Oleh Zainuri Misfar
Sedia berhenti menyanyi pada 2020 kerana fokus kepada keluarga, tugas sebagai ibu
KEHADIRAN Datuk Siti Nurhaliza Taruddin yang tampil di pentas utama ruang pameran Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Tun Razak, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Khamis lalu, seolah-olah tidak disedari orang ramai yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno 2006.

MESRA: Siti menghiburkan
peminat cilik ketika
berkunjung ke pameran RMK-9
di PWTC, baru-baru ini.
Kebetulan ketika Siti muncul, sebahagian besar pengunjung sedang khusyuk mendengar ucapan perwakilan dari Dewan Merdeka, yang terletak di Aras 5 menyebabkan mereka kurang ghairah untuk melihatkan penyanyi itu dengan lebih dekat.
Selain mendengar ucapan, ramai yang berpusu-pusu untuk makan tengah hari kerana penyanyi itu datang ke dewan pameran kira-kira jam 1 tengah hari. Kebanyakan yang hadir memenuhi ruang berhampiran pentas utama adalah kalangan petugas atau mereka yang secara kebetulan berada dalam dewan pameran itu.
Bagaimanapun, dalam kemunculan selama hampir 45 minit itu, Siti Nurhaliza yang ditemani dua personaliti TV3, Ally Iskandar dan Azizah Ariffin banyak bercakap mengenai wawasan, pencapaiannya sebagai penyanyi dan sedikit mengenai hal peribadinya.
Ini termasuk hasratnya untuk menceburi perniagaan kecantikan dan pakaian kerana mempunyai kecenderungan ke arah itu selain peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.
“Memang ada cadangan untuk menceburi bidang kosmetik. Saya tidak mahu ketinggalan merebut peluang perniagaan yang ada. Kerajaan pun sudah sediakan bermacam-macam kemudahan untuk kita berniaga. Saya sudah jadi penyanyi selama 11 tahun. Duit kalau tidak diurus dengan baik, dalam masa setahun boleh habis. Sebagai artis, apabila ada duit, kita kena fikir jauh. Sebab itu, saya cuba kembangkan dalam perniagaan.
“Saya sudah ada Siti Nurhaliza Production, Siti Nurhaliza Sound System, CT Marketing dan beberapa lagi. Walaupun kecil, kita kena pasti dan berani untuk menceburinya,†katanya.
Ditanya bagaimana Siti Nurhaliza pada 2020 nanti, penyanyi itu dengan bersahaja mengatakan waktu itu beliau mungkin sudah bersara daripada bidang nyanyian untuk memberi tumpuan kepada keluarga.
“Saya harap 2020 nanti, mungkin saya tidak menyanyi lagi kerana hendak memberi fokus kepada keluarga, seorang ibu berjaya, seorang ahli perniagaan wanita berjaya, terbabit dengan kerja amal dan kebajikan dan membantu usaha kerajaan meningkatkan orang kita dalam bidang ekonomi,†jelasnya.
Diminta mengulas pencapaiannya sebagai penyanyi berjaya, beliau menjelaskan, setiap kegiatan yang dilakukan, termasuk bidang nyanyian mesti ada misi dan cita-cita kerana ia akan menjadi pendorong untuk berusaha lebih kuat.
“Dulu saya ikut emak menyanyi di kenduri kahwin. Dirasakan boleh menyanyi, saya tanamkan dalam hati, yang saya hendak penyanyi berjaya. Saya kerja kuat untuk capai visi itu,†katanya.
On 21st November2006
November 24th, 2006 at 1:00 am
Teruskan hasratmu CT. Dan biarlah Siluncai terjun dengan Labu2nya…Nanti Luncai boleh timbul balik dan terjun semula sebab Luncai Tak Kisah apa orang lain buat!
November 24th, 2006 at 1:14 pm
Ya betul tu…!!!
November 28th, 2006 at 5:45 pm
TERUSKAN HASRAT UTK MASUK NERAKA DAN DISEBATLER BILA DA MATI ESOK..
November 28th, 2006 at 6:08 pm
bagus tuhhh!!!!…jadi usahawan, dapat rezki yang halal….kalau duit nyanyian you will be questioned in the hereafter>>>>
November 30th, 2006 at 12:28 pm
ntah xberani nk komen pape. yang aku tau duit hasil nyanyian tu ha..
December 1st, 2006 at 10:49 am
Sekarang ni orang dah tak ghairah nak tengok ngko lagi siti oii, orang dah makin menyampah dengan pembohong macam ko. Apa lagi nak salam dengan ko. Diorang semua takut ko kebas laki diorang.
Ngko no bila bercakap semuanya rahsia,kononnya nak jaga hati semua pihak. Pijak semut pun tak mati. Itu yang menyampah tu. Cubalah jadi artis yang berterus terang. Orang bukan suka sangat jaga tepi kain ngko, cuma bila ngko dah berdolak dalih, lagi orang lain nak tahu kebenarannya.
Eloklah nak bukak butik, duit Datuk K pun bukannya luak kalau ko mintak buat modal. Agaknya semua baju yang nak dijual kat ngko punya butik penuh labuci dan mutiara kot.