Hmmm… Gossip2 negative bertukar menjadi positive.
Hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi biar terjadi…
Hadapi dengan tenang jiwa, semuakan baik baik saja…
Bila ketetapan tuhan sudah ditetapkan, tetaplah sudah…
Tak ada yang bisa merubah, dan takkan bisa berubah…
Relakanlah saja ini bahwa semua yang terbaik, terbaik untuk kita semua…
Menyerahlah untuk menang…
Dari forum2 mengenai siti, ramai peminatnya yang tidak setuju kalau Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd Jiwa. Mungkin sebab Datuk Khalid tu tua kot. Tapi kalau tengok dari kemampuannya, dia mampu membahgiakan Siti dari setengah2 calon2 yang ada. Kalau dah jodoh, nak buat macam mana kan? Usia boleh letak tepi. Apa yang aku boleh kata “Kalau kamu sayang Siti Nurhaliza, Biarlah Siti dengan orang yang Siti sayangi”.
Bulan ni peminat2 sibuk mengundi artis kegemaran mereka. Too bad, buat peminat Siti, mereka tidak dapat mengundi Siti di MTV Asia Awards 2006, kerana Siti tidak tercalon disebabkan tidak mempunya album baru. Aku harap fan2 Siti tidak menjadi “pengundi hantu” untuk Fish Leong kerana antikan Mawi. Undilah artis yang anda minati, bukan kerana untuk menjatuhkan artis lain. Undian aku kali ini untuk Ahli Fiqir dan Taufik Batisah.
Taufik Batisah, Hetty Sarlene dan Ahli Fiqir menjadi pilihanku untuk Anugerah Planet Muzik kali ini kerana aku rasa mereka lebih layak menerima anugerah tahun ini. Dengar2 dari forum, Siti berada di tempat ke-2. Siapa yang di tempat pertama? APMundi aku berjaya ke?
On 9th March2006