Skip to content

July 7, 2006

7

Datuk K – Tengku Zawiyah sah cerai



KUALA LUMPUR 6 Julai – Ahli perniagaan Datuk Khalid Muhamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K sudah sah bercerai dengan Tengku Zawiyah Tengku Izham.

Ini berikutan tiada lagi pertikaian mengenai status hubungan Khalid, 47, dan Tengku Zawiyah, 43, apabila bekas isterinya itu menarik balik permohonan pengesahan status hubungan mereka pada Isnin lalu.

Permohonan pengesahan status hubungan itu difailkan oleh Tengku Zawiyah pada pada 12 April lalu selepas mendapat nasihat daripada Pejabat Agama Islam Selangor.

Peguam syarie, Datuk Muhamad Burok yang mewakili Khalid ketika dihubungi turut mengesahkan penarikan balik permohonan tersebut.

Menurut Muhamad Burok, permohonan itu ditarik balik pada satu prosiding yang didengar di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Fauzi Ismail di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini.

Bagaimanapun, punca sebenar penarikan balik itu tidak diketahui.

Bagi Datuk K pula, beliau hanya menjawab: ‘‘No komen’’, ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia petang ini.

Tambahnya, beliau tidak terjejas apa-apa mengenai tindakan bekas isterinya memfailkan dan menarik balik permohonan tersebut.

Apabila ditanya mengenai isu perkahwinannya dengan penyanyi No. 1 tanah air, Siti Nurhaliza Taruddin, Khalid sekali lagi memohon pihak media bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman.

‘‘Orang tidak faham. Kita bukan sengaja hendak berahsia tapi tidak mahu melukakan hati sesiapa,”ujar Khalid.

Read more from Utusan Malaysia
7 Comments Post a comment
  1. CT
    Aug 17 2006

    sama aja. pengumuman sebelum dan selepas bercerai. maknanya perampas suami orang jugak!!!

  2. teha
    Aug 21 2006

    actually, siti made a good choice for herself n her family..juz follow ur heart siti..

  3. e
    Aug 23 2006

    membina sebuah masjid adalah sangat disukai allah.namun membinanya diatas keruntuhan masjid orang lain disebabkan tangan kita yang mengoncang adalah amat dimurkaiNya.Di manakah naluri kewanitaan dan keibuan anda,wahai Datin Siti?

  4. Aug 23 2006

    yth datin siti saya ucapkan selamat pengantin baru semoga cepat dikaruniai anak buat siti dan bagi datuk k cocoknya mbah ……. siti emang pandai dari segi nyanya maupun cari suami seharusnya kita contoh cik siti ini bagaimana bisa bergelar datin. suami tua kan ta apa….. yg penting kaya . siti dibilang sama halnya dgn mayangsari merampas suami orang tapi diapandai berakting.

  5. cai
    Aug 23 2006

    Ingin saya tekankan disini…jangan buat andaian iaitu”Siti perampas suami orang”..ini sesugguhnya menuduh dia sedangkan kita tidak tahu perkara yg sebenar dan yg sebenarnye adalah hanya pengetahuan didlm diri Siti sendiri.Tidak baik menuding jari dan menuduh dgn tidak usul periksa dahulu!Saya doakan kebahagian Siti dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat.To Siti “Tahniah”.

  6. hamba Allah.
    Oct 31 2006

    biar apa2pun alasannya, itu adalah ketentuan-NYa. so, seboleh2nya pertahankan masjid tersebut sebaik2nya. Ada hikmah disebalik sesuatu kejadian.Yg paling penting kembali kepada-NYa dan muhasabah diri…pegang agama…

Trackbacks & Pingbacks

  1. PutraWorks » Siti Nurhaliza Yang Terlampau

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments