YANG MANA NAK TENGOK? SITI ATAU MAWI



KUALA LUMPUR: Pertembungan siaran langsung persandingan Datin Siti Nurhaliza dan ‘Datuk K’ melalui TV3 dan pertemuan Mawi dengan bekas tunangnya, Cik Nordiana Mohd Naim, melalui usaha sama RTM dan Astro malam kelmarin, mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia hiburan di Malaysia.

Hati peminat Datin Siti dan Mawi bagaikan dibelah-bahagi, dipaksa untuk membuat pilihan, rancangan mana yang mahu ditonton.

Ketika Datin Siti dan ‘Datuk K’ mula mengecapi hari bahagia sebagai sepasang suami isteri, Mawi dan Cik Nor diana atau Ina temukan buat pertama kali sejak tidak bertemu Februari lalu dalam rancangan khas yang ternyata dapat menyentuh perasaan penonton.

‘Susah nak lupa bang, cinta pertama. Saya masih ingat lagi sewaktu dia (Mawi) nak pergi uji bakat AF3 (Akademi Fantasia 3), saya bekalkan dia jemput-jemput dan sardin tetapi dia tak nak makan sebab nak jaga suara,’ kata Ina, 22 tahun, sambil mengesat air matanya menjawab pertanyaan pengacara, Rosyam Nor.

Ditanya Aznil Nawawi di studio bersebelahan dengan Ina di Auditorium Putrajaya Hol dings, Putrajaya, sama ada hubungan cintanya dengan Ina terputus berikutan desakan pihak lain, Mawi, 25 tahun, pula berkata:

‘Ia terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya dah anggap semua perkara ini selesai.’

Ina turut menyampaikan lagu bertajuk ‘Penawar Rindu’ yang pertama kali dinyanyikan oleh gadis itu, khas untuk Mawi.

Mawi pula membawakan lagu hitnya, Kian, – lirik kedua-dua lagu itu seakan-akan menceritakan isi hati masing-masing.

‘Abang (Mawi), saya ingin minta maaf terutama sekali mengenai penerbitan buku saya Catatan Duka Diana Naim, saya mahu abang baca dan fahamkan isi kandungan buku ini.

‘Jangan buat andaian terlebih dahulu,’ kata Ina sebelum program itu berakhir. – Harian Metro, Utusan Malaysia.

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply