RSS Feed
Featuring the latest scandals, gossip, and entertainment news.


DUA SET PENJANA KUASA TNB SIAP SIAGA



KUALA LIPIS: Dua set penjana kuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) disediakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang persandingan Datin Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohd Jiwa atau ‘Datuk K’ di Padang Majlis Daerah Lipis (MLD), Ahad ini.

Persediaan TNB itu dianggap luar biasa berbanding daerah yang kecil tetapi ia cukup memberikan gambaran bahawa persandingan Datin Siti dan ‘Datuk K’ bakal bagaikan karnival.

Pengurus Cawangan TNB Kuala Lipis, Encik Mohd Fadzir Abd Jabar, menjelaskan pihaknya akan memastikan bekalan elektrik sepanjang majlis itu dalam keadaan terbaik.

‘Sekiranya berlaku sebarang gangguan elektrik ketika majlis itu, TNB sudah pun menyediakan dua set penjana kuasa bagi memastikan majlis berkenaan berjalan lancar.

‘Penggunaan tenaga elektrik juga dijangka lebih daripada biasa berikutan majlis dibuat pada waktu malam,’ katanya yang bakal menggunakan 10 kakitangannya sepanjang majlis itu.

Tinjauan Harian Metro kelmarin mendapati suasana kini bagaikan ‘pilihan raya’ berikutan gambar Datin Siti yang dicetak pada bendera kecil dan kain rentang memenuhi bandar ini.

Ia umpama masyarakat di bandar dan desa di sini menyambut kegembiraan berganda sepanjang minggu ini iaitu Hari Kemerdekaan ke-49 dan persandingan Siti dan Datuk K. – Harian Metro.

Leave a Reply