PERSANDINGAN SITI NURHALIZA DI TV INDONESIA
SHAH ALAM: Stesen televisyen terkenal Indonesia, Trans TV, berkemungkinan besar menjadi penyiar rasmi majlis persandingan Siti Nurhaliza, 27 tahun, dengan usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47 tahun, atau lebih dikenali sebagai Datuk K, di Jakarta September ini.
Difahamkan, stesen itu menawarkan harga tinggi untuk mendapatkan hak eksklusif bagi menyiarkan secara langsung persandingan itu. Sebelum ini, pasangan itu telah memilih Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai penyiar rasmi untuk menyiarkan secara langsung majlis pernikahan pada 21 Ogos dan persandingan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 28 Ogos, serta di Kuala Lipis pada 3 September ini. - Harian Metro.










TAHNIAH
Leave your response!