Skip to content

August 22, 2006

28 DULANG HANTARAN BAGI MAJLIS SITI DAN DATUK K



KUALA LUMPUR: Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa menyediakan 28 dulang hantaran untuk majlis pertunangan dan pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini semalam.

Setiap satu diberi nama sempena lagu-lagu yang pernah dipopularkan Siti seperti Cindai dan Adi Warna.

Konsultan majlis perkahwinan pasangan itu, Datuk Shah Rezza, dari Nusantara Gems, berkata 12 dulang ditetapkan untuk majlis pertunangan dan 16 dulang untuk pernikahan.

‘Bagi majlis pertunangan, Datuk K memberi lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh Siti, manakala majlis pernikahan membabitkan tujuh dulang, dibalas sembilan.

‘Setiap hantaran juga dinamakan sempena lagu popular Siti sama ada lagu irama Malaysia atau moden, antaranya Cindai, Adi Warna, Sanggar Bayu dan Sebenar Cinta.

‘Pelamin dinamakan sebagai Mahligai Asmara dan Mahligai Impian,’ katanya ketika ditemui kelmarin.

Menurutnya, orang ramai boleh melihat keindahan seni tradisional Melayu untuk pelamin dan hantaran di masjid itu.

Contohnya, penggunaan kain tenun Pahang dan songket Terengganu manakala pelamin menggunakan konsep Perak dinamakan Gunung.

‘Ia sering digunakan untuk majlis perkahwinan Kesultanan Deli,’ katanya, mengakui semua gubahan sangat istimewa dan eksklusif untuk perkahwinan Siti dengan Datuk K.

Mengenai hantaran daripada bakal suami Siti, Datuk Rezza berkata ia merupakan barangan lazim sebagaimana majlis pertunangan dan pernikahan orang kebanyakan seperti pakaian, Al-Quran, telekung, sejadah, bunga rampai, sirih junjung dan manis-manisan.

Semua hantaran yang siap digubah dibawa ke masjid pada 4 petang. – Harian Metro.

Read more from Cyberita

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments