Skip to content

April 10, 2007

146

Siti sudah berbadan dua?



Oleh Farihad Shalla Mahmud

APABILA bercerita mengenai penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, perkara paling penting yang orang ingin tahu adalah benarkah isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini sudah berbadan dua.

Walaupun sudah beberapa kali Siti meyakinkan pihak media bahawa dia masih belum menampakkan tanda bakal bergelar ibu, ada sumber-sumber dalam industri hiburan yang menyatakan harapan Siti dan suami untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan penghujung tahun ini.

Bukan sengaja mengada-adakan cerita tetapi kata satu sumber yang rapat dengan Hip menyatakan, Siti dikatakan sudah mula menolak untuk mengadakan persembahan untuk beberapa bulan akan datang iaitu mulai pertengahan bulan ini, semata-mata mahu menjaga kandungannya yang semakin membesar ketika itu.

Malah, ada juga sumber lain memberitahu Siti pernah dilihat menjalani pemeriksaan awal khusus untuk wanita mengandung di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka di Kuala Lumpur sambil ditemani suami serta ibu tercinta, Siti Salmah Bachik.

Difahamkan, peristiwa mengunjungi perubatan swasta itu berlaku baru-baru ini iaitu sebelum Konsert 3 Diva berlangsung di ibu negara. Tidak cukup cerita itu, perubahan bentuk fizikal Siti yang begitu ketara sejak kebelakangan ini setiap kali muncul dalam mana-mana acara seolah-olah membenarkan dakwaan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu bakal bergelar ibu.

Persoalannya, benarkah semua dakwaan ini? Atau, ia sekadar spekulasi semata-mata. Jika benar kandungan Siti masih di peringkat awal, tentunya penyanyi popular itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti nyanyian demi menjaga kandungan.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Sepanjang bulan ini saja, Siti terbabit dengan pelbagai pertunjukan termasuk persembahan sempena Minggu Setiausaha serta Konsert Istana Cinta Datuk Siti Nurhaliza, iaitu persembahan nostalgia P Ramlee dan Saloma di Istana Budaya.

Ketika diminta mengulas perkara ini, Khalid atau lebih mesra disapa Datuk K menafikan isteri kesayangannya itu sedang mengandung.

“Belum… belum lagi, Siti masih belum mengandung. Dia cuma tak sihat badan saja hari tu. Batuk dan demam sikit, tapi sekarang sudah pulih. Buat apa saya nak rahsiakannya? Saya bukannya bermusuh dengan pihak media. Jika betul Siti mengandung, saya akan maklumkan pada anda semua. Tunggulah,” janji Khalid.

Sementara itu, pengurus yang juga kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, turut menafikan dakwaan Siti kini sudah mengandung. Beliau menganggap berita Siti mengandung dan menjalani pemeriksaan seperti yang digembar-gemburkan adalah cerita karut serta tidak berasas.

“Merepeklah cerita itu. Sah-sah makcik Salmah tidak pernah pergi menemani Siti di pusat perubatan itu. Belum, Siti belum mengandung lagi. Semua itu bohong,” jelas Rozi dalam satu kenyataan yang dikirim kepada Hip menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) petang Sabtu lalu.

Seperti juga kenyataan Siti sebelum ini apabila ditanyakan mengenai perkara itu (mengandung), dia tetap menafikannya.

Jelas Siti, mengandung adalah satu anugerah yang tidak ternilai daripada Tuhan buat hambanya dan sebagai penyanyi yang menjadi milik masyarakat, dia akui tidak akan merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan peminatnya.

Read more from Berita Harian
146 Comments Post a comment
  1. May 6 2007

    wei sedapka makanan organik ni ha..aku tgk makin banyak kedai jual makanan macam ni…ada satu pakcik cina ni tunjuk kat tv ..dia makan bayam mentah organik ja tiap hari..aku tgk dia kunyah dgn muka tenang kagum aku

  2. May 6 2007

    sitot… PPIM tu baca ruangan FAQ dia baguih..

  3. betuahbadan
    May 6 2007

    aku sirap tak penah makan makanan organik ni.elok sebenornya makan makanan yg tumbuh secara semulajadi dimana sayur2an dapat makanan dari tanah dan air dari langit.satu yg tak best tu kalau apek2 ke nyonya2 telebih sembur racun tak pun dia bubuh baja taik babi.nak selamat makan la makanan organik.tak leh percaya dah org2 yg becucuk tanam sekrg ni.depa mana pikir sangat.

  4. sitot
    May 7 2007

    lebih baik tanam sendiri…

  5. sitot
    May 7 2007

    sirap, macam mana ko cat nama ko color biru?

  6. May 7 2007

    alahai pasal ct brbdn 2 pun nak kecoh 1 m’sia..crla crt lain kalau nk kuar paper..ckt2 psl ct hml..hrp2 lps nie kuar cter ln psl ct bkn tentang dk@khamilan die..bnyk lg cter!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  7. betuahbadan
    May 7 2007

    mak ai pjg nya cter tu dik ain oii…biasa la dik ct kan popular.press pun ada kepentingan mereka.duit duit duit…. aku gila duit.

  8. toyol
    May 7 2007

    press memang mcm tuh… tapi tak semua press buat ceta giler mcm yg kita baca pasal ctippo nih. ctippo je yg giler galmour dan hebohkan apa yg dia nak buat. itu pasal tak habis2 keluar ceta minah giler glamour ni. kesian jugak kat press2 ni sebab dah naik penat asik ngejar ceta yg tak betul.

  9. May 8 2007

    sitot nama aku tuh aku upah tuan tanah cat….tima kasih tuan tanah.wakakakak….sebenornye sitot aku isi “url” kat trackback address…tu yang nama aku jadi lagu tuh…

  10. May 8 2007

    press macam tadak ceta lain daa….lepas ni keluor tajuk “HIPO bunting gajah”…ha baru laku paper depa..

  11. May 8 2007

    aku dah try

  12. May 8 2007

    halamak yol…ko nampak “biru”…wokeh bro mantap tuh..

  13. shazza
    May 8 2007

    eh sitot, sirap n toyol..
    korang ni mmg pengunjung tetap bende nie ek?
    korg mmg dok mengadap bende ni je ek 24 hours.
    asal shazza masok je mesti ade bertubi2 note kowang. adakah kamu sume yg memulakan ini blog??
    hehehehe…just wondering n curious..
    anyways…tata

  14. May 8 2007

    lahhhh shaza.. dah keja aku ngadap komputer… bila tgh download keja.. tggu punya tggu punya tggu….. hujan tak turun2. hehehehe…. gurau aaaa… tgh tggu download aku singgahlah tukar angin kejap. ok shaza… ada paham skrg kaaa? yg kau tuh buat apa? belajar lagi ke? kalau belajar … belajar tekun. ingat mak bapak susah2 cari duit tuk korang. kalau keja… keja dgn tenang dan berdikari…. bila ada duit dan senang jgn lupa mereka. berkat rezekinya.

  15. May 8 2007

    aku dah jadi biru bro…. woooo….. cool bro..

  16. peMERHATI
    May 9 2007

    CT TU BUKAN KORANG TAK TAHU… MEMANG SUKA BUAT GIMIK… DULU KATA TAK BERCINTA, SAH SAH BUAT KONTROVERSI NAK KAHWIN. KANG NANTI NAK BERANAK PUN DIA KATA PERUT TU BUNCIT BUKAN BERISI….

  17. sitot
    May 9 2007

    keja aku pun kena guna komputer dan internet…dulu lain laa wat keja guna mesin taip, tak der talian internet. Sesekali menyinggah la jugak kat “kedai kopi” ni, sambil minum kopi dan sembang2.

  18. shazza
    May 9 2007

    bsiklsh sbsng toyol..akan ku ingat pesanan mu itu.akan ku belajar bersungguh2 membalas jasa ibu bapa yg berbakti kepada ku membesarkan ku sehingga kini..hehhehe..
    blaja lg la abg toyol..balik class kdg2 bosan2 bukak ah bende nie..sronok gak bace bende nie..boleh gelak terkekek kekek..hhehehe..

  19. betuahbadan
    May 9 2007

    bukan kau sorang je yg tekekek2 shaza aku pun tekekek2 jugak baca statement yol dan sirap ni.org byk pengalaman la katakan.

  20. May 10 2007

    peng’alam’an aku alam roh alam fana..alam roh aku tak ingat apapun..tapi aku tahu aku ada berjanji dgn DIA….alam fana nih masing-masing ada story…alam barzakh sendiri mahu ingat..alam akhirat harap syafaat..alam dan manusia subjek sekolah rendah dolu-dolu..wakakakakaka…jgn marah aaa..aku gurau

  21. May 10 2007

    wah bro sirap…. alam barzakh? menggigil lak lutut aku bila bayangkan…. aku ada terima email akawan aku bg pasal mayat di tanya malaikat kat dlm kubur. naik tegak bulu roma aku. masa thn 1987 aku masih sekolah menengah lg… masa tuh arqam ada lagi. aku p tgk diorang buat mlm tajuk ‘alam barzakh kat jubli intan johor. itu lg mcm real… naik menangis pun ada tgk lakonan mereka. sampai kul 3 pagi baru habis. dlm hal ni kumpulan arqam bagus. tapi pembawakan nya byk yg tersimpang.

  22. sitot
    May 14 2007

    Ni aku cut and paste dari berita harian utk kongsi bersama dan mengambil pengajaran drpdnya..

    Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim

    Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud ”Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” (Surah Al-Furqan: Ayat 23).

    Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan “Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah.”

  23. May 14 2007

    hmmm……. sebab tuh lah bila nak uat sesuatu perkara baik seperti derma atau apa2 pun kebaikan tidak perlu mencanang. ikhlas itu derma….. mencanang kebaikan itu bukan derma tapi nama…..

    to cgilamour….. ingatlah…. kamu selalu inginkan nama kamu di bibir peminat rabunmu. apa yg kamu buat, semua org kamu beritahu….mana keihklasan mu…. cantik saja rupa tapi buruk perilaku sebenarnya….

  24. shazza
    May 14 2007

    huh!!! sitot..siap bagi dalil dari Quran..mesti 8 hari 8 mlm mengadap Quran nk carik ayat yg terbaik..
    tabik ah tot..hhehehe..

  25. May 14 2007

    kau ni rabunlah shazza…. sitot paste dari BH lah. note ni kasi cgilamlour baca bagus. hantar je kat sitizone kasi bukak itu mata perempuan yg suka perasan bagus.

  26. sitot
    May 14 2007

    shazza..nampak sangat lerr u ni tak baca berita harian bahagian agama. Bagus jugak mengadap quran daripada tak mengadap langsung. At least kita belajar isi kandungan alquran yg kini hanya menjadi perhiasan dan barang hantaran ajee…

  27. May 14 2007

    cakap pasal perhiasan teringat lak ada seorang kawan yg telah berkahwin dgn mat saleh dari US. kitab quran sekadar hiasan di atas rak2 perhiasan. bila gua tanya pernah bukak ke? dia dgn selamba jawab… ‘sejak letak sampai skrg tak pernah sentuh pun sekadar hiasan je.’ au yg dgr naik sedih memandang wajahnya. kitab tuh aku tgk bersih sebab hari2 maid dia lap…. tot…. kau dgr pasal iran nak kena serang dgn USA? gara2 iran ada senjata paling merbahaya….

  28. sitot
    May 14 2007

    Senjata kita adalah doa selain nuklear…takut aku bila baca email kawan aku pasal ada dajjal dah muncul kat dunia ni… sekarang ni dah ramai jadi pengikut dajjal tu. aku tak berani sebut sebab takut ada pengikut dia kat sini. Nauzzubillah..harap2 aku dah tak de kat dunia ni bila kiamat nanti…dasyatnya..

  29. May 14 2007

    aku kat sini adalah jumpa kenalan dari thailand. married dgn org italian…. nama pun baik2 islam jadi nama saleh celup. pernah dia tanya kat aku tentang solat. aku tanya balik kenapa? dia terus cakap minta tlg ajar solat…. sejak kecik sampai skrg dia tak pernah buat solat. mana tidak nya…bapak buddha mak muslim….. mcm mana tuh…. kesian kat dia…..

  30. May 15 2007

    Syaitan mendorong manusia supaya terburu-buru mengerjakan amal baik dengan mengatakan: Ayuhlah cepat-cepat beramal supaya engkau dapat memburu lagi amal lainnya.

    Orang yang dijaga Allah tentu menolak dan berkata: ‘Sedikit tetapi sempurna dan istiqamah lebih baik daripada amal banyak tetapi tidak sempurna dan kurang istiqamah.’

    Syaitan menyuruh manusia supaya mengerjakan amal baik dengan sempurna sebab kalau tidak sempurna, nanti akan dicela orang lain. Pada peringkat ini, syaitan cuba menanamkan rasa riak dalam hati manusia.

    Orang-orang yang terpelihara tentu menolaknya dan akan berkata: ‘Bagi saya, cukup dinilai Allah sahaja dan tidak ada faedahnya beramal kerana ingin mendapatkan pujian manusia.’

    Syaitan menanamkan rasa ujub (bermegah-megah) dalam hati orang yang beramal dengan membisikkan: ‘Betapa tingginya darjatmu kerana berjaya melakukan amal soleh dan betapa pula engkau cerdik dan bijak.’

    Orang-orang yang baik dan diselamatkan Allah akan menjawab: ‘Sesungguh nya semua keagungan dan kesempurnaan itu kepunyaan Allah, ia bukan kekuatan atau kekuasaanku.

    ‘Allahlah yang memberikan taufik kepadaku untuk dapat mengerjakan amal yang Dia redai, dan memberikan ganjaran yang besar dengan kurnia-Nya.

    ‘Jika tanpa kurnia Allah, maka apalah harganya amalku ini dibandingkan dengan banyaknya nikmat Allah kepadaku, lagi pula dosa-dosaku sangat banyak.’

    Hasutan Syaitan seterusnya disini -> http://putraworks.wordpress.com/2007/03/09/cara-menundukkan-syaitan/

  31. mambang angin
    May 15 2007

    jgn ‘pisang’ nya datuk k dah tak leh pakai lagi tak…..nak hayun pun tak kuat….kena minum tongkat ali

  32. sitot
    May 16 2007

    putera, I suka baca pasal saat2 kematian yg u letak kat blog u ni…

  33. May 16 2007

    mati..telan ayaq liuq aku baca tuan tanah..bagus ingat mati nih..
    “ya Allah jadikanlah hidupku sebagai penambah amal kebaikanku dan jadikanlah matiku sebagai penghenti amal burukku”

  34. adik manja
    May 16 2007

    engkorang… engkorang ada ingat x dulu ada 1 kejadian aneh berlaku kat mesia ni.. yg budak2 sekolah agama nampak objek2 kat langit.. masa tu aku darjah 5lagi.. hal tu gempak la sat sbb masuk paper.. mana la pegi budak2 tu semua? aku tingin nak tanya pengalaman depa…

  35. Genius.YYY
    May 18 2007

    benda tu betul, sbb kwn aku yg masa tu tgh study di UiTM nampak objek tersebut dgn jelas. Antaranya, yg cukup jelas, adalah tulisan Allah dan batu nisan. Tempoh masa lebih kurang lepas Isyak dan sebelum subuh. Sekian adanya

  36. kumak
    May 19 2007

    menunggu ct ngan baby dia… mesti comel anak ct..

  37. adik manja
    May 19 2007

    Genius.YYY
    cite arr.. teringin nak tau..

  38. May 21 2007

    tidak ada benda lain dibuat,,,,konkek sajelah siti dengan dk dirumah… mana tidak mengandung cepat.entah–entah bunting sebelum nikah

  39. Genius.YYY
    May 21 2007

    Yg aku ingatlah dari cerita dia, kumpulan awan yg menyerupai objek tu mula2 muncul di langit lepas isyak sebab malam tu agak terang diterangi cahaya bulan purnama. So antara yg mula2 keluar ialah ayat ALLAH and Muhammad (dlm jawi) Ada objek yg terang, keluar jer boleh terus tahu apa bendenya. Ada pulak yang kena tengok betul2 baru tahu apa bendanya. Contoh nya, mcm objek batu nisan. Banyak kali jugak kumpulan awan tu bertukar bentuk, lebih dari 10 kali kalau aku tak silap kwn aku ni cakap. Yg last sekali, objek batu nisan dan lepas tu bila masuk subuh, objek tu hilang terus. Khabarnya, di Jakarta pun ada org yg nampak tulisan yg sama. Ramai yg frust sbb malam tu tak der sapa yg sempat ambik gambar as proof. Maklumlah, digital camera masih belum ada and hphone pun bukan jenis yg ada camera utk ambik gambar waktu malam. Peristiwa di catat sekitar 1993 or 1994 kalau tak silap.

    Wallahu’alam

  40. May 21 2007

    hmmmm…. masa tuh aku pun dgr ceta dari mak aku. dia sempat tgk kebetulan mlm tuh baru balik dari surau. aku ingat mak aku main2 sebab mak aku ni byk lihat yg pelik2. bila dia nampak kita nampak. itulah…. rugi tak dapat lihat kebesaran tuhan….

  41. May 21 2007

    pembetulan….

    ‘BILA MAK AKU NAMPAK KITA TAK NAMPAK’. ada kelebihan org kata.

  42. May 21 2007

    kat sekolah aku pun nampak dulu tapi formation tak berapa clear yang aku sentap ramai pulak budak pompuan “togel” bertudung lepas tuh..sayangnya insapnya sekejap..lepas tuh “togel’ balik..apa daa..

  43. adik manja
    May 22 2007

    ic…insap tul dengar.. skrg ni dah akhir zaman

  44. May 22 2007

    lagi2 bila tgk perang muslim kat palestin, iraq.. pasal tanah diorang berperang….. yang skrg nih dgr pulak iran nak serang israel gara2 nak tolong rakyat palestin di halau dari tanah yang sebenarnya milik mereka. asal tanah tuh dari turki…tapi lepas kejatuhan president, british rampas balik dan serah pada israel. sebab tu kita dgr US nak serang iran sebab israel minta bantuan…… kan army britain tersesat di iran dan di tangkap kononnya mereka tak sengaja masuk ke sempadan iran. dan akhirnya mereka di lepaskan. masa tuh blair masih lagi president…. skrg blair di kecam gara2 menyokong us menyerang iraq dan iran… mereka takut sebab iran ada senjata nucklear….

  45. May 23 2007

    bagi aku …. kerajaan israel sama bush yang paling lahanat…ariel sharon kat dunia Tuhan dah bagi cash..tunggu mampos dari tahun lepas lagi..pengganti blair harapnya tak bengap sama…Hidup Mahmoud Ahmadinejad..!

  46. Feb 10 2012

    It’s really a nice and helpful piece of info. I am happy that you just shared this helpful information with us. Please keep us informed like this. Thank you for sharing.

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments