Keputusan cetus banyak kontroversi



AKHIRNYA pecah juga dominasi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin menerusi Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) selepas memenangi kategori berkenaan lapan tahun berturut-turut dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM).

Menariknya, Siti tewas di tangan Jaclyn Victor dalam persembahan nyanyiannya bagi kategori utama yang cukup penting ini.

Bagi mereka yang sudah tidak larat melihat Siti saban tahun menguasai kategori itu, angin perubahan yang berlaku dalam keputusan Anugerah Industri Muzik Malaysia ke-14 (AIM14) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada malam Sabtu lalu, tentunya disambut dengan rasa cukup gembira dan senang hati.

Bukannya hendak menidakkan kemampuan vokal Jac yang sememangnya hebat dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Namun, suka atau tidak, kita harus terima bahawa vokal Siti sememangnya cukup menyerlah dan begitu outstanding menerusi album Transkripsi.

Hal ini berbeza daripada Jac di dalam album keduanya, Inilah… Jac. Album ini terlalu ringan buat vokal Jac dan tidak begitu ’solid’ jika dibandingkan dengan album terdahulunya, Gemilang.

Kontroversi juga berlaku kepada beberapa keputusan lain yang menyebabkan pihak media Malaysia kini mempersoalkan ketelusan AIM dalam membuat keputusan.

Antaranya ialah kemenangan Analogi daripada kumpulan Krista menerusi kategori Rakaman Album Terbaik. Dari sudut apa Analogi mampu menewaskan album lain seperti Sang Pencinta (M Nasir), Gothik Malam Edan (Search) dan Semalam (Sean Ghazi) yang turut berada di dalam kategori itu?

Anehnya, sementara rakaman Analogi dianggap terbaik, Sang Pencinta tetap diangkat sebagai Album Pop Rock Terbaik.

Apapun secara, keseluruhannya AIM14 pada tahun ini masih boleh dianggap memuaskan daripada sudut keputusan mahupun persembahan.

Jac ketika diwawancara berkata, beliau tidak menganggap kemenangannya dalam Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Wanita) itu bermakna beliau sudah mendahului Siti.

Siti pula berkata berliau tidak mengharapkan sebarang kemenangan pada malam itu, namun pada waktu sama berasa sangat bersyukur apabila produk pertama SNP Productions, Transkripsi, memenangi dua kategori iaitu Album Pop Terbaik dan Album Terbaik.

M.Nasir juga bersikap positif apabila kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) dimenangi Reshmonu.

‘Saya tidak kecewa dengan kemenangan Reshmonu. Dia ada kelebihan tersendiri dan trofi itu wajar menjadi miliknya. Namun, saya harus akui menghasilkan album Sang Pencinta adalah pengorbanan yang cukup panjang sehingga menitiskan keringat dan air mata,’ katanya.

Malam Kemuncak AIM 14 itu turut menyerlah apabila buat kali pertama menggandingkan Afdlin Shauki, Bob Lokman dan Adibah Nor. Gandingan mereka bertiga bukan saja serasi, malah menghiburkan dengan celoteh bersahaja dan gelagat mencuit hati.

On 5th May2007

  Comments: 3 Read more


3 Responses to “Keputusan cetus banyak kontroversi”

  1. sitot Says:

    errmmm..tak bleh terima hakikat la tu…

  2. toyol Says:

    aku dah dgr lagu jac. album gemilang memang power tapi yg ini lagi best. jac punya kelantangan suara yg bagus. dan muzik ada kelainan sedikit berbanding ctippo yg semakin sengau dan buat2. terimalah wartawan2 dan media2 oiii…. u all bukan juri pro. u all hanya tau kebaikan ctippo itu sebab u all jadi mcm tuh .. terlebih mkn budi ya

  3. toyol Says:

    alo press sekelian yg terlalu taksub dgn cgiglamour… nak tau apa makna cgiglamour? ct gila glamour… lepas ni bolehlah masuk paper ya. ada berani? mesti tak punya sebab kena sekat dgn TK form Utusan. yg si hartati fm metro confirm bela habis cgiglamour ni. dah terlebih dapat suap kot. ramai lg lah sekrg press2 yg dah terkena manderam dgn cgiglamour ni. kesian kat org2 skrg…. terlalu senang terkena ilmu.

Leave a Reply