Skip to content

January 29, 2006

5

” Siti solehah”



Written by Saodah Ismail
Sunday, 29 January 2006

SITI SOLEHAH
SITI Nurhaliza sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa beliau akan mengubah dirinya sebagai wanita Muslim yang bertudung apabila mendirikan rumah tangga kelak. Ini adalah kali kedua Siti memberitahu penulis mengenai rancangan memakai tudung selepas bergelar isteri.

Kali pertama beliau memberitahu niatnya itu dalam temu bual dengannya awal tahun lalu.

Ketika hadir di majlis tahlil Allahyarham Sudirman Haji Arshad baru-baru ini, Siti mengejutkan para tetamu dengan wajah jelita dan santunnya. Wajahnya bersih dan cantik berseri, tanpa sedikit pun mengenakan alat solek.

Ini sesuatu yang tidak banyak dilakukan oleh artis lain yang kebanyakannya tidak yakin apabila berdepan dengan media cetak dan elektronik tanpa sebarang mekap di wajah.

Namun, Siti mempunyai kekuatan dan keyakinan diri. Selain tidak mengenakan alat solek, beliau hanya memakai pakaian biasa – blaus kain kapas labuh paras lutut berwarna coklat dan seluar panjang longgar dengan warna sama.

Beliau memakai tudung biasa, jauh daripada glamor.

Malam itu, beliau turut bersama menyertai solat maghrib, bertahlil dan diakhiri dengan solat isyak berjemaah.

Selain Siti, turut hadir ialah seniwati Sarimah, Yusni Jaafar, Aziz Satar dan Habsah Hassan.

Menurut Siti, beliau sememangnya selesa mengenakan tudung. Kerana itu, apabila tiba masanya, beliau sudah menetapkan akan mengubah imejnya daripada seorang penyanyi kepada seorang isteri solehah.

‘Apabila Siti sudah berumah tangga nanti, Siti akan beri tumpuan kepada keluarga, tunaikan haji dan memakai tudung,’ kata Siti yang kelihatan memakai cincin berlian di jari manisnya.

Cincin tunang ke? Usik penulis

‘Tidak, itu tidak betul.

Meskipun tenang dan menerima segala desas-desus dengan fikiran terbuka, Siti mengakui ia memberi sedikit tekanan kepadanya.

Antara desas-desus paling kencang ialah Siti dikatakan sudah menempah pakaian pengantin.

Siti sekali lagi menafikannya dengan berkata: ‘Siti juga dengar cerita ini dan ia mengejutkan Siti. Tapi itu semua tidak benar.

‘Bahkan dulu pun ada orang kata Siti dah tempah kad. Semua itu tidak betul,’ katanya.

Bagaimanapun, Siti memahami mengapa perhatian terhadap soal perkahwinannya menjadi topik utama.

Beliau sedar, sebagai wanita yang sudah berusia 27 tahun, ramai yang mahu melihat beliau berumah tangga dan hidup berbahagia.

‘Sebab itu walaupun Siti katakan sedikit tertekan, Siti tidak marah sebab setiap kali mereka kata Siti akan berkahwin, itu satu doa. Wanita manalah tidak mahu berumah tangga dan hidup bahagia.

‘Tambahan pula, apabila Siti sudah masuk usia 27 tahun bulan ini, perkahwinan bukan mustahil. Cuma apa yang Siti boleh katakan sekarang ialah Siti mungkin kahwin sebelum usia Siti 30 tahun, insya-Allah.

‘Siti nak jadi suri rumah, mahu tunaikan haji dan memakai tudung. Tapi kita merancang, yang tentukan adalah Allah.

‘Bagi Siti, lebih cepat lebih baik. Siti hanya berserah kepada Allah. Kalau ia berlaku tahun ini, alhamdulillah, kalau tahun depan pun alhamdulillah,’ katanya sambil tersenyum manis.

Sudah ada orangnya ke?

‘Memang kawan tu ada… bohong kalau Siti kata tak ada kawan lelaki.

‘Bagi Siti, Siti perlukan seseorang yang boleh kawal (control) Siti dan lebih matang daripada Siti. Yang terpenting, beliau mesti sayangkan Siti, bukan Siti saja sayangkannya,’ kata Siti.

Bila hari bahagianya?

‘Tiba masanya, Siti akan umumkan. Sekarang ni berilah Siti ruang untuk tenang, siapkan album dan selesaikan kerja Siti!’

Read more from Others
5 Comments Post a comment
  1. May 9 2007

    ahah! x de pun pki tudung dh kawin ni

  2. shazza
    May 9 2007

    konon jer tu nk pakai tudung bile dah kawin…
    lagi seksi ade lah..tu lah org kata..jgn ckp bende yg kita xpasti..kan da jadi persoalan..sape nak jawab?? jawab!! jawab!!

  3. betuahbadan
    May 9 2007

    aku pun tak faham la kenapa dia nak cakap mcm tu kat semua org.apa tujuan dia sebenaknya.sekrg ni semua dia cakap kat atas dah tak betul.aku rasa masa dia cakap masa tu dia tak tahu sebenarnya apa dia cakap kut.bukan masa tu je tapi mungkin setiap masa.aku rasa la lagikan siti ni ada penyakit dalaman yg bersangkut dgn urat sarap kat kepala utak dia.apa yg org selalu ckp tu.”cakap tak serupa bikin” aa penyakit tu la..memang la hampeh.

  4. May 10 2007

    biasalah org mulut manis. konon bila cakap mcm tuh nak org hormatlah yg dia bagus… nak press puji dia baik …. kan tuhan dah tunjuk…. manusia ni tak perlu tggu kahwin baru nak tunai haji. duit dah melebihi cukup, dah termebih wajib tunai haji. sekrg org kata dapat balasan balik, tgk lah skrg mkn diri sendiri sebab cakap takbur.

  5. sitot
    May 10 2007

    I rasa dia akn pakai tudung, pegi haji…bila dah berkerepot dan duit dah nak abis..waktu tu lerr dia akan cakap dah sampai serunya…

Leave a comment

required
required

Note: HTML is allowed. Your email address will never be published.

Subscribe to comments