Skip to content

May 6, 2007

5

Dua diva berentap di Dewan Felda



LEPAS minggu setiausaha, nampaknya orang dok sibuk pula bercakap pasal Hari Ibu. Kalau dulu jarang sangat penganjur buat acara Hari Ibu, sekarang macam berebut-rebut pula dah. Sana sini orang buat acara meraikan Hari Ibu. Ada yang best, ada yang tak berapa best. Dalam dok begitu, ada yang tanya Joyah kenapa persembahan dua diva bergelar Datuk dibuat di tempat yang sama? Itulah, acara hari ibu untuk Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza. Kedua-duanya buat di Dewan Perdana Felda pada bulan ini. Bukannya apa, dia orang cuma tanya saja. Lagipun tarikh persembahan tak jauh sangat. Selang sehari saja. Sharifah Aini dulu, kemudian Siti pula ambil alih pentas yang sama. Kenapa lagu tu? Soalnya kenapa di tempat yang sama, bukan di tempat lain? Cuma bezanya persembahan Tok Pah dianjurkan oleh Mufira manakala Siti bersama M. Nasir dan Adibah Nor pula oleh Mahir Entertainment.

Tapi tak apalah, mungkin ini masanya hendak tengok persembahan siapa paling mantap dan menyengat. Walaupun persembahan Siti Nurhaliza selepas persembahan Kak Pah, banyak sudah tiket yang terjual khabarnya. Macam itu juga dengan acara Tok Pah kita tu. Yang pening dan susah hati Joyah rasa tentunya penganjur sebabnya perhatian penonton sudah bercabang-cabang. Mana satu hendak pilih ni? Dua-dua pun best juga. Senang saja kalau ada penonton yang macam itu. Pergi saja ke dua-dua acara, habis cerita.

Read more from Utusan Malaysia
5 Comments Post a comment
  1. May 15 2007

    bg aku biasalah cgilamour…. mcm aku cakap .apa yg org nak buat dia buat. bial dgr tok pah buat kat dewan felda dia pun nak buat…. biasalah gila kejar glamour…..

  2. May 16 2007

    nampaknya pada minggu setiausaha hari ibu ini merupakan cabaran buat dua diva yang terkenal baik di Malaysia dan Indonesia.Meskipun sudah lama Datuk Sharifah Aini tidak mucul membuat persembahan, tetapi beliau tetap mendapat sambutan hebat sehinggakan mendapat sambutan oleh peminat-peminatnya di Arab Saudi, Singapura, Brunei dan Indonesia. Meskipun kini Siti Nurhaliza begitu terkenal dan diminati ramai peminat di Indonesia, namun Datuk Pah juga pernah mencipta nama di Indonesia menerusi lagu ‘Hapuslah Airmatamu’ duet bersama Broery Marantika. Ketika itu, Sharifah Aini begitu disanjungi dan diminati oleh peminat-peminatnya di sana hingga menjadikan beliau sebagai artis Malaysia paling popular di Indonesia. Walaupun kini Datuk Sharifah Aini bukanlah artis Malaysia paling popular di Indonesia, tetapi beliau masih lagi mempunyai peminat dan dikenali oleh orang-orang di Indonesia. Bagi saya, Sharifah merupakan artis yang luar biasa kerana beliau tidak perlu mempunyai penjualan yang terbaik untuk mengecapi populariti di sana sepertimana Sheila Majid dan Siti Nurhaliza.

  3. May 16 2007

    yeh.. bro radenafe…. that is right. go tok pah.. go tok pah.
    aku masih simpan lagi koleksi lagu2 tok pah. lagu masa kecik2 dulu ‘kudaku lari’. lari tok pah laju…. biar cgilamour tak boleh kejar..hahahaha…. apa2 pun u the best. uji rashid also bagus… lunak lemak suara nya bila ganding dgn hail amir. suara org veteran memang sodap d dgr.

  4. Jun 5 2007

    apa khabar tok pah skrg… seorang seniwati yg masih gah namanya. tiada sape yg boleh tiru suara tok pah.
    gua dgr seniwati kita meninggal dunia last week. alfatihah utk beliau… gua minat juga beliau berlakon. semoga roh di cucuri rahmat oleh allah. amin.

  5. TAK SUKE MULUT CELUPAR
    Jun 9 2007

    peminat ct ke ape korang ni..kalo setakat nak komen panas2 buat website sniri la..haha

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments