BERSYUKUR DI ATAS RAHMAT-NYA
KOSMO 26 MAC 2006
ASSALAMUALAIKUM dan salam hari minggu buat semua pembaca KOSMO! Ahad. Harapan Siti agar anda semua sedang gembira bersama keluarga pada hari cuti begini.
Sejak 22 Mac lalu, Siti berada di Singapura untuk menjayakan Anugerah Planet Muzik 2006. Bermula penganjurannya enam tahun lalu, Siti tidak pernah ketinggalan bersama APM kerana ia adalah medan untuk mengembangkan bakat seni di negara serantau.
Tahun ini Siti diberi peluang untuk menjadi penyampai anugerah dan juga membuat persembahan. Sejak tiba di Singapura, Siti sudahpun menjalani latihan bersama pemuzik dalam nyanyian solo dan juga berduet bersama tiga artis lain iaitu Rossa, Marcell dan Anuar Zain.
Siti rasa gembira dan berbesar hati kerana di pentas APM Siti buat julung kalinya dapat mempersembahkan lagu dari album terbaru secara eksklusif berjudul Biarlah Rahsia, lagu ciptaan Melly dan lirik oleh Siti. Sewaktu menjayakan sebuah acara hiburan di Indonesia beberapa tahun lalu, Siti pernah berduet lagu tersebut dengan penyanyi asalnya iaitu Chrisye. Satu pengalaman manis bagi Siti apabila dapat menyampaikan sekali lagi lagu tersebut bersama rakan-rakan seperjuangan.
Siti juga ingin memanjatkan rasa syukur di atas rezeki Siti di APM tahun ini untuk kategori Artis Wanita Paling Popular. Siti berasa amat terharu kerana para peminat masih mempercayai bakat Siti dan anugerah tersebut adalah pemberian mereka kepada Siti. Selama enam tahun menerima anugerah yang sama Siti mahu melahirkan rasa terima kasih kepada seluruh peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tetap setia bersama Siti.
Usaha anda selama ini amat Siti hargai dan tentunya album baru yang bakal menyusul April ini adalah tanda sayang Siti kepada anda semua.
Pada kesempatan ini juga Siti ingin mengajak anda semua bersama-sama Siti dan beberapa artis nasyid lain menjayakan Malam Maulidur Rasul yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 1 April ini. Jika setahun lalu Siti mengadakan konsert di Royal Albert Hall, London, namun kali ini penampilan Siti dalam konsert yang turut dijayakan Rabbani, Yasin, Waheeda dan beberapa lagi adalah berbeza.
Siti ingin berterima kasih kepada Rabbani kerana sudi mengundang Siti dan ini merupakan satu persembahan yang begitu membuatkan Siti rasa tidak sabar untuk membesarkan lagi sambutan Maulidur Rasul. InsyaAllah Siti akan tampil dengan lagu-lagu dan penampilan yang bersesuaian pada hari tersebut. Jangan lupa dapatkan tiket kerana apa yang lebih penting adalah berkumpulnya kita nanti adalah untuk menzahirkan rasa kasih dan cinta kita semua kepada Rasulullah s.a.w.
Jangan lupa datang beramai-ramai bersama keluarga, teman, saudara kerana InsyaAllah konsert itu nanti akan memberi manfaat dan sesuatu yang berguna kepada kita semua.
Sekian dahulu Pena Siti kali ini. Salam mesra selalu.
siti????
errrkkk, seorg yg hipokrit…lagu dia ok ler leh layan!!!
‘Siti rasa gembira dan berbesar hati kerana di pentas APM Siti buat julung kalinya dapat mempersembahkan lagu dari album terbaru secara eksklusif berjudul Biarlah Rahsia, lagu ciptaan Melly dan lirik oleh Siti. Sewaktu menjayakan sebuah acara hiburan di Indonesia beberapa tahun lalu, Siti pernah berduet lagu tersebut dengan penyanyi asalnya iaitu Chrisye. Satu pengalaman manis bagi Siti apabila dapat menyampaikan sekali lagi lagu tersebut bersama rakan-rakan seperjuangan.’
APA MAKNANYA ‘BERDUET DGN PENYANYI ASALNYA MELALUI LAGU BIARLAH RAHSIA’. lu org faham ke??? gua sendiri kompusing bebbb…