Kak Chah risik Siti Nurhaliza.
“
LAGI cerita mengenai Cinta Beralih Arah yang menggabungkan tiga syarikat produksi. Kali ni Nisa dikhabarkan mengenai pelakon yang bakal menjadi tunjang utama filem ini. Khabarnya Habsah Hassan (Kak Chah), Ruhanie Abdul Rahman (Kak Ani dan Mustaffa Maarof sendiri sudah menyenaraikan nama beberapa artis pilihan.
Dengarnya ada dua nama yang menduduki senarai teratas. Yang utama adalah penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza. Begitupun, sumber yang memaklumkan berita ini berkata Kak Chah belum mengirimkan sebarang lamaran secara rasmi. Katanya, ia baru diajukan secara lisan tapi tak tahu sama ada terus pada Siti sendiri atau syarikat pengurusannya.
Menurut sumber tu lagi, tawaran ini diajukan sebagai membuka peluang pada artis kesayangan ramai itu untuk mencuba bakat di bidang lakonan terutama bagi filem bercorak kemanusiaan. Lagipun, filem ini tidak menonjolkan aspek komersial atau menampilkan popularitinya sebagai penyanyi popular.
Sementara tu, syarikat berkenaan turut mempunyai calon kedua iaitu Erra Fazira. Kata sumber tu lagi, kedua-dua calon tu memang sesuai membawakan watak utama. Begitupun, tiada paksaan kerana segala-galanya bergantung pada persetujuan mereka.
http://www.emedia.com.my/”