernah cakap apa-apa. Tapi apabila kali ini ada pihak mempertikai kemenangan saya, memang saya rasa sedih.

Sebenarnya bukan setakat belah dua, kalau ikutkan hati, trofi ini saya nak belah lima! Bagi satu bahagian pada Datuk Siti, Kak Aishah, Noryn dan Farhan. Tentu ada sebab mengapa kita berada di senarai Top 5 AIM’14. Semuanya adalah pemenang dalam kategori berkenaan.”

Info Jaclyn Victor

Jaclyn Victor atau Jac, 29, dilahirkan pada 4 Disember 1978 dan berasal dari Kuala Lumpur. Anak sulung dari empat beradik ini mendapat pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Taman Ehsan, Kepong.

Sebelum menyertai pertandingan nyanyian Malaysian Idol (MI), Jac pernah menjadi penyanyi di kelab dan hotel seluruh Malaysia selama lapan tahun, sekali gus dia menganggap pengalaman itu sebagai kolej muziknya.

Menyertai MI pada 2004 sekali gus dinobatkan sebagai juara pertama program realiti TV berkenaan. Lagu Gemilang pernah menjadi juara Carta Hits 1 musim kedua pada 2005 dan Jac pula memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Memenangi anugerah emas ketika menyertai Shanghai Music Festival pada 2005 dan mengungguli Anugerah Juara Lagu ke-20 (AJL20) dan menang kategori Balada, kedua-duanya menerusi lagu Gemilang. Dia juga pernah bergelar Penyanyi Wanita Terbaik pada Anugerah Planet Muzik 2006 di Singapura.

Menerusi AIM’13, Jac memenangi empat kategori sekali gus iaitu Artis Baru Terbaik, Album Pop Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Album Terbaik, kesemuanya menerusi lagu dan album Gemilang.

Akhirnya Jac berjaya merobohkan tembok kukuh yang dibina Datuk Siti Nurhaliza sejak selama lapan tahun berturut-turut bermula 1999 apabila dinobatkan sebagai Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) pada AIM’14, minggu lalu.

108 Responses to “‘Kalaulah trofi ini boleh dibelah dua…’”

  1. toyol says:

    utk nick name UTK SITOT…BLA BLA.. sampai tersalah type. kejap ‘UTK SITOT TOYOL ….’ dulu…
    kejap ‘UTK TOYOL SIRAP…..? nampak sgt lah mek lu delete tukar nama USAHLAYAN…. hahahahaha…

  2. poyo says:

    Dah kena batang hidung sendiri. poyolah kau asyik nak tukar nama. Kalau berani tunjuk kan siri yang sbenar.
    Poyo.. poyo..

  3. adik manis says:

    ????
    apa korang mencarut nih?

  4. utk-toyol-sitot-sirap says:

    toyol, ko ckp org x berpengalaman, x berilmu konon. sekurang2nya aku ngaku. sbb aku x berpengalaman & berilmu, aku rujuk org pandai. jd aku ambik kata2 Datuk Ahmad Nawab, M.Nasir dan ramai lagi. ko tu kata berpengalaman, berilmu konon. ko tu sebenarnya “bodoh sombong”. bodoh x boleh diajar, cerdik x boleh diikut. cuba ko rehat satu hari, jgn tulis ape2. baca balik semua catatan2 ko sebelum ni. lepas tu, pikir elok2. tu ke jenis manusia yg ko nak jd?

  5. sitot says:

    utk nama yg menggabungkan 3 org ni…ko pun ambil cuti jgn tulis apa2 kat sini utk satu hari gak..

  6. toyol says:

    part ni gua tak balas lagi tot…hari ni baru gua bukak… halo makcik..tak ada nama lain ke nak guna nama kami bertiga. nape tak letak CTBODO je…. gua gelar lu CTBODO jelah ya..senang. lu ni kalau nak kata bodoh pandai, nak kata pandai tapi bengap…hhahahaha… semua komposer akan kata manis pd seseorang artis. lagi2 pd artis yg pernah mengambil mereka menjadi undangan pd konsert dll. kalau tak kata manis maka tak ada can lah diorang dapat masyuk duit…. income tuh. itu perkara biasalah beb….nak masyuk duit kenalah puji yg sebenarnya cgilamour tu hampeh…takat suara cgilamour…artis lain pun ada yg mcm cgilamour cuma mereka tak mainlah guna manderam2 utk kasi telinga mata dan pikiran org jadi gila kan dia… mereka ikhlas dan jujur utk menyanyi..sebab tu mereka dapat pasangan secocok gitu…. lu punya cgilamour.. kena balik btg hidung sendiri. kan dah dapat buaya besar….laparrrrr.

    dan lu kata suruh gua tgk note2 gua..buat apa minah…kalau free gua baca balik note gua dan yg lain2. tapi bila gua baca balik note lu gua jadi ternganga sebab ketawa tak henti2 dgn lu punya sound. lu nak kata org sound entah apa2 lah, tak ada kejalah, jadi manusia ini ke lah dan mcm2. lu mcm mana? apa kata lu ambik nasihat sitot lu rehat 1 hari baca note2 lu plak…mesti lu jadi manusia terbagus mcm gilamour…hahahahaha……lepas tu bolehlah nawab. mnasir puji suara u bagus ada klas…dan hanya hadir sekali 40thn sekali …

  7. gilesss says:

    aku pernah jumpe & ckp dgn jac. jac sombong. die ade pakwe org puteh ni. jac tu mcm lupe her roots. dulu miskin semua, skrg da kaya & popular, die sombong… die menang msian idol pun mcm not fair. die mmg dah prnh ade album sblm ni, of course her vokal mcm tiada tandingan dgn dina waktu tu. jac bynk experience. dina mana la ada… even guy sebastian peramah lagi dr jac. nape la, bile da kaya sikit, terus sombong..

  8. ex-peminat siti says:

    sudah la tu. ct sebenarnya masih yang terbaik. dari segi vokal. tapi apa nak buat, tuhan dah tarik rezeki dia.

    ajl2008 pun hairan, kenapa tak menang. padahal persembahan ct jauh lebih mantap dari mawi. itu pertama kali seumur hidup, ct tak pernah raih sebarang hadiah dalam pertandingan.

    tu la.. siapa suruh tak dengar cakap mak bapak. anak yang derhaka tak akan berkat hidupnya. sanggup rampas laki orang. bantah cakap mak bapak.

    sekarang dah tembam. dok berdoa minta mengandung. tapi yang makin melambung dalam peruk hanya lemak. tak lama lagi kena cerai dengan laki playboy dia.

    tak apa la ct. tumpang berlindung ketika susah, datang berlindung bila dah makin susah.

Leave a Reply