DR FAZLEY TERBIT BUKU CINTA



ARTIS yang berkelulusan Doktor Falsafah dan Sarjana dalam Pengurusan dan Perniagaan yang mempopularkan lagu Asmara ini menerbitkan sebuah buku berjudul Bila April.. Cerita Paji, baru-baru ini.

Selepas giliran Ina, bekas tunang Mawi yang menerbitkan bukunya sendiri, kini giliran Dr Fazley Yaakob pula untuk berbuat demikian.

Dengar-dengar buku tersebut turut memberikan panduan percintaan, bukan memuatkan kisah cintanya.

Beliau yang pernah dikaitkan dengan Siti Nurhaliza pada suatu ketika dulu nampaknya lebih banyak berahsia tentang kisah cintanya kini. Itupun jika beliau bercinta, kata sesetengah pihak.

Mengenai bukunya itu, Dr Fazley berkata:

‘Ia sekadar buku sahaja. Selain tip percintaan, ada juga panduan untuk berjaya dalam pelajaran, keluarga dan ada cerita pendek.’

Terfikir juga Freda mengenai tajuk bukunya itu – Bila April… Cerita Paji.

Seingat Freda, Paji merupakan gelaran yang diberikan oleh keluarga Dr Fazley untuknya.

Sementara tajuk Bila April pula adalah tajuk lagu beliau sendiri.

Tidak lama dulu, ada sumber membisikkan pada Freda kononnya pemuda yang berkerjaya ini sudah mempunyai teman istimewa yang ‘masih menuntut di luar negara’.

Jika tidak silap, gadis tersebut adalah anak kepada seorang Menteri… hmmm..

Freda: Dengar-dengar Dr Fazley akan mengumumkan siapakah gadis yang berjaya mencuri hatinya tidak lama lagi.

On 13th November2006

  Comments: 0 Read more


Leave a Reply