TENGKU ZAWIYAH DOA KEBAHAGIAAN ‘DATUK K’ DAN SITI



KUALA LUMPUR: Bekas isteri peniaga Datuk Khalid Mohamad Jiwa, Tengku Zawiyah Tengku Izham, berharap bekas suaminya bertemu kebahagiaan yang dicari-carinya selama ini dalam pangkuan bakal isterinya, penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin.

Menurutnya, beliau redha dengan ketentuan takdir bahawa perkahwinan yang dibina selama lebih 20 tahun bersama ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai ‘Datuk K’ itu sudah berakhir.

‘Saya terima qadak dan qadar Allah dan berharap semoga beliau bertemu dengan kebahagian yang dicari-carinya selama ini,’ katanya kepada Mingguan Malaysia sebagaimana ditukil Utusan Malaysia.

Tengku Zawiyah, 43 tahun, juga bersyukur kerana perkara yang membabitkan pembahagian harta sepencarian dengan Datuk Khalid berjaya diselesaikan, kelmarin.

Melalui tuntutan itu, Datuk Khalid, 47 tahun, menyerahkan dua buah rumah berkembar dan sebuah banglo empat tingkat yang kesemuanya mencecah hampir RM9 juta kepada bekas isterinya itu.

Turut dipersetujui dalam perbincangan harta sepencarian dengan bekas isterinya itu ialah, Datuk Khalid perlu menyediakan peruntukan tambahan yang meliputi kos percutian tahunan, perbelanjaan bulanan, insurans, kos perubatan serta kos penyelenggaraan dan keperluan rumah.

‘Apa yang penting, kami dapat menyelesaikan hal berkenaan dengan baik. Kami juga bersetuju bersama-sama menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak dengan sepenuh kasih sayang,’ katanya.

On 14th August2006

  Comments: 4 Read more


4 Responses to “TENGKU ZAWIYAH DOA KEBAHAGIAAN ‘DATUK K’ DAN SITI”

  1. kRISH Says:

    hMMM GOOD FOR YOU TENGKU,
    ORG DAH TAK NAK WAT PER NAK TUNGGU..
    SO BETTER YOU START OF YOU NEW LIFE WITH YOUR SONS, THE MOST PRECIOUS HARTA…

    SITI….HMMM IF DATUK CAN DO TO HIS WIFE…YOU WILL BE NEXT!!!!

  2. pynyoxs Says:

    tak faham saya dengan anda luka lama biar jangan di ungkit
    karna tidak akan menghapus yang ada justru kan menambah parah apa yang sesungguh nya terjadi biar waktu yang kan membukanya
    sepintar tupai melompat pasti sesekali jatuh kekubangan jua
    “sepandai orang menyimpan aibnya pasti kan terlihat jua

  3. susilawati affandi Says:

    Siti kenapa kamu tega terhadap seorang isteri yang telah memberikan 4 orang anak? apakah hal ini mau terjadi pada diri kamu?

  4. DYHEA Says:

    Tak tau apa yang ct cari… untuk kepentingan diri sendiri? andai di sangkutkan dngn sunnah Rasul (saw) … baginda tidak pernah menceraikan isteri yang tua untuk isteri muda… muak bila pasangan ini mengaitkan sebarang alasan mereka dengan sunnah dan tak dir. ct…. perjalanan hidup selama ini mmg elok.. tapi memilih pasangan. bukan sahaja melukakan hati orang terdekat tapi jua wanita lain… satu kesilapan besar. moga apa yang dilakukan hari ini akan akan dirasai jua satu hari nanti. berdosa mencari kebahagiaan dngn keruntuhan orang lain. tiap kata2 itu satu doa dan andai seluruh rakyat malaysia menyatakannya insya allah pasti terjadi. moga kau tidak terlewat utk menyedari kerana pasti ramai yang bertepuk tangan melihat nya satu hari nanti

Leave a Reply