Oleh Haslinda Zainal
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Lebih 10,000 keping gambar dirakam oleh pasukan jurugambar rasmi pada majlis pernikahan dan persandingan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa bulan lepas.
Perkahwinan yang mendapat jolokan “Wedding Of The Decade” dianggap istimewa kerana tiga pakar fotografi terlibat untuk menghasilkan gambar yang terbaik dan pelbagai.
Bustamam Mokhtar, jurugambar dari White Studio, bertanggungjawab mengendalikan rakaman gambar perkahwinan itu bermula daripada majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 21 Ogos diikuti persandingan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 28 Ogos dan persandingan di Dataran Lipis, Pahang, pada 3 Sept.
“Sebelum tarikh pernikahan, saya diberitahu oleh kakak ipar Siti, Rozie, untuk mengambil gambar. Mulanya saya tak percaya dan selepas menghubungi Siti, barulah penyanyi itu mengesahkannya,” katanya kepada Bernama di studionya di sini.
Keakraban dan persahabatan yang lama terjalin menyebabkan pihak Siti Nurhaliza Production memilih Bustamam sebagai jurugambar rasmi majlis bersejarah itu.
Bustamam juga sering merakam gambar dan aksi artis popular tempatan untuk muka depan majalah dan kulit album. Album terbaru Siti Nurhaliza berjudul `Transkripsi’ yang turut memuatkan lagu `Biarlah Rahsia’ adalah antara hasil sentuhan kameranya.
“Bila saya dapat tugasan ini, saya terus terima walaupun saya kurang mahir dalam bidang perkahwinan. Kemudian saya tawarkannya kepada Pengurus Operasi Adan, Hasnuddin Abu Samah yang memang pakar dalam gambar perkahwinan dan beliau setuju,” katanya.
Kemudian, mereka bergerak sebagai satu pasukan dan berbincang mengenai perjalanan kerja serta menyiapkan kertas kerja antaranya mengenai bilangan jurugambar yang diperlukan, tempoh masa kerja, bilangan gambar yang diambil dan jenis album yang dikehendaki.
Pada majlis akad nikah, lima jurugambar digunakan bagi menghasilkan lebih 3,000 keping gambar manakala di Lipis empat jurugambar terlibat menghasilkan lebih 3,000 gambar yang dirakam tanpa edit.
Bustamam berkata persandingan di KLCC merupakan acara kemuncak kerana melibatkan jemputan hampir 6,000 orang, penggunaan dewan yang besar, kehadiran orang kenamaan selain pelbagai acara yang bermula sejak petang.
“Di KLCC ada enam jurugambar dari White Studio dan Adan tetapi saya tambah lagi dua jurugambar dari media dan hari itu kami hasilkan sebanyak 5,000 hingga 10,000 keping gambar,” katanya.
Bustamam berkata persandingan di KLCC terlalu istimewa kerana melibatkan tiga jenis kepakaran jurugambar iaitu jurugambar fesyen, jurugambar perkahwinan dan jurugambar media.
Beliau berkata sebagai jurugambar rasmi, mereka juga bertanggungjawab membekalkan gambar kepada pihak media kerana ada sesetengah jurugambar media tidak dibenarkan masuk.
Mereka menggunakan mesin khas iaitu “CD Duplicator” yang mampu menyalin sebanyak tujuh keping cakera padat (CD) dalam satu masa untuk diberikan kepada 40 jurugambar media pada malam itu juga.
“Ini merupakan kali pertama kami menggunakan mesin ini yang disewa di kedai video di Seremban dan proses menyalin gambar memakan masa selama tiga minit untuk setiap tujuh keping CD yang dihasilkan dan ini memang membantu kami menjimatkan masa,” katanya.
Bustamam berkata beliau sudahpun menghantar CD kepada Siti Nurhaliza yang memuatkan 900 keping gambar perkahwinan yang diedit oleh beliau, iaitu 300 keping untuk setiap acara.
Hasnuddin pula berkata beliau amat berbangga kerana terlibat sebagai orang penting dalam majlis perkahwinan penyanyi nombor satu negara itu.
“Memang banyak cabaran yang perlu dilalui dan agak sukar untuk ambil gambar mereka berposing. Cuma kami berkesempatan mengambil gambar mereka secara berseorangan selepas majlis khatam Al-Quran di kediaman Siti,” katanya.
– BERNAMA
Posted in 



uwekk… masa mati nanti nak tempah fotographer??
eweeeekkk, mcm2 yeye je sanding bsar2an tu, jgn jadi mcm era fazira lak..ikutkan sgt nafsu tu..napelah orng tua kerepot yang dia pilih, bukn hensem sgt pun, perut buncit, huhu…tak kene lngsung ngan siti..carilah yang elok ckit, tau kawin terpaksa sebb sesuatu???
huh, padan sgtlah tu ngan datok k..nak sangat kejar gelaran datuk gak lah tu, tak kemana sume tu…mcm2 emel dapat tntag siti n datok k sebelum diorang kwin, mesti de sesuatu yang tejadi ant mereka ni..
nape mcm gemuk je bdn ct..sebelum kawin taklah gemuk mane..mase tgah khatam tu, lain mcm je..
apelah diorang ni, mcm2 kutuk ct..biarlah dia dgn jodohnye..kite sebagai manusia biase kene doakan saje kbahagian org lain, nanti kalu kutuk2 kene kat diri sendri macm ne, tu mungkin dh jodohnye..itu keje Allah SWT..sedarlah..
..biarlah dia dgn jodohnye..kite sebagai manusia biase kene doakan saje kbahagian org lain, nanti kalu kutuk2 kene kat diri sendri macm ne, tu mungkin dh jodohnye..itu keje Allah SWT..sedarlah..
salam..tahniah pada datuk siti nurhaliza!!!!jgn la mencerumbui kesenangan org lain….sepatutnya kita doakan,bukannya kutuk….dah 2 jodoh dia, apasal nak mengelabah plak!!!!kita pun tak tentu lg jodoh ngan sape entah2..datuk bercucu!!..bawak2 la munasabah diri dl….
Yupp! Bab tu aku setuju ani & diyana dll. Kamu berdua nie kira berpijak di bumi nyata. Belum dlm syurga lagi…Tapi iman kena jaga juga kan,kan..
HAHHAA..IMAN NAK JAGA APA NYE KALAU DA MELALAK NYANYI LAGU BERUNSUR MAKSIAT?NAK JAGA IMAN PERGI NYANYI NASYID LER!PTUIHH..IMAN TAIK KO LER!
siti nurbaya teringin nak tengok kak siti nurhaliza pakai tudung:-)semoga kak siti tabah harungi dugaan hidup.slmt pengantin baru, xpekan lambat ucap
adik teringin nak jemput akak siti datang majlis perkahwinan adik tahun depan bulan 2, boleh x kak siti n datuk k??:-)
saya senang dengan kepribadian kamu.dan satu lagi suara kamu bagus
selamat aj dech..jgn dgarkan apa kta org laen ya.. (“,)
byk lak indon sesat kat sini. mat indon, cgila lu memang le tak nak dgr apa kata org sebab dia takut malu pd diri sendiri. benda tak buat lagi dah berani sebut2. lain kali kalau dah buat baru ceta. baik2 dah sebut nak pakai tudung dan pegi haji hujung thn ni, ada yg tak menjadi plak sebab suka lepas cakap. guna otak oiiii….
jodoh, ajal semua di tangan tuhan… memang sesuai la ngan siti tu.. x baik la korang menolak takfir… astaghfirullah…
jodoh ajal memang kita semua tau ‘tuhan yg sa’ di tgnnya. tapi tuhan memberi kita akal utk berfikir. jgn salahkan takdir bila terjadi sesuatu musibah pula. tapikan yg gua pelik sepeliknya bila bala dtg kita salahkan dia. kenapa????? mcm cgila ni… perkara yg baik jgnlah di heboh2kan. buat saja kalau itu amanah yg kita patut jlnkan.
to bujal buanglah sikap suka beristigfar kat sini. tak sesuai lah beb. kan ke bagus lu beristigfar panjang2 bila tgk bodola mu (cehhhh…. mcm sirap punya panggilan) terlompat2 dan melalak2 dan terbaru berposing bangga dgn bag yg berjenama… cara post pun dah nampak egonya cgila lu skrg. entahlah… sampai bilalah hidup cgila nak jadi mcm tuh. skrg makin berani menunjuk2 barang mewahnya. ramai yg menggeleng kepala….
Kehidupan ini kadang-kadang meruntun hati,menguji rasa..,namun setiap kali masalah melanda renungkan kembali satu hakikat,,kitalah mujahidah ALLAH,,senyum dan menangis kerana ALLAH,,,ingat padanyer kerana esok belum tahu lagi ketentuannyer….hibukifillah
askum..sesiapa nak gambo canti dan menawan sampai bila2 untuk pelbagai event especially wedding boleh kol saya…0194190949
murahhhhhhhhhhh jerrrrrrrr
satu ROLL RM150.00 sahaja.harga promotion/….TQ
cm2 btl yg ada kutuk yg ada puji n yg ada bela tp ni semua tak tahu smpi bila?skrg dah kasi2 no tel lak,nak itu lah nak ini lah apa saje ntah hairan hairan………………klu ikut kan sngt ct tak sakit kita yg cm2 ni sakit.cubaan
biarlah ct bahagia dgn pilihan dia..tak payah kita sibuk2 nak ambil tahu pasal dia..dia byk duit..kita kutuk dia apa kita dapat..dapat DOSA jer tau………..ingat tu…kita sama2 manusia..insaflahhhhhhh
hai klu lah semua org cm marina agaknya tak ada lg lah komen untk ct…jd kita ikut lah cara cm marina insyaallah kita pun dikurang kan dosa n ct pun tak lah slalu dikutuk oleh kita yg tak suka dia kan jekit kan kan kan.
sedarlah….xd umat yg semprna..tpi jgnlah tnjuk yg dri korg 2 mkin xsmprna..pndai je nk wat cter psl org..dri sndri 2 kna jaga..xpyah la nk tnjk bek sgt..sume allah tntukn..jgn tduh sbrg je..mengumpat psl org ni tmbah dosa je..cbe kalo korg kt tmpat die,pe korg rasa????jgn lak mengata lbih,tpi sndri xpndai jge dri,kwn dgn sape2,kangkang sna sni..sdarlah la..
!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! aku x faham !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
takde la kerepot pun dato k tu…
usia memang la dah tua,muka dia taknampak pun macam seorang datuk yg dah bercucu cicit.
korang ni ye² je kalo nak ngutuk.punyala ramai orang pompuan kawin dengan orang berusia,siti jugak yg korang kutuk…
tapi,bagus jugak utk siti & dato k, korang kutuk² sebab diorang dapat pahala,yg korang y ngutuk² + fitnah² ni dapat dosa je…kiikiikii…
tau tak,hukum memfitnah orang ni apa??? tak terampun dunia akhirat dosa memfitnah ni selagi korang tak mintak maaf dari mangsa fitnah korang nih…dudukla kat neraka selama²nya masa 2nd life nanti…
cepat²la minta maaf kat diorang berduatu…
askum..apa khbor?
salam