Fasha Sandha ganti Siti Nurhaliza
Oleh: NOR FADZILAH BAHARUDIN
FASHA SANDHA.
——————————————————————————–
ADA sesuatu yang menarik tentang Nur Fasha Sandha. Pelakon berusia 23 tahun ini bijak berkata-kata, berperwatakan menarik dan cantik. Tentunya itu pakej terbaik untuk Fasha yang terlibat dalam bidang seni tempatan.
Dan kerana pakej itu juga, Fasha didatangi tuah tahun 2007 apabila ditawarkan menjadi duta barangan jenama kecantikan Maybelline selama setahun. Malah apa yang lebih menarik ialah Fasha menggantikan tempat Datuk Siti Nurhaliza, duta terdahulu jenama tersebut.
Jujur mengakui satu tugasan yang berat memikul tanggungjawab tersebut, Fasha berkata: “Saya bersyukur dengan tawaran tersebut. Tak pernah terfikir untuk menjadi duta Maybelline dan menggantikan tempat Kak Siti (Datuk Siti Nurhaliza). Sebab itu saya mengambil masa enam bulan untuk memikirkan tawaran itu.â€Â
Malah kata gadis kelahiran Pulau Pinang ini, peluang tersebut akan digunakan sebaiknya kerana bukan mudah untuk mendapatkan peluang tersebut.
Sudah pun membuktikan kejayaan tahun ini dalam dua buah filem, Cicak-Man dan Cinta, apakah mungkin Fasha bakal menjadi primadona baru dalam bidang lakonan?
“Saya rasa belum ke tahap itu lagi. Sebab usia saya dalam bidang lakonan baru tiga tahun. Apa pun saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada saya,†kata Fasha merendah diri.
Membuka diari 2007 dengan empat tawaran lakonan – dua drama dan dua filem, kata Fasha, dia mempunyai alasan tersendiri untuk meneliti skrip-skrip tersebut sebelum menerimanya.
“Saya bukan cerewet tetapi tidak mahu tergesa-gesa menerima tawaran. Apa yang saya lakukan demi untuk memastikan lakonan yang saya tampilkan itu terbaik dan dapat diterima ramai,†ujarnya.
Masih tercari-cari watak agar berlainan daripada yang sering dibawanya selama ini sebagai gadis yang baik, Fasha begitu teruja dengan watak yang dibawanya dalam filem terbaru, Anak Halal arahan Osman Ali.
“Saya bawa watak gadis bermasalah yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam filem itu. Satu watak yang berat dan untuk menjayakannya saya sanggup membuat kajian agar dapat menjiwai watak itu,†katanya.
Sama seperti anak seni yang lain, Fasha juga tidak terlepas daripada gosip-gosip liar.
Namun Fasha tidak mahu memeningkan kepala untuk memikirkan hal tersebut.
“Bagi saya fitnah dan gosip itu asam garam kehidupan artis. Apa yang penting, sokongan dan restu daripada mak saya (Hatijah Tehman) yang membuatkan saya kuat dan mampu terus mengharungi liku-liku kehidupan sebagai anak seni,†katanya.
Taniah