Selamat Bersanding Datin Siti Nurhaliza!



8.30 malam ini akan berentap dua siaran langsung pasangan selebriti Malaysia.

Adakah siaran Mawi dan Diana Naim di Astro dapat mengalahkan Datin Siti Nurhaliza dan Dato Khalid Mohd Jiwa di TV3? Mungkin tidak.

Adakah persanding malam nanti akan menghampakan wartawan-wartawan dan stesen-stesen TV sekali lagi seperti minggu lepas? Mungkin ya.

Aku tertarik dengan tulisan Saodah Ismail dari Berita Minggu Singapura mengenai reaksi datin-datin yang mungkin tidak akan bersama dato-dato mereka ke undangan persandingan Datin Siti Nurhaliza nanti. Hahaha… macam-macam hal berlaku semasa akad nikah mereka minggu lalu. Apakah agaknya akan berlaku malam nanti? Mungkin bangunan KLCC akan roboh?

Takut juga akhirnya Datin Siti Nurhaliza dengan peminat-peminat fanatiknya yang merancang membaling telur busuk semasa perarakan berkuda mereka nanti. Tidak termakbur niat Datin Siti Nurhaliza ingin menjadi puteri seperti cerita Cinderella dahulu kala. Itulah, siapa suruh makan telur dalam jamban???.

Cakap mengenai peminat, ada seorang peminat tu yang tidak berpuas hati dengan tulisan Jazreel Low di New Paper (Singapore) semalam. Anyway, this cina, apa dia tahu pasal Datin Siti Nurhaliza?

Aku menerima sms dari seorang rakan cina Malaysia memberitahu aku perkahwinan Datin Siti Nurhaliza hanya akan kekal selama setahun sahaja. Hmmm…. Bukan orang melayu sahaja yang meramalkan sedemikian, rupanya bangsa lain juga sebegitu.

Jikalau perkahwinan Erra Fazira hanya kekal lebih kurang 3 tahun sahaja bersama Yusry dengan mas kawinnya RM33,333,33… apakah Datin Siti Nurhaliza dengan mas kahwin RM22,222,22, hanya akan kekal kira-kira 2 tahun sahaja? Kita tunggu dan lihat nanti….

Apa-apapun enjoy the video of akad nikah dibawah ini.

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=l4PJh92HRt8]

You can leave a response, or trackback from your own site.

7 Responses to “Selamat Bersanding Datin Siti Nurhaliza!”

  1. Aura says:

    Nice video!!~ Well-done! Usahlah kita meramalkan sejauh mana jodoh Datin Siti & Datuk Khalid. Doakan ajelah agar hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat. AMIN.

  2. deena says:

    betul apa yang Aura kata tu… Biarlah Datin Siti bahagia dengan pilihan dia. Hanya dia yang tahu pilihan dia tepat. Ini laa yang dikatakan tidak hipokrit….. dia melakukan apa yang dipilih oleh hatinya….. dan diberitahu pada semua orang dan dibuat untuk tatapan semua. Beliau berani mempertahankan pilihan hatinya…. tidak seperti sesetengah kita yang mungkin tidak dapat mengikut kata hati kerana terlalu menjaga hati orang. Believe me… orang akan seronok melihat kita merana dan kecewa, tetapi tak ada pun nak membantu atau memberi nasihat…… Saya percaya Datin Siti tentu telah bersedia menanggung ‘consequences’ tentang pilihannya, namun, kita tidak tahu apa akan jadi pada masa depan… so, jika dirasakan bahagia pada masa ini… grab it!!! Saya secara peribadi hormat pilihan Datin Siti kerana beliau tidak sorok-sorok tentang pilihannya….. tak seperti setengah artis, nak berahsia siapa suami mereka. Semuga Datin siti dan Datuk K bahagia.

  3. e-sha says:

    memohonlah petunjuknya……semoga tabah menghadapi tomahan orang.cekalkan hati,tabahkan diri,tak semua peminat membenci akak siti,saya faham akak siti….sebab akak jua insan biasa,punyai pilihan hati sendiri.semoga akak bahgia.*tak barcakap manusia akak kalau tak mengaupat orang………..*

  4. saje2 says:

    pembetulan. rm33,333 tu bukan maskawin erra-yusry tapi hantaran perkahwinan mereka.

  5. Putera Emas says:

    thanks saje2.. memang wang hantaran sebenarnya.

  6. syarifah says:

    kenapa YouTube ekh??? 2minit 2minit jam…! niwae tak faham nape dlm berjuta, DK tu jugak???? Haiz….! Kesian bekas isteri DK tau!!!!

  7. Putera Emas says:

    biasalah… slow… tekan pause button tu dan buat kerja lain dulu, bila dah abis loading semua, baru play balik.

Leave a Reply