Battle of the best
25 Nov 2006
Dennis Chua
Four semi-finalists of the reality show Mentor will know their fate this Sunday as they battle it out to make it to the finals.
MALAYSIA’S first home-grown reality show to go international, Mentor, will pick its final duo tomorrow.
Semi-finalists Kat (Siti Khatijah Hassan), Ayu (Rahayu Baharuddin), Nieyl (Nuriylia Zailani) and Fiq (Mohd Firdauz Halim)  proteges of Datuk Siti Nurhaliza, Hazami, Nurul and Amy of Search respectively  will know their fate at 8.30pm in the weekly Mentor concert live from Seri Pentas 2, Plaza Alam Sentral in Shah Alam.
The four contestants beat Yassin’s protege Hidayah Othman (Eiya) of Alor Star, Kedah, and Zaf VE’s protege Syed Alfrizal Syed Alwi (Rizal) of Bintulu, Sarawak, to qualify in September for the semi-finals.
At present, Fiq leads the pack with 405 points, followed by Kat (397.3 points), Nieyl (295.1 points) and Ayu (239.9 points). Eiya and Rizal received 245 and 226 points respectively.
SMS votes from viewers account for 50 per cent of the points, with the rest from professional judges headed by singer Zainal Abidin, who mentored last year’s winner Pija (Norafizah Yasin).
The finalists will battle it out on Dec 3. The champion will secure a recording contract with EMI, among other prizes.
He or she will compete with the winner of Indonesia’s answer to Mentor, Bintang Cari Bintang, in Kuala Lumpur. The showdown, Juara Antara Juara, will be held in late December. Bintang Cari Bintang began on July 13.
Fiq and Kat are widely expected to meet in the final, since they have consistently been in the lead.
The duo were the subject of a controversial decision by producer TV3 when the show began on July 9.
In the prelude concert that day, two hopefuls vied to be the protege to each of the six mentors. Fiq and Kat competed to become Amy’s protege. Kat is related to Amy.
The results, determined purely by SMS votes, saw the show’s judges reject both of the hopefuls who vied to be Siti’s protege.
The duo, Nur Nadia Rusali and Ayu Safina Sahidan (pictured below), obtained the lowest number of SMS votes among the prelude concert contestants, and were also deemed the least outstanding by the judges.
TV3 gave Siti a new protege, Kat, who lost to Fiq in the battle to be Amy’s protege, but was among the six best contestants to both judges and viewers.
The proteges were then separated into Groups A (Kat, Nieyl and Eiya) and B (Fiq, Rizal and Ayu) and competed three times at “battle weekâ€Â.
The semi-finals for Groups A and B were held on Nov 12 and 19 respectively. While the judges easily predicted charismatic rocker Fiq’s victory in Group B, they were not so sure about Kat winning in Group A.
Despite being a natural entertainer who connected with fans, the judges felt that her vocals paled in comparison to that of powerhouse Ayu.
Kat, 19, of Penang, said despite newly-wed Siti’s hectic schedule, the pop princess communicated with her regularly, to chart her progress.
“Siti is a perfectionist and demands 100 per cent commitment. She encouraged me to sing in different musical styles and not be over-dependent on rock, my forte,†said Kat.
“While she has taught me how to connect with the audience, I feel I must smoothen my vocals,†she added.
Fiq, 24, a die-hard Search fan from Sandakan, Sabah, said he was blessed to be the rock star’s protege.
“Amy is a stickler for tidiness and punctuality. However, once you meet these criteria, it is a pleasure working with him. He knows rock music like the back of his hand,†he said.
Fiq said he was trying to overcome his stiffness on stage.
Ayu, 23, of Malacca, said it was great spending time with Hazami because he was a brilliant musician.
“Hazami taught me to keep in good shape to be a winner. He makes sure that I take good care of my health, exercise, and not lose my voice.â€Â
Nieyl, 21, of Muar, Johor, said Nurul was firm, but kind and understanding.
“I’ve learnt a lot about stage performances from Nurul, who is a brilliant songwriter.
“She helped me overcome my shyness on stage, and build up my self-confidence through rock-climbing.â€Â
Nurul said Nieyl had improved since the beginning of the show. She said her protege had what it takes to be a successful singer.
“Nieyl was rather nervous in the beginning. I am happy she has taken great strides in conquering her initial fears,†she said.
Reigning champion Pija, 18, of Kota Kinabalu, said contestants ought to make full use of the lessons learnt from their mentors.
“The mentor-protege bond lasts well beyond the competition. So long as we need guidance, and are prepared to improve ourselves as singers, they will be on our side,†she said.
Anugerah Planet Muzik 2006
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=9N5CpovywEw]
Biarlah Rahsia – Siti Nurhaliza
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=eqm1xGUmTxE]
Artist Wanita Paling Popular – Siti Nurhaliza
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=A-jmZ1zyLt8]
Siti Nurhaliza comment mengenai Loloq
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=RGZVlSm0cCc]
Siti Nurhaliza comment mengenai Loloq
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=oIOfQGSzgdE]
Penyampai anugerah.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=C4rv4CQRZOA]
Penyampai anugerah.
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=Fo4R_-d6YMc]
Siti Nurhaliza, Rossa, Anuar Zain dan Marcell.
Charity Gala Dinner
THERE will a Charity Gala Dinner by “With All Our Hearts†Malaysian Jusco Foundation at 7pm on Nov 23. Datuk Siti Nurhaliza, the ambassador and her band will entertain you at the Gala Dinner after a sumptuous meal, for a worthy cause. Part of the proceeds will be used to purchase a bus for Rumah K.I.D.S. which was destroyed in a fire on April 2006. Those interested, call Azahary /Nazrul at 03-92072130.
Siti rancang buka butik, kedai kosmetik
Oleh Zainuri Misfar
Sedia berhenti menyanyi pada 2020 kerana fokus kepada keluarga, tugas sebagai ibu
KEHADIRAN Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang tampil di pentas utama ruang pameran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Tun Razak, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis lalu, seolah-olah tidak disedari orang ramai yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2006.

MESRA: Siti menghiburkan
peminat cilik ketika
berkunjung ke pameran RMK-9
di PWTC, baru-baru ini.
Kebetulan ketika Siti muncul, sebahagian besar pengunjung sedang khusyuk mendengar ucapan perwakilan dari Dewan Merdeka, yang terletak di Aras 5 menyebabkan mereka kurang ghairah untuk melihatkan penyanyi itu dengan lebih dekat.
Selain mendengar ucapan, ramai yang berpusu-pusu untuk makan tengah hari kerana penyanyi itu datang ke dewan pameran kira-kira jam 1 tengah hari. Kebanyakan yang hadir memenuhi ruang berhampiran pentas utama adalah kalangan petugas atau mereka yang secara kebetulan berada dalam dewan pameran itu.
Bagaimanapun, dalam kemunculan selama hampir 45 minit itu, Siti Nurhaliza yang ditemani dua personaliti TV3, Ally Iskandar dan Azizah Ariffin banyak bercakap mengenai wawasan, pencapaiannya sebagai penyanyi dan sedikit mengenai hal peribadinya.
Ini termasuk hasratnya untuk menceburi perniagaan kecantikan dan pakaian kerana mempunyai kecenderungan ke arah itu selain peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
“Memang ada cadangan untuk menceburi bidang kosmetik. Saya tidak mahu ketinggalan merebut peluang perniagaan yang ada. Kerajaan pun sudah sediakan bermacam-macam kemudahan untuk kita berniaga. Saya sudah jadi penyanyi selama 11 tahun. Duit kalau tidak diurus dengan baik, dalam masa setahun boleh habis. Sebagai artis, apabila ada duit, kita kena fikir jauh. Sebab itu, saya cuba kembangkan dalam perniagaan.
“Saya sudah ada Siti Nurhaliza Production, Siti Nurhaliza Sound System, CT Marketing dan beberapa lagi. Walaupun kecil, kita kena pasti dan berani untuk menceburinya,†katanya.
Ditanya bagaimana Siti Nurhaliza pada 2020 nanti, penyanyi itu dengan bersahaja mengatakan waktu itu beliau mungkin sudah bersara daripada bidang nyanyian untuk memberi tumpuan kepada keluarga.
“Saya harap 2020 nanti, mungkin saya tidak menyanyi lagi kerana hendak memberi fokus kepada keluarga, seorang ibu berjaya, seorang ahli perniagaan wanita berjaya, terbabit dengan kerja amal dan kebajikan dan membantu usaha kerajaan meningkatkan orang kita dalam bidang ekonomi,†jelasnya.
Diminta mengulas pencapaiannya sebagai penyanyi berjaya, beliau menjelaskan, setiap kegiatan yang dilakukan, termasuk bidang nyanyian mesti ada misi dan cita-cita kerana ia akan menjadi pendorong untuk berusaha lebih kuat.
“Dulu saya ikut emak menyanyi di kenduri kahwin. Dirasakan boleh menyanyi, saya tanamkan dalam hati, yang saya hendak penyanyi berjaya. Saya kerja kuat untuk capai visi itu,†katanya.
Tata Young kagumi Siti
Oleh SHAKILAWATI ABD RAHMAN
shakilawati@hmetro.com.my
IMPIANNYA untuk menakluki pasaran muzik dunia bukan angan-angan kosong. Dia yang menjadi simbol kebangkitan bintang Asia kini menanti masa untuk mengharumkan namanya di pentas antarabangsa menerusi album Inggeris keduanya, Temperature Rising.
Cantik, seksi, energetik, bijak, bergaya, boleh menyanyi dan berlakon  itulah kelebihan Tata Young atau nama sebenarnya, Tata Amita Marie Young. Dengan pakej lengkap, tiada apa dapat menghalang penyanyi popular kebanggaan Thailand ini daripada terus mara menjengah pasaran Barat, selain mengukuhkan lagi kedudukannya di rantau Asia.
Kesungguhannya terbukti ketika berkunjung ke ibu kota baru-baru ini bagi memenuhi jadual promosi album Temperature Rising. Tata yang bergelar artis rakaman ketika berusia 14 tahun berkata, dia bersedia menyahut cabaran untuk melebarkan sayap di persada seni antarabangsa.
Pun begitu, katanya, sebelum melangkah lebih jauh, dia harus memastikan album terbarunya diterima di Asia terlebih dulu.
“Saya harus pikat hati peminat di rantau Asia kerana mereka banyak menyokong karier saya sepanjang 10 tahun ini. Selepas mempromosi album ini di Kuala Lumpur, saya bergegas ke Singapura dan disusuli pula Indonesia. Pertengahan bulan depan, saya akan mengadakan konsert besar-besaran di negara kelahiran saya.
“Jika segalanya berjalan lancar, saya akan ke Jepun sekali lagi tahun depan. Sebelum ini saya melancarkan album Temperature Rising di sana. Ini sebagai tanda penghargaan kerana album saya mencatat jualan paling tinggi di sana,†katanya yang berdarah kacukan Thailand-Amerika.
Tata yang terharu apabila peminat dari negara luar menyanyikan lagunya, lebih-lebih lagi dalam bahasa Thai, berkata sebagai langkah awal menjengah pasaran antarabangsa, dia akan mencuba nasib di Eropah.
“Sasaran saya seterusnya adalah menembusi pasaran Eropah, Australia dan kemungkinan besar Amerika Syarikat. Ia bukan usaha mudah, saya perlu bekerja keras demi memastikan impian ini menjadi realiti.
“Saya bertuah bernaung di bawah Sony-BMG kerana syarikat rakaman gergasi ini memberi sepenuh kepercayaan kepada saya untuk menentukan haluan muzik saya.
“Menerusi syarikat ini juga, saya berpeluang bekerjasama dengan ramai komposer terkenal seperti Paul McCartney, Diane Warren, Natasha Beddingfield, Adam Anders serta Nikki Hassman. Tidak ketinggalan penggubah lagu dan penulis lirik Bollywood, Sandeep Chowta serta Vipin Kakkar,†katanya.
Lebih menggembirakan, Temperature Rising juga mendapat sentuhan produser Alex G yang pernah menerbitkan album Michael Jackson, N’Sync, Britney Spears, Ricky Martin, Duran Duran, Pink, Christina Aguilera dan ramai lagi.
“Album ini berbeza daripada album terdahulu, di mana saya mengetengahkan elemen pop, hip hop dan R&B. Tidak banyak penyanyi Asia menghasilkan album seperti ini dan ia secara tidak langsung memudahkan lagi laluan saya untuk mencuri perhatian pencinta muzik.
“Menerusi album ini, lagu El Nin-Yo! dipertaruhkan sebagai single. Rentaknya yang rancak mudah menambat hati sesiapa saja. Klip video lagu ini diarahkan oleh Richie Moore yang pernah menghasilkan muzik video untuk artis popular Barat seperti Destiny’s Child, Andy Warhols dan Red Hot Chili Peppers,†kata Tata yang bangga apabila ada pihak melabelkannya sebagai Britney Spears Asia.
Selain El Nin-Yo!, album ini membariskan lagu Back Outta This, I Want Some Of That, Come Rain Come Shine, Uh Oh, Betcha Neva, Zoom, For You I Will, I Must Not Chase The Boys, I Guess I Never Knew My Baby, Superhypnotic dan sebuah lagu Hindi-Inggeris, Mila Mila.
Dalam rancak berbual, penyanyi yang ingin menurut jejak langkah ratu pop Madonna ini tidak ketinggalan menyuarakan minatnya untuk berduet dengan Siti Nurhaliza satu hari nanti. Dia yang mengkagumi suara Siti menyifatkan penyanyi tersohor itu sebagai Mariah Carey Asia.
Mengulas imej seksi yang sinonim dengan dirinya, Tata yang sentiasa murah dengan senyuman menjelaskan, itu bukan dirinya yang sebenar, sebaliknya penampilan itu hanya untuk kerjaya. Dalam kehidupan realiti, dia gadis biasa yang selesa memakai jeans dan kemeja T.
“Saya bukan seperti yang anda lihat di televisyen, kulit album mahupun media cetak. Hakikatnya, saya gadis biasa yang tidak jauh berbeza dengan anda semua.
“Mungkin dalam video muzik El Nin-Yo! anda nampak saya seksi dan liar, tapi itu bukan gambaran sebenar diri saya. Ia hanya fantasi dan jauh berbeza daripada kehidupan realiti saya,†kata Tata sambil menegaskan, gelaran selebriti menuntutnya berpesonaliti unik.
Debaran Kat & Siti Nuhaliza kian membara
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Konsert Mentor separuh akhir di Sri Pentas 2 Plaza Alam Sentral.
PROGRAM Mentor terbitan TV3 kini hampir berada di penghujungnya. Pertandingan peringkat pertama semi final yang dimulakan pada minggu lalu ternyata menguji kemampuan Kat dan juga Ayu.
Di antara mereka siapakah yang layak untuk dipilih sebagai juara Mentor semakin terasa.
Kat yang bermentorkan Datuk Siti Nurhaliza manakala Ayu bermentorkan Hazami telah mempersembahkan kehebatan masing-masing dalam persembahan tersebut.
Namun begitu kuasa memilih terletak di tangan penonton yang mewakili 50 peratus markah menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala 50 peratus keputusan lagi adalah pilihan juri profesional.
Hari ini pukul 9 malam, kita akan dapat menyaksikan semi final peringkat kedua yang akan menampilkan Fiq (Mentor-Amy Search) dan Nieyl (Mentor-Nurul) sebelum keputusan memilih mereka yang layak ke final diumumkan pada 26 November akan datang.
Bagi Kat atau nama sebenarnya Siti Khatijah Hassan, dia merasakan debaran yang begitu hebat untuk menanti keputusan tersebut.
Malah dalam pertemuannya dengan Ayu minggu lalu, Kat mengakui lawannya itu mempunyai kehebatan dan penyokongnya sendiri.
Walaupun keputusan semi final itu belum lagi diketahui namun Kat telah pun merancang satu kejutan seandainya dia terpilih ke peringkat final nanti.
“Bersaing pada peringkat semi final sudah ‘menakutkan’ apatah lagi untuk bertemu pada peringkat akhir nanti sekiranya terpilih,’’ katanya.
Menurut Kat, Nieyl dan Fiq mempunyai kekuatan tersendiri dari segi vokal dan konsep yang dibawa.
Oleh kerana kehebatan itu Kat bersama Siti Nurhaliza sedang merancang untuk membawa kelainan terhadap persembahannya nanti.
Kat menganggap pengalamannya menyanyi di kelab-kelab dan juga majlis makan malam merupakan antara faktor yang akan membantunya beraksi seandainya ada rezeki untuk dia ke final nanti.
Katanya, ramai yang tidak menyedari dia sebenarnya berkebolehan menyanyi pelbagai irama berdasarkan kepada pengalamannya itu.
“Orang tidak tahu Kat sebenarnya boleh menyanyi lagu berkonsepkan asli, balada dan beberapa jenis muzik lain lagi.
“Insya-Allah sekiranya Kat terpilih untuk bertemu dengan Fiq atau Nieyl nanti, penonton akan melihat sesuatu persembahan yang tidak pernah mereka saksikan selama ini,’’ katanya.
Di samping itu Kat amat bersyukur dengan komitmen yang diberikan oleh Siti Nurhaliza.
Sebelum ini penyanyi nombor satu negara itu sibuk dengan persiapan perkahwinan dan juga percutian sehingga terpaksa ‘meninggalkan’ Kat seorang diri.
Bagaimanapun ketika keadaan semakin sengit ini, Siti telah mula membantu Kat untuk bersiap sedia bagi menghadapi cabaran tersebut.
“Setiap latihan, kak Siti sentiasa menemani Kat selain banyak memberi tunjuk ajar untuk melihat Kat mampu memberi persembahan terbaik nanti.
“Kat juga mengakui kak Siti pun turut merasakan debaran sebagaimana yang Kat rasakan selama ini,†katanya.
Jelas Kat, pengorbanan yang ditunjukkan Siti itu bagaikan satu ‘ubat’ yang dapat menguatkan semangatnya.
Siti pula dalam kesibukannya dengan pelbagai aktiviti seni dan permulaan menjalani kehidupan berumah tangga, tidak pernah mengabaikan anak didiknya itu.
Mungkin Siti sudah tahu jatuh bangun Kat juga memberi banyak makna kepada kerjaya seninya.
Gara-gara Kat juga masa Siti banyak di luar dari rumah.
“Siti mahu Kat bijak berdikari dan menjadi seorang artis yang boleh pergi jauh.
“Sebab itu setiap kali ada kelapangan Siti tak akan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan Kat dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh TV3,’’ kata Siti.
Gara-gara Kat juga, Siti dibawa sehingga ke Jalan Masjid India baru-baru ini bagi mempromosikan Mentor.
Tentunya sejak bergelar artis, tempat awam yang berselirat dengan manusia itu jarang sekali dikunjungi oleh Siti yang tersohor tetapi demi keranamu Kat, dia tidak menolak untuk bersama.
Kecoh juga jadinya bila Siti Nurhaliza turun ke Jalan Masjid India dan Kat pada waktu itu ‘dikenakan’ oleh mentornya apabila terpaksa menjual kuih-muih kepada orang ramai di situ.
“Paling penting Kat tahu macam mana hendak berdikari,’’ kata Siti lagi yang mengharapkan anak didiknya itu akan terus gemilang di dalam dunia seni suara selepas ini.
Anugerah Juara Lagu 1997
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=C16ih-T-S2E]
Semifinal Kategori Balada – Aku Cinta Padamu
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=vrgEtUN1chg]
Kategori Balada Champion – Siti Nurhaliza – Aku Cinta Padamu
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=PO3LWO8Je8Y]
Intro Calon-Calon Anugerah Juara Lagu 1997
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=_cEcrRXMCLw]
Aku Cinta Padamu
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=qD7qDmm14Uo]
Persembahan Terbaik – Siti Nurhaliza – Aku Cinta Padamu
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=fCEmEF0QJDI]
Si Gatal Jamal Abdillah Tunjuk Gentlemen Pada Siti Nurhaliza
Stars galore at Deeparaya do
THE diva Datuk Siti Nurhaliza (centre), accompanied by husband Datuk Khalid Mohd Jiwa, is engaged in conversation with New Straits Times Press (NSTP) group editor-in-chief Datuk Hishamuddin Aun while NSTP CEO Datuk Syed Faisal Albar and chairman Datuk Seri Mohd Jawhar Hassan (behind) look on.
They were among the guests who attended NSTP’s Deeparaya open house at Renaissance Hotel last night.
Guests comprised advertising bigwigs, direct clients and celebrities such as Anita Sarawak, Fasha Sandha, Lis Dawati, and TV3 personalities.
They were treated to a wide array of local delicacies like chicken rendang, lemang, ais kacang, serunding and roti jala, among others.
Siti Nurhaliza kongsi rahsia kejayaan
KUALA LUMPUR: Eehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 27, ke dewan pameran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mencuri tumpuan orang ramai termasuk perwakilan Umno.
Siti yang berkebaya putih dan berselendang biru, diundang untuk berkongsi rahsia kejayaannya sebagai penyanyi dan usahawan, selain membincangkan isu serius membabitkan agenda nasional.
Pada majlis itu, Siti berkata, untuk berjaya seseorang perlu berpegang teguh kepada tiga asas, iaitu berkerja keras, berani dan ikhlas.
“Siti menyokong penuh ucapan dasar Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menasihatkan ahli supaya melakukan kerja dengan ikhlas untuk memastikan setiap pekerjaan diberkati Allah.
“Malah, kejayaan Siti hari ini juga dibantu pasukan kerja yang baik, iaitu keluarga Siti sendiri yang sentiasa menyokong dan merestui bidang yang Siti ceburi,” katanya sambil menambah, setiap pekerjaan itu perlu disertai dengan minat.
Siti yang kelihatan serius ketika membincangkan agenda kerajaan, termasuk lima teras Misi Nasional, berkata sebagai seorang selebriti, beliau turut memainkan peranan menjayakan misi kerajaan itu.
“Siti selalu mengingatkan peminat Siti untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan dan bersedia menghadapi cabaran dengan berpegang kepada keteguhan modal insan untuk menjana minda kelas pertama.
“Kejayaan perlu disulami dengan pengorbanan. Justeru, Siti juga terpaksa berkorban dengan melupakan keseronokan zaman remaja untuk memberi tumpuan penuh terhadap kerjaya,” katanya.
Peluang bertemu dan mengajukan soalan kepada penyanyi kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu dimanfaatkan sepenuhnya pengunjung pusat pameran berkenaan dengan menyentuh kehidupan peribadinya.
Ketika diminta mengulas soal rumah tangga dan cahaya mata, Siti berkata, wanita berkerjaya perlu bijak membahagikan masa bagi menjamin keharmonian rumah tangga.
“Sekiranya ada rezeki, Siti bersedia menimang cahaya mata pada bila-bila masa,” katanya.





