KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Wanita Malaysia yang mengimpikan untuk menjadi bintang syampu dan perapi, Pantene Pro-V seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, boleh mencapainya dengan menyertai rancangan realiti televisyen ‘Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene’.
Penolong Pengurus Pemasaran Negara P&G Malaysia Tan Hui Woon berkata rancangan 13 episod itu akan dihoskan sendiri oleh Siti Nurhaliza, duta SHINE Pantene, dan akan ditayangkan di TV3 bermula 17 Dis ini pada pukul 7.30 malam.
Sesi uji bakat akan diadakan di seluruh negara dengan yang pertama di di Mahkota Parade, Melaka pada 11 Nov, diikuti dengan Giant Plentong Hypermarket, Johor Baharu pada 18 Nov, Prangin Mall, Pulau Pinang pada 25 Nov dan berakhir di One Utama, Kuala Lumpur pada 1 Dis, katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Tan berkata penyertaan dibuka kepada golongan wanita yang berusia antara 18 hingga 25 tahun dengan menunjukkan bukti pembelian syampu Pantene 400ml di tempat uji bakat.
Seramai 14 peserta akan dipilih menerusi sesi uji bakat itu dengan pemilihan akhir pada 2 Dis di One Utama di sini dan 10 peserta akan dipilih untuk menyertai rancangan realiti itu.
Tan berkata peserta rancangan realiti itu akan meneruskan cabaran mereka di “The House of Pantene” setiap minggu di mana mereka akan belajar untuk menghargai setiap kelebihan masing-masing melalui pelbagai cabaran dan ujian.
“Penonton akan dapat menyaksikan mereka melalui semua tugasan mingguan yang telah direka untuk menyerlahkan kecantikan dalaman dan potensi sebenar mereka. Mereka akan menjadi contoh bagi lain-lain wanita Malaysia untuk menyerlah dalam hidup,” katanya.
– BERNAMA
Posted in 



Hey, guy, your blog is nice. It can bring me many useful information.