Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Tiga juri tegur intonasi, kawalan nafas Kat, protege Siti Nurhaliza masih lemah
PERMULAAN pertama Kat malam Ahad lalu menerusi program Mentor yang dipancarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam bukanlah satu permulaan yang baik kepada protege Datuk Siti Nurhaliza Taruddin itu.

SEKSI: Gaya Kat ketika
mendendangkan lagu
Kuda Hitam.
Tiga juri pada malam itu Zainal Abidin dan dua juri undangan Syafinaz serta Ajai menekankan mengenai intonasi dan kawalan suara pada nada tinggi yang menjadi kelemahan utama Kat.
Zainal berkata, walaupun sudah lama berada dalam Mentor, masalah itu masih membelenggu peserta dari Melaka itu.
“Intonasi Kat di hujung note selalu tidak sampai. Awak memiliki pakej yang lengkap, semua cantik, tetapi yang penting, ini adalah peraduan menyanyi,†komen Zainal pada konsert separuh akhir pertama.
Kat yang bersaing dengan protege Hazami, Ayu memilih lagu daripada kumpulan Iklim, Bukan Aku Tak Cinta sebagai lagu pembukaannya diikuti dengan lagu Kuda Hitam. Kat memulakan lagu berkenaan dengan baik, tetapi pada pertengahan lagu dia gagal mengawal vokal dan kerap meneran.
Teknik nyanyi meneran yang sering digunakan ketika menyanyi juga ditegur Ajai. Komposer itu berkata, dia tidak perlu meneran sebaliknya lebih baik menggunakan suara semula jadi.
“Awak banyak flat ketika menyanyi. Awak mungkin menang pakej cantik, tapi dari segi suara masih banyak perlu awak perbaiki,†kata Ajai.
Datuk Siti Nurhaliza yang turut hadir memberikan sokongan kepada protegenya setelah lama bercuti mengakui kelemahan anak didiknya dan sedang berusaha memperbaiki kelemahan Kat.
Jika permulaan Kat kurang memberangsangkan, sebaliknya pula kepada Ayu yang mendapat pujian hebat juri. Mungkin strategi digunakan Hazami dan Ayu berkesan dengan mempertaruhkan lagu Indonesia yang sedang popular My Heart.
HEBAT: Lagu My Heart
daripada Ayu dan Hazami,
memikat hati juri.
Bagaimanapun, bukan populariti lagu yang menjadi kayu pengukur, tetapi jika tidak memiliki vokal yang baik, persembahan pasti tidak akan hidup. Kekuatan vokal Ayu nyata memukau bukan saja juri, tetapi juga penonton yang memberikan sorakan hebat kepadanya.
Jarang Ayu menerima sorakan hebat seperti yang diterimanya pada konsert separuh akhir pertama itu. Boleh dikatakan sokongan daripada peminat Ayu juga semakin mantap.
Namun, ada sesuatu yang masih terus membelenggu Ayu iaitu masalah imejnya. Teguran itu dilahirkan penyanyi Syafinaz kerana rambut palsu yang dipakainya kelihatan tidak sesuai.
“Keseluruhan penampilan awak memerlukan perubahan lagi. Saya tidak ada masalah dengan vokal kerana awak memiliki vokal yang baik, terutama nada tinggi,†kata Syafinaz.
Malangnya, pada setengah masa kedua Ayu gagal mengekalkan prestasi sebaik persembahan pertama. Pada bahagian kedua, Ayu memilih lagu mentornya Mungkir Bahagia dan sebuah lagu Inggeris Let’s Get Loud.
Ada ketikanya vokal Ayu tergelincir sedikit, tetapi secara keseluruhan persembahannya boleh disifatkan baik.
“Pada bahagian kedua awak kurang banyak, terutama lagu pertama ada note yang salah. Manakala untuk lagu kedua awak tidak benar-benar menghayati sebuah keraian, tetapi bila tiba nada tinggi baru penghayatan awak datang,†kata Ajai.
Sementara Kat pula berjaya menarik perhatian juri pada bahagian kedua. Kehadiran Siti Nurhaliza berduet dengannya menerusi lagu Tiru Macam Saya mungkin menyuntik sedikit keyakinan buatnya. Sikap selambanya di atas pentas dan kawalan vokal yang baik mendapat pujian juri.
Istimewanya, Mentor kali ini turut mengundang peserta Bintang Cari Bintang, kumpulan Pasto anak didik Glenn Fredly yang memukau penonton dengan lagu Benci Bilang Cinta. Manakala lagu penutup pula Ayu dan Kat sepakat memilih lagu Ratu, Teman Tapi Mesra.
Minggu depan peringkat akhir musim kedua akan menyaksikan perdebatan Fiq protege Amy Search dan Nieyl protege Nurul.
On 16th November2006
November 18th, 2006 at 10:40 pm
TAK YAH NYANYILER..BACA QURAN LAGI BAGUS..DUNIA DA NAK PERANG!!
November 21st, 2006 at 6:35 am
ayoyo..ni nak jd mcm INUL..ishh..melayu melayu…apa nak jadi..
December 19th, 2006 at 3:34 pm
suara tak best