Mawi, Siti meriahkan Malam Gala Titian Budaya M’sia-Indonesia
17-12-2006 12:59:17 AM
Radin Sri Ghazali

Siti ditemani Haziq menerusi lagu Ala Dondang
(Foto mStar Online Oleh Radin Sri Ghazali)
JAKARTA: Acara Titian Budaya Malaysia dan Indonesia anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia dimeriahkan lagi pada malam semalam menerusi penampilan istimewa dua orang artis tersohor negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Mawi di Jakarta Convention Center.
Sebagai acara pembuka tirai, Siti diberi penghormatan dengan mendendangkan lagu yang ditulis oleh Suhaimi Pak Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah iaitu ‘Titian Budaya’ sebagai lagu tema pada acara tersebut.
Siti turut melakonkan watak seorang permaisuri menerusi lagu ‘Ala Dondang’ yang dikatakan memaparkan kisah Raja-Raja Melayu serta keutuhan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum di bawah naungan Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Siti… Kelihatan anggun ketika menyanyikan lagu tema berjudul Titian Budaya
(mStar Online)
Penyanyi kelahiran negeri Johor, Haziq AF4 turut membuat penampilan istimewa sebagai Sultan disamping Siti menerusi lagu tersebut.
Penyanyi yang kini kian menempah popularitnya di pesada muzik tempatan, Mawi turut menyerikan acara tersebut dengan dendangan lagu irama tradisional orang Melayu iaitu Zapin Budi.
Penyanyi yang pernah menjuarai pertandingan realiti Akademi Fanatsia 3 itu juga turut menunjukkan bakatmenari zapin pada malam tersebut.

Mawi menyanyikan lagu Zapin Budi turut menunjukkan bakat terpendamnya menerusi tarian zapin
(mStar Online)
Malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan beberapa orang penyanyi lain seperti Haziq AF4 yang menyanyikan lagu ‘Sayang Musalmah’, penyanyi veteran Andre Goh menerusi lagu ‘Mas Merah’ dan duet istimewa di antara penyanyi yang berbangsa India, Banumitha dan penyanyi muda Edrie Nadzrin menerusi lagu ‘Pandang-Pandang, Jeling-Jeling’.

Haziq yang dikenali memperjuangkan lagu irama asli turut hadir untuk memberi persembahan
(mStar Online)
Persembahan tarian yang mewakili setiap suku kaum di Malaysia turut dipersembahkan. Antaranya adalah Tarian Jatiswaran (oleh Temple of Fine Arts), Tarian Kipas (oleh Dua Space Dance Theatre) dan jua tarian etnik masyarakat Sabah dan Sarawak (oleh Artisari Istana Budaya).
Majlis yang dihadiri kira-kira 1000 orang penonton turut diserikan dengan alunan melodi daripada gabungan Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Negeri Sembilan bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan menerusi muzik ‘Cak Lempong’.
Tarian Jatiswaran oleh Temple of Fine Arts turut mendapat perhatian daripada penonton-penonton
(mStar Online)
Majlis itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia Datuk Seri Rais Yatim bersama isterinya Datin Seri Masnah Rais , Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bapak Menteri Kebudayaan dan Pariwisata Republik Indonesia, Ir Jero Wacik
Best…OK banget…saya berharap acara seperti
ini terus berlanjut diadakan guna mempererat jalinan
Silaturahim antara kedua negara
yup’s ok bgt keren abiz daaaaaaaaaaa
Saya suka lagu Ala dondang Siti Nurhaliza, tapi bagaimana cara mendapatinya yah???Kalau ada format MP3 nya hantarkan ke saya, Plz…Thanks