TV3 – Olay Total Effects bersama Siti Nurhaliza



feature_01.jpg

siti_side03.jpg
title_pandangan_siti.gif

Ratu Pop
Malaysia, Siti Nurhaliza
telah
mendedahkan rahsia beliau sebagai pengguna setia
Olay total effects+â„¢
dan mendapati ianya terbukti menjadikan
kulit wajahnya tampak lebih muda dan lembut.

Beliau berkata:“Apabila saya menjangkau
usia 27 tahun, saya merasakan bahawa saya sedang
melalui satu fasa baru dalam hidup saya, dari
segi professional mahupun peribadi.

Secara peribadi, saya dapat rasakan yang
saya bukan sahaja telah matang dari segi emosi,
malah secara fizikalnya juga, saya mula sedar
kewujudan tanda-tanda penuaan. Garis-garis
halus, kulit yang kering dan kusam mula
kelihatan. Ini adalah kesan-kesan awal penuaan
bagi wanita berusia 25 tahun ke
atas.

“Sebagai seorang penghibur, pemilik
syarikat produksi dan teh jenama saya sendiri,
jadual saya amat padat. Oleh itu, saya tidak
mempunyai banyak masa untuk benar-benar menjaga
kulit wajah. Dengan Olay total
effects+â„¢
, saya telah menemui kuasa satu
produk yang dapat menangani tujuh tanda-tanda
penuaan.

“Sekarang, saya dapati kulit
saya tampak lebih muda dan halus dan garis-garis
halus mula berkurangan. Olay
total effects+â„¢
sememangnya satu-satunya
produk untuk wanita masakini yang amat mudah
untuk digunakan, dan efektif dalam menangani
tujuh tanda-tanda penuaan.”

Siti juga
telah ke Jepun untuk melawat Pusat Teknikal
P&G Kobe dan melihat sendiri kajian dan
penyelidikan yang telah dijalankan dalam
menghasilkan produk seperti Olay total effects+â„¢. Beliau
juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang Olay total effects+â„¢ dan
mengapa ia menjadi pelembap anti-penuaan nombor
satu terlaris untuk wanita di Malaysia.

“Saya amat kagum dengan
kajian bertaraf dunia yang terlibat dalam
penghasilan Olay total
effects+â„¢
. Ketekunan dan komitmen yang
ditunjukkan oleh pasukan R&D dalam
membangunkan produk yang efektif dan mudah
digunakan, benar-benar merupakan satu
inspirasi.

“Setelah
mengunjungi Pusat Teknikal Kobe, saya lebih
yakin bahawa saya telah membuat pilihan yang
tepat dengan memilih Olay
total effects+â„¢
sebagai penyelesaian saya
untuk menangani penuaan,” kata Siti
Nurhaliza.

Sepanjang lawatan Siti ke
Pusat Teknikal P&G Kobe (KTC), beliau
mendapati bahawa Olay total
effects+â„¢
ini lahir daripada hasil kajian
yang dijalankan terhadap 6,000 wanita di seluruh
dunia yang telah mengenalpasti tujuh tanda-tanda
penuaan. Hasil juga menunjukkan tiada satu
produk untuk menangani tanda-tanda penuaan
tersebut.

Olay total
effects+â„¢
dirumus khas dengan 7 vitamin
dan mineral dan formula khusus anti-penuaan Olay
iaitu Vitaniacin. VitaNiacin merupakan formula
unik yang dihasilkan daripada Vitamin B3,
Vitamin E, Pro-vitamin B5 yang diadun bersama
pelembap Olay. Ia merupakan rumusan beberapa
anti-oksida dan vitamin yang ternyata dapat
mengembalikan seri pada kulit wajah.

Olay total
effects+â„¢
juga mengandungi pelindung
cahaya SPF (Sun Protection Factor) 15 UVA/UVB
yang melindungi kulit daripada pancaran cahaya
matahari yang membahayakan. Pelembap intensifnya
juga menjadikan kulit tampak lebih muda. Ia
dirumus khas untuk bertindak lembut pada kulit
agar setiap wanita dapat menikmati kebaikan
menggunakan Olay total
effects+â„¢
.

Di Pusat Teknikal Kobe
itu juga, Dr Greg Hillebrand telah mengendalikan
analisis kulit ke atas Siti menggunakan kaedah
Beauty Imaging System, iaitu mesin analisis
kulit yang canggih dicipta oleh P&G.

Tambah Siti, “Saya agak
gementar untuk menjalani analisis tetapi rasa
ingin tahu tentang keadaan kulit juga ada.
Kerisauan saya berakhir apabila diberitahu kulit
saya sihat dengan liang roma dan garis-garis
halus yang minima.”

Dr Greg
Hillberand berkata, “ Kulit Siti adalah dalam
keadaan yang amat baik, antara yang terbaik
pernah saya lihat. Apa yang menakjubkan adalah
tiada sebarang bakteria di liang roma kulit
beliau. Sesuatu yang agak jarang berlaku. Siti
mempunyai kulit yang ideal.”

Siti
menyatakan bahawa lawatan beliau ke Kobe, Jepun
benar-benar merupakan satu pengembaraan. Dan
melalui apa yang telah dialami beliau di sana,
Siti tidak teragak-agak untuk mengesyorkan Olay total effects+â„¢ kepada
semua wanita di Malaysia.

“Saya telah
menemui Kuasa Satu… satu-satunya produk yang
membantu menangani tujuh tanda-tanda penuaan.
Sayangi kulit anda, gunakan Olay total effects+™,” kata
Siti.

On 5th June2006

  Comments: 9 Read more


9 Responses to “TV3 – Olay Total Effects bersama Siti Nurhaliza”

  1. zalina Says:

    macam mana cara-cara menggunakan olay total effects yang terbaru ni?adakan ia mesti guna day cream n night cream..n semua yang terbaru ni..

    ingin tahu

  2. LINDA Says:

    WAKTU MANA KAK CT AKN MGUNAKAN CREAM INI?CREAM DAY DAN NIGHT MESTI DI GUNAKAN?

  3. seorang nenek yang ingin tahu Says:

    saya ada beli produk terbaru olay total effect 7 dalam 1 anti penuaan yang terbaru.selepas saya menelitinya,produk terbaru ini mennyatakan cara penggunaannya setiap hari tetapi ia tidak mennyatakan adakah ia boleh digunakan pada siang dan malam atau ia hanya untuk siang hari sahaja.saya memohon nasihat selanjutnya dengan segera.

  4. rabiatul Says:

    assalamualaikum ?kak siti..apa khabar?

  5. rabiatul Says:

    kak siti .apa khabar?saya dari brunei..saya peminat setia kak siti.

  6. margaret Says:

    Adakah ct memang mnggunakan produk olay? Sjauh mna ct mnggunakan produk ni? Sya salah seorng yg mengamalkan produk olay untuk merawat kulit wjah sya, kebekesanan olay sungguh menakjudkan dan sya pengguna setia olay dr tahun 2006 smpai skarang

  7. issabell Says:

    salam~
    kak siti, produk olay nie boleh hilangkan jeragat ke??
    kulit saya tak sekata, jeragat lg..aduhhh..

  8. issabell Says:

    tolong bagi respon ekk..
    tengs~

  9. mila nisa Says:

    kak siti…olay nie leh x lau budak umur 12 thn pakai??saye nak tau…please………

Leave a Reply