Oleh Farihad Shalla Mahmud
Lebih setahun memadu kasih, hari ini secara rasmi, Siti Nurhaliza menjadi milik Datuk K
TUJUH DULANG: Persiapan hantaran perkahwinan
Siti Nurhaliza dan Datuk K.
BARANGKALI, ketika ini hanya debaran yang menemani penyanyi jelita ini kala menanti saat manis sebelum diijabkabulkan atau ada air mata yang gugur di pipi tanda sedih dan gembira untuk seorang gadis yang bakal melangkah ke alam dewasa.
Biarpun sebelum ini pelbagai ujian datang bertimpa-timpa, ia tidak sedikit pun mengubah perasaan cinta dan kasih Siti Nurhaliza terhadap lelaki bernama Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini. Mereka berdua kebal menempuh segala tembok yang menjadi penghalang cinta suci mereka.
Traskripsi menjadi lambang sakti cinta milik kedua pasangan sensasi ini. Lagu yang terkandung di dalamnya cukup menggambarkan perasaan Siti terhadap lelaki yang amat dicintainya itu.
Justeru, tidak ada apa yang perlu dipertikaikan lagi. Keikhlasan ahli perniagaan itu untuk menjadikan Siti sebagai isterinya yang sah dibuktikan bukan dengan sekadar kata-kata.
Pagi ini, bersaksikan keindahan Masjid Wilayah Persekutuan yang tersergam indah di Jalan Duta, Khalid akan melafazkan ikrar tanda sedia menerima Siti Nurhaliza sebagai isterinya dan teman hidup dunia dan akhirat. Cincin yang bakal disarungkan di jari manisnya juga menjadi bukti betapa mendalamnya kasih ahli perniagaan itu buat dirinya.
Dan apabila lafaz ijab dan kabul direstui, maka terimalah hakikat bahawa kehidupan Siti kini bukan lagi milik masyarakat sepenuhnya.
Dan bermulalah sebuah perjalanan yang panjang buat Siti apabila dia melangkah ke satu lagi fasa kehidupan seorang wanita iaitu bergelar isteri. Alam rumah tangga banyak pancaroba. Buat Siti dan pasangannya, tabahlah menghadapi segala dugaan berumah tangga.
Jika sebelum ini mereka tidak pernah merasakan erti cinta seperti pasangan bercinta yang lain, pastinya selepas ini ikatan cinta mereka akan lebih kukuh. Hanya satu harapan buat penyanyi kelahiran Pahang ini iaitu semoga Siti akan terus menaburkan bakti menerusi suara emasnya. Selamat berbahagia Siti!
FAKTA: Majlis Perkahwinan Siti Nurhaliza
Siti memilih untuk mengenakan busana rekaan Radzuan Radziwill untuk kedua-dua acara iaitu majlis pernikahan dan juga persandingan.
Sebelum itu, kedua-dua pasangan itu akan melalui proses pertunangan dan untuk majlis bertunang Siti menyediakan lima dulang untuk pihak lelaki dan dibalas tujuh dulang.
Untuk kahwin pula tujuh dulang hantaran berwarna merah jambu, emas dan krim disediakan pihak lelaki dan akan dibalas sembilan dulang berwarna perak dan hijau daripada pihak Siti.
Dari segi hantaran, untuk Siti dari Datuk K, mereka memilih konsep tradisional, manakala daripada Siti untuk bakal suaminya itu berkonsepkan kontemporari.
Setiap hantaran akan dinamakan mengikut nama lagu popular Siti seperti Cindai, Adiwarna dan Sanggar Bayu.
Untuk hantaran pula, antara barangan yang disediakan adalah benda asas seperti telekung, sejadah, bunga rampai.
Pada majlis persandingan di KLCC, pengantin dan tetamu akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Kris Dayanti, Melly Goeslaw, Ziana Zain, Ezlynn, Nora, Nash, kumpulan Hijazz dan juga Swara.
Manakala komposer S Atan pula akan bertindak sebagai pemuzik pengiring.
Selama dua jam bersiaran melalui TV3 iaitu dari jam 9 malam hingga 11 malam, penonton akan disajikan dengan pelbagai kejutan.

askm.. walau apapun yg berlaku aku percaye yg korang jgak sedari bahawa ct lbih manis kalo bertudung. lgpn bukankah baik kalo menutup aurat… aku harap lpas jd isteri org nih ct akan ubah penampilan,bertudung kemane sahaje dier melangkah(keluar rumah la) ok. go on ct!! salam.
ASSALAMU’ALLAIKUM,
Slmt pengantin baru kpd kedua mempelai!. Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Kami yakin bahawa ini ada lah jodoh pertemuan. Tidak kira tua atau muda, teruna atau dara, duda atau janda dan miskin atau kaya. Tiada siapa yang boleh menentukan jodoh kita selain dari keizinan Allah swt. dan Allah lah yang menentukan pada setiap yang di rancangkan. Maka itu, jangan lah menambahkan dosa kita kerana kebahgiaan mereka.
AMIN…
As’kum kak siti.Fie nk ucapkn Selamat Pengantin Baru pd akk.Byk dugaan yg akk tempuh sebelum bergelar seorang isteri ni.Fie n abg Joe harap kak siti tabah walau apa pn rintangannya selepas ni.Doa kami selalu utk akk sumi isteri..