Siti Nurhaliza tak akan jadi Juara Malaysia lagi



Rasa-rasanya Siti Nurhaliza tak ada chance lagi jadi juara anugerah di Malaysia.

Kenapa lagu 'Keliru' yang jadi juara???

Mungkin pengadil-pengadil yang keliru ke?

Kenapa kali ini pengadil-pengadilnya dari penyanyi-penyanyi senior?

Ramai yang sangka 'Nirmala' yang akan jadi Juara Lagu ke-17.

Lebih-lebih lagi lagu 'Irama Malaysia".

Apa sudah jadi? Masih keliru ke?

Semenjak dari tahun 1997 – GHAZAL UNTUK RABIAH, 1998 – CINDAI, 1999 – ANDALUSIA, 2000 – BALQIS, 2001 -Mimpi Laila…. semuanya lagu 'Irama Malaysia.

Kenapa tahun ini bukan "Irama Malaysia"???

Adakah Juara Lagu mahu kelainan?

Semenjak Siti ambil bahagian untuk Juara Lagu, Siti sudahpun jadi juara 3 kali.

Adakah disebabkan 'Asik Siti aje menang' seperti mana Intan cakap, pengadil2 tak mahu kasi Siti menang lagi?

Adakah Siti diboikot oleh penyanyi-penyanyi senior?

Ini bukan kali pertama Siti dibuat begitu. Didalam Anugerah Bintang Popular BH, sekali lagi pengadil2 tidak memihak kepada Siti dengan alasan menukar format pertandingan yang tak masuk akal Ini semua disebabkan oleh manusia yang cemburu dan hasat dengki.

Ia bukan saja berlaku terhadap Siti, ia juga pernah terjadi kepada penyanyi Ella tidak lama dahulu.

Tak lama lagi Anugerah MTV Asia akan diadakan. Lihat siapa yang akan dinobatkan sebagai artis Malaysia paling popular.

Jikalau sekali lagi Siti Nurhaliza yang menang, terbukti sudah ada yang cemburu terhadap Siti. Kalau Siti kalah, ia tandanya Siti harus mengundurkan diri dari bidang nyanyian.

On 14th January2003

  Comments: 0 Read more


Leave a Reply