‘Selamat pengantin baru Siti’



Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zul Husni Abdul Hamid

LENYAP sudah segala spekulasi dan besarlah harapan agar berakhir juga semua kontroversi. Hari ini, sahlah Siti Nurhaliza Tarudin bergelar seorang isteri.

Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menjadi saksi penyatuan dua hati, Siti dan pasangannya Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Saat yang paling dinanti selama ini untuk melihat siapakah insan bertuah yang berjaya menawan hati penyanyi nombor satu negara kini menjadi realiti.

Pastinya di saat ini, hati Siti sedang berbunga gembira. Kini Khalid atau lebih mesra dengan panggilan Datuk K sah menjadi miliknya selepas menempuh jalan yang penuh ranjau dan duri.

Turut sama berkongsi kegembiraan itu tentulah peminat si manis kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini. Tidak ketinggalan rakan artis yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat teman seperjuangan mereka.

Hip sempat menemui beberapa artis di Majlis Pembukaan Pusat Membeli Belah, The Weld baru-baru. Di sini Hip paparkan ucapan rakan seperjuangan pemilik lagu Biarlah Rahsia ini.

Betty Banafe:

“APA juga dugaan yang mendatang hadapilah dengan positif. Dekatkan diri dengan Tuhan dan buka lembaran baru dalam kehidupan. Dugaan akan terus datang, hadapi kenyataan itu dengan tabah dan tawakal kepada Allah. Selamat Pengantin Baru.”

Fasha Sandha:

“Fasha ingin mengucapkan selamat menyambut hari bahagia buat Kak Siti. Dan Fasha juga mendoakan semoga Kak Siti cepat-cepat dapat anak,” katanya yang akan menghadiri majlis perkahwinan penyanyi jelita itu pada 28 Ogos ini.

Eja:

“SELAMAT Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Bersiap sedia menghadapi segala cabaran dan dugaan. Walaupun pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi, dengan kata-kata orang yang mengguris perasaan, doa Eja, Siti dapat membina hidup baru dengan tenang. Insya-Allah Siti juga akan menjadi seorang ibu. Semoga Siti bersedia menempuhi alam baru.”

Aleeza Kassim:

“SELAMAT menempuh alam baru, semoga kebahagiaan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Hadapilah dugaan dengan jiwa yang positif. Selamat Pengantin Baru buat kedua-dua mempelai.”

Lis Dawati:

“DENGAN apa juga berita yang kurang menyenangkan, harap Siti dan suami akan tabah menghadapinya. Sebagai rakan artis, Lis mendoakan kebahagiaan mereka berdua hingga ke akhir hayat. Doa Lis mereka akan buat yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangga yang baru dibina. Siti sudah menemui cinta dan tertulis Datuk K ialah jodohnya, harap orang ramai tidak mempertikai pilihannya.”

Nurul Syuhada:

“SELAMAT pengantin baru semoga berbahagia. Pesan Nurul pada Siti, kalau sudah berkahwin teruskan dengan karier. Nurul mendoakan supaya rezeki Siti bertambah murah selepas mendirikan rumah tangga.”

Erra Fazira:

“TAHNIAH Erra ucapkan pada Siti Nurhaliza kerana begitu kuat menghadapi semua kontroversi. Usah pedulikan apa yang orang lain kata asalkan Siti dan pasangan gembira dan tahu apa yang anda berdua inginkan dalam hidup.”

Mawi:

“SELAMAT pengantin baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat. Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan hadiri majlis perkahwinan Siti. Saya harap orang hormati pilihan Siti, asalkan dia gembira dengan pilihan yang dibuatnya.”

Ziana Zain:

“SEMOGA perkahwinan Siti berjaya hingga ke akhir hayat. Siti kena tutup mata dan telinga dengan kata-kata yang orang lemparkan. Harap orang yang datang menyaksikan perkahwinan Siti pandai-pandailah membawa diri, dan saya juga berharap majlis perkahwinan Siti akan berjalan lancar.”

Anita Sarawak:

“KAK Nita doakan semoga Tuhan panjangkan perkahwinan Siti, panjang umur serta murah rezeki. Kak Nita rasa masanya sudah sesuai untuk Siti mendirikan rumah tangga. Nasihat Kak Nita pada Siti supaya selalu beralah, kalau suami berang sikit Siti kenalah beralah supaya rumah tangga aman,” katanya.

Norman KRU:

“DOA saya pada Siti dan Datuk Khalid, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana sudi mengundang, tapi malangnya saya tidak dapat sama-sama meraikan perkahwinan beliau namun saya doakan semuanya berjalan lancar.”

You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “‘Selamat pengantin baru Siti’”

  1. tahniah diucapkan pada kak siti di atas pernikahan semalam,saya berdoa agar kak bahagia bersama pilihan kak.

  2. sedondong says:

    erm… tahniah2… gambarnye plak blh tgk kat http://www.irwan.biz/siti-nurhaliza-wedding-pictures/

    tapi x brape byk

  3. ijan_gorilla says:

    askm. aku bukan peminat fanatik ct,bukan org yg memujanya,jauh lagi ingin mendekatinya tp aku ingin menyatakan satu perkara. sebagai umat islam aku akan mendoakan kebahagian ct dan pasangannya. smoga dirahmati oleh Allah. harap semua org pn akan mendokan perkara yg sama. apa gne mndoakan sesuatu yg buruk kpd org lain??? sedangkn ct x pernah mmburukkan org lain. lagi satu.. aku amat berharap agar ct berhenti sebagai seorang penyanyi kerana sesungguhnya ternyata dlm Al-Quran bhw suara wanita itu aurat. bnyk lg punce rezeki yg boley kter usehekan. aku harap ct sedar dan renung kte2 aku ni.go on ct!!!salamz…

  4. safira idzni says:

    selamat menempuh hidup baru untuk siti…semoga pernikahannya langgeng,sakinah,mawadah,warohmah amiiin…..sampai akhir hayat dan diberikan keturunan yang cantik dan tampan

  5. safira idzni says:

    ya akupun lupa,aku ingin tahu alamat email muhammad adib,anakdr datuk khalid kalau tau hubungi aku
    di str3et_fuzZbaLL@yahoo.com
    jangan lupa ya salam damai peace…………..

Leave a Reply