Mawi dan Siti popular di Mekah
Ada jemaah yang baru pulang mengerjakan haji baru-baru ini beritahu Niezam, dia begitu tak sangka nama dua penyanyi tanah air begitu popular di Tanah Suci, Mekah.
Mengikut cerita jemaah tu, semasa dia nak beli buah kurma dan berjalan-jalan di kedai sekitar kawasan Masjidil Haram di Mekah, peniaga- peniaga di situ tak habis-habis menyebut nama Mawi dan Siti Nurhaliza.
Bila nampak jemaah lelaki Malaysia, peniaga-peniaga itu akan panggil Mawi. Bila nampak pula jemaah wanita mereka akan panggil Siti Nurhaliza.
Kata jemaah haji yang mahu dikenali sebagai Abang Hamid itu, dia bangga sungguh dua artis tanah air kita bukan sahaja popular di Malaysia tapi sampai di tanah Arab pun nama mereka disebut-sebut.
‘‘Abang yang dah berumur ni pun dipanggilnya Mawi. Isteri abang dipanggilnya Siti Nurhaliza. Kebetulan pula rambut abang memang macam Mawi sebab dah botak,’’ serta Abang Hamid.
Tambahnya lagi kalau orang Arab boleh bangga dengan dua nama itu, kita pun kena lebih bangga lagi dengan mereka.
Memang betul tu Abang Hamid kita semua sememangnya bangga lahirnya artis macam Siti Nurhaliza yang telah mengharumkan nama negara dengan imejnya itu.
Tentang Mawi pun kita turut bangga kerana dia menjadi contoh anak Felda yang berjaya tetapi tak tahulah pula bagaimana mana Mawi menghargai dirinya sendiri? Apa-apapun itu semua kejayaan mereka.
NIEZAM:
abang hamid sebenarnya tak tahu.penjual tu nak pancing pembeli.dia org tu tahu org2 msia bila datang mekah bawa duit banyak dan lagi org2 msia ni pemurah dan mesra.gitu la….
abang hamid salah dengar tak.tak pun abang hamid diduga tuhan.beristigfar banyak bang hamid.abang hamid baru je buat haji.
apa la nak dibanggakan mawi dan siti tu.dah itu rezeki mereka.dah nak ke situ pergi nya mereka.aku lagi bangga kalau ramai org2 islam msia pegi mekah.gembira ada,sedih ada,sayu pun ada.
mawi bila nak pi mekah.tak teringin ka.kalau menyanyi ada masa tak kan pi mekah tak da masa kut.nanti betul2 tak da masa jgn tekilan lak.satu kerugian.
tak kira la berapa kali pi mekah walaupun tak berubah2 tapi itu lah Kebesaran Allah.sesiapa yang pernah mengunjungi ke sana akan selalu terpanggil2 nak kesana lagi.cuba la kalau tak caya.ubah tak ubah perangai itu ada lah urusan Allah.
At least ada gak orang kenal mereka kerana imej baik mereka…Uols mampu?