Lompat tikam, strawberi Siti
SELASA lalu, Siti Nurhaliza dan bakal suaminya ke Masjid Wilayah Persekutuan bagi persiapan akhir pernikahan mereka pada 21 Ogos ini. Ke mana Siti bergerak pasti menjadi perhatian, lebih-lebih lagi berkaitan hari besarnya.
CAK tidak mahu komen panjang, harapnya gambar yang dipaparkan di sini memberitahu cerita yang anda inginkan.
Dalam pada itu, CAK tertarik dengan kenyataan Siti baru-baru ini yang gemarkan strawberi dan coklat. Kebetulan pula Datuk K faham akan selera bakal isterinya yang popular ini.
Cuma CAK teringat ketika zaman awal dulu CAK menemu bual penyanyi Jerat Percintaan ini. Ketika itu tiada strawberi dan coklat, tetapi Siti suka kek coklat.
Bulan puasa pula, kuih lompat tikam menjadi antara kegemaran juadah berbuka.
Cepat masa berlalu, Siti kini bakal menjadi isteri orang. CAK percaya, Siti tidak akan melupakan kuih lompat tikam, biarpun dilimpahi strawberi dan coklat.
ehmmm…tak da papa nak komen pasal CT nie…kita nie manusia tak layak sebenarnya meng’komen’ org…juz saya agak kecewa ckitlah sbb CT nikah dgn Datuk K..anyway,saya akan tetap mendoakan kebahagiakan CT dan suami…k,daaa
Hmmm….tak tahu nak comen apa nie… tapi nak tanya satu benda… bila nak ada baby??? mesti baby tu comel macam mak dia…Bye..bye..
hai,ct…skrg nie pa kaba..saya tak sabar nak menanti khdrn baby u nanti… kalau dah da baby,jaga anak tu sebaik mungkin,k?yg pasti mesti dia cute mcm CT…gud luck in ur career….