Kenapa Malam Amal Suria 2002 kurang sambutan?



"Siti tak pasti sama ada penonton tidak ramai kerana peminat memboikot Siti."

Petikan diatas dari http://www.emedia.com.my

Adakah betul peminat memboikot Siti ekoran kecewa peminat dengan ketiadaan Siti disalah sebuah pameran di republik itu baru-baru ini?

Pada pandangan aku, ia bukan sebabnya. Ia juga bukan sebab terlalu banyak konsert diadakan pada bulan ogos dan juga bukan kerana tengah waktu peperiksaan.

Aku rasa sebabnya harga tiket terlalu mahal => paling murah $45. Tiada tiket $25!!! Untuk peminat yang bekerja seperti aku, mampu juga membelinya, Tapi untuk pelajar & yang tak bekerja (termasuk yang kena retrench) mana mampu nak beli??? Lagipun peminat Siti Nurhaliza kena bayar $11.25 untuk melihat & mendengar Siti menyanyi satu lagu. Rasa macam tak berpatutan. Peminat Siti datang untuk menyokong Siti, bukan artis lagi. Kalau datang untuk menyokong semua artis, ini bukan dikatakan peminat sejati Siti Nurhaliza.

Aku dengar-dengar, hanya 10% dari keuntungan akan didermakan pada rumah kebajikan! Kata konsert ni untuk amal, kenapa hanya 10%. Sepatutnya semua artis terbabit tidak harus meminta apa-apa bayaran dan semua keuntungan (setelah ditolak kos untuk sewa & transportation) didermakan. Ini satu lagi sebab yang membuat peminat tak mahu menyokong konsert ini. Bukan tak mahu sokong Siti Nurhaliza.

On 2nd September2002

  Comments: 0 Read more


Leave a Reply