RSS Feed
Featuring the latest scandals, gossip, and entertainment news.


Siti dapat gelaran Datuk



Oleh ASROL AWANG

PEKAN: Penyanyi nombor satu negara, Datin Siti Nurhaliza Tarudin, 27, antara 105 penerima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Ke-76 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini, semalam.

Siti Nurhaliza, anak kelahiran Kuala Lipis, menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Penyanyi popular yang juga artis yang menerima paling banyak pengiktirafan dalam sejarah industri negara itu kelihatan jelita dengan mengenakan pakaian berwarna ungu sedondong dengan suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Dalam upacara itu, Isteri Tengku Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latif, mengetuai penerima darjah kebesaran apabila menerima Darjah Kebesaran Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Antara penerima lain SSAP ialah Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar; Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Abdul Rahman Abd Hamid; Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Che Khalib Mohamad Noh dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Malaysia Berhad, Datuk Mohammed Shazalli Ramly.

Leave a Reply