Biarlah Siti Dan Rahsianya



Rupa wajahmu yang cantik
tutur katamu yang sopan
membuat semua hati tertawan

Rambutmu yang bersinar
senyumanmu yang mekar
membuat hati bergetar

Engkaulah perawan idaman
diidam siang dan malam
engkaulah puteri rupawan
gadis dambaan, gadis rebutan

Sepuluh tahun berlalu sudah
kini engkau kian dewasa
menangani masalah dengan bijaksana
di dunia persada yang banyak tomahannya

Suatu waktu masyarakat terpinga
apabila tercetusnya suatu berita
engkau khabarkan dengan senang hati
hatimu kini sudah dimiliki

Mulalah timbulnya pelbagai cerita
pelbagai andaian pelbagai cereka
ada di antaranya tiada logikal
ada di antaranya menoreh luka

Walau dipaksa walau diduga
engkau hanya membisu seribu bahasa
kisah Siti, ‘Biarlah Rahsia’

Khabar angin kian melanda
si ‘dia’ dikatakan terkenal
berharta berdarjat terhormat orangnya
Datuk Khalid Muhd Jiwa gerangan ’si dia’

Beristeri sudah beranak pun sudah
berdiri megah di mahligai indah
walau kebahagiaan dimiliki sudah
kenapa Siti dipikatnya juga?

Benarkah cinta mereka bersemi
mekar indah di taman syurgawi
ataukah ia cerita direka
bahan gosip perbualan semata?

Tanggal 21 Ogos tanggal bersejarah
hari bahagia untuk mereka berdua
Siti bakal meninggalkan zaman bujangnya
meneruskan kehidupan bersama
pasangan idamannya

Wahai masyarakat yang dihormati semua
sesabar anda menunggu berita
hormatilah pendirian Siti Nurhaliza
yang inginkan kisah cintanya rahsia

Walau siapa pun pilihannya
doakanlah kesejarahteraan Siti dan pasangannya
restuilah jalinan cinta yang dibina
berkekalan hingga ke pintu syurga

Yang boleh dilakukan di saat ini
hanyalah bersabar duduk menanti
kerana jawapankan datang
pasti menghilangkan segala kesangsian di hati

Keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
pun kisahku yang masih panjang
menambah berat yang memandang
lantas itu kupendam kuputuskan
biarlah rahsia – Siti Nurhaliza

Coretan empat srikandi:
Nurmarina Abdul Malik,
Rafiqah Abdul Latiff,
Suhanah Ibrahim,
Zahidah Md Yusof,
Pelajar Sekolah Menengah Bedok Green.

Sumber dari http://cyberita.asia1.com.sg/

On 14th August2006

  Comments: 3 Read more


3 Responses to “Biarlah Siti Dan Rahsianya”

  1. Aura Says:

    Sigh………………………..

  2. Putera Emas Says:

    hahaha… apa sigh?

  3. Nurzaman Says:

    Kenapa Kita Mudah Menilai Orang Salah
    Saya sangat setuju dengan pernyataan dari sobat-sobat, saya selaku penggemar Siti saya merasa senang bila ia merasa senang, dan saya semakin kagum akan beliau, ia bisa menanggapi semua cercaan dan hinaan dengan senyuman. Kenapa kita harus menghalangi orang lain untuk melakukan sesuatu dan saya yakin keputusan yang dia ambil bukanlah keputusan yang tanpa perhitungan. kalaulah anda mengaku sebagai peminat Siti maka ketika ia bahagia pasti anda juga bahagia

Leave a Reply