Siapa juara Mentor?
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL dan NOR FADZILAH BAHARUDIN
ESOK, seorang lagi bintang baru akan menyinari persada seni tanah air apabila juara program realiti TV terbitan TV3, Mentor musim kedua diumumkan. Para peminat rancangan tersebut semestinya kini ternanti-nanti siapakah di antara protege yang berpotensi untuk diangkat sebagai juara.
Sudah pasti mentor-mentor kepada Kat, Fiq dan Nieyl iaitu Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search dan Nurul sudah menetapkan corak persembahan yang terbaik untuk protege masing-masing bagi memikat hati pengundi dan juri profesional.
Adakah protege mereka akan membuat persembahan yang luar biasa? Kehangatan program yang diadakan di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam itu akan disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan radio HotFM bermula pukul 9.00 malam.
*DATUK SITI NURHALIZA
“Sebagai mentor, sudah pasti saya memilih lagu yang sesuai untuk persembahan protege saya, Kat. Saya juga ada menerima idea-idea daripada Kat. Masalah kami ialah mencari artis untuk berduet dengan Kat kerana senarai artis yang kami pilih sibuk dengan jadual harian masing-masing.â€Â
* KAT
“Saya pernah terkeluar tetapi kemudian diserapkan semula sehingga menimbulkan kontroversi. Alhamdulillah saya dapat menempuh pahit dan manisnya. Mengenai persembahan akhir nanti, semuanya saya serahkan pada mentor saya, Kak Siti (Siti Nurhalzia) untuk menentukannya. Apa pun sama seperti peserta lain, saya juga mengharapkan kemenangan. Tapi saya tidak mahu dikatakan terlalu yakin pula.”
* AMY SEARCH
“Saya yakin dengan bakat yang ada pada protege saya, Fiq. Dia seorang yang berpotensi dan jujur pada persembahannya. Melihat dia, saya teringat semasa saya mula-mula mahu jadi penyanyi, seorang budak kampung yang datang ke bandar seorang diri untuk mencari kejayaan. Saya yakin Fiq mampu pergi jauh selepas ini.â€Â
* FIQ
“Terus terang saya katakan, saya tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk menang. Saya cuma ingat pesan mentor saya, abang Amy (Amy Search) supaya saya memberikan persembahan yang terbaik. Saya harap pada malam pertandingan tersebut, saya diberikan kesihatan yang baik kerana saya bakal membawakan lagu-lagu yang bernada tinggi.â€Â
* NURUL
“Melangkah ke peringkat akhir juga sudah cukup memeranjatkan saya namun saya akan pastikan Nieyl membuat persembahan yang terbaik. Malah, demi menunaikan janji yang telah terikat, saya juga mengundang Ajai untuk berduet dengan protege saya, Nieyl menerusi lagu Seiring Sejalan. Cuma, untuk persembahan akhir itu nanti, saya mengharapkan Nieyl tidak hilang fokus.â€Â
* NIEYL
“Saya tak sangka terpilih ke peringkat akhir. Tapi alhamdulillah saya tak akan mempersia-siakan peluang yang ada ini. Insya-Allah malam akhir nanti saya akan buat satu persembahan yang hebat untuk menghiburkan penonton.
Tahap keyakinan saya juga sudah meningkat berbanding sebelum ini. Mentor saya, Kak Nurul banyak memberi sokongan. Walaupun saya tahu pemilihan saya ke peringkat akhir menimbulkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak, tapi ia tidak menganggu konsentrasi saya.â€Â