Skip to content

November 29, 2006

7

Lenggok Datuk Siti



Oleh Farihad Shalla Mahmud | Oleh Tun Izhar Tun Ishak

Busana diperagakan tarik perhatian tetamu Festival Busana Muslim KL-Jakarta di KLCC

BAGI mereka yang berpeluang menyaksikan Festival Busana Muslim KL-Jakarta (IFF) Sabtu lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) tentu tertanya-tanya apakah penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza sudah berubah dari segi penampilannya.

29siti.jpg

Jika sebelum ini, ada yang mengatakan penyanyi jelita ini semakin seksi sejak bergelar isteri namun apa yang dapat dilihat sewaktu pertunjukan fesyen itu adalah kontra dengan apa yang digembar-gemburkan selama ini.

Penampilan Siti kini lebih Islamik apabila mengenakan tudung kepala.

Dan dengan imej barunya ini apakah Siti juga akan mengucapkan selamat tinggal pada dunia seni seperti mana yang pernah dinyatakan dulu.

Oops! Jangan silap faham, imej terbaru Siti itu bukanlah berkekalan sebaliknya penyanyi berdagu lekuk itu sekadar menggayakan busana pengantin muslim bertemakan Aroosah hasil rekaan Radzwan Radziwill.

Walaupun bertudung litup, kejelitaannya tetap terserlah. Siti bukan saja berjaya menghiburkan tetamu yang sememangnya ternanti-nanti dengan kehadirannya menerusi lagu Aku Cinta Padamu, malah gayanya sebagai model yang sedang memperagakan pakaian turut menarik perhatian ramai.

Radzwan ketika ditemui selepas majlis itu berakhir berkata dia mengambil masa selama sebulan setengah untuk menyiapkan rekaannya itu.

“Sebelum ini memang saya ada mengundang Siti untuk terbabit dengan pertunjukan fesyen ini dan Siti bersetuju. Baju yang Siti gayakan itu bernilai RM22,000 dan ia memang berkonsepkan pengantin muslim.

“Mengenai warna, sengaja saya pilih warna champagne keemasan berbanding putih kerana warna itu sudah biasa dilihat. Rekaannya ada sentuhan Spanish sikit,” jelas pereka fesyen yang turut bertanggungjawab mereka pakaian pengantin Siti dan suaminya Datuk K.

Menurut Radzwan, untuk pertunjukan itu, Siti turut menggayakan koleksi barang kemas Islamik yang dinamakan Aura tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai ratusan ribu ringgit.

Selain Radzwan, turut serta mempamerkan koleksi fesyen masing-masing ialah Bernard Chandran, Melvin Lam dan Carven Ong (Carven Academy of Fashion). Pereka lain dari Malaysia, Datuk Tom Abang Saufi, Radzwan serta koleksi Songket dan Batik dari Kraftangan Malaysia.

Indonesia pula diwakili Itang Yunasz, Ghea, Ida Royani, Samuel Watamena, Herman Nuary, Erni Kosasih dan Iva Latifah, Biyan dan Sabastian (Metro Indonesia). Sementara itu Deepak Perwani mewakili negaranya, Pakistan.

Tetamu kehormat hari itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid, penaung festival, Datin Seri Rosmah Mansor, Yenny Wahid dari Wahid Institute. Yenny adalah anak kepada bekas Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid. Turut memberikan sokongan, Presiden serta Pengarah Metro Indonesia, Christine Barki.

IFF dibawa dan dipersembahkan oleh Malaysia-International Fashion Week (M-IFW) atau Minggu Fesyen Antarabangsa-Malaysia sebagai platform yang menampilkan lebih 12 pereka fesyen terkenal Malaysia, Indonesia dan Pakistan. Ia dianjurkan oleh Datuk Raja Shah Rezza (Shah Rezza) yang juga perancang perkahwinan terkenal dari Nusantara Gems Sdn Bhd

Read more from Berita Harian
7 Comments Post a comment
  1. Oct 31 2008

    wei…..serabutnya….macam sabut buruk je….

  2. fadhil
    Oct 31 2008

    kalau serabut jgn tengok, kan senang

  3. kuntau
    Nov 2 2008

    dah expired dah…karang ni bukan je serabut tp nampak cam makcik2 punya style je, nasib lum ada anak kalo dah ada oppps!!! wait n see

  4. awie..
    Dec 17 2008

    apalah ‘kaki mengumpat’ ni…. u all tak suka ct tak pa lah.. ni nak mengutuk org je kerja… apsal u tu dah baik sangat???? patutlah nama pun kaki mengumpat… sama lah ngan ‘kuntau’ gak… apsal u dok jeles sngt ngan ct ni??? u tu pun sok sok klu dah kahwin ntah! jadi drum kot!!!!! ada masa korang pula yang kena kutuk org coz..hari hari jeles tak tentu pasal!!!!!!!! hahahahahahaha

  5. sandra
    Dec 17 2008

    cantik lah baju kak siti… i love fesyen tu… stylo!!! hik hik..

  6. DolMat
    Nov 4 2009

    Dah macam kain langsir je aku tengok..bagus gak 2 dlm 1, boleh buat langsir raya..hehe..

  7. baju bulu ayam
    Nov 10 2009

    baju siti cam bulu ayam kat dalam citer sesame street jer

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments