Peminat Siti Nurhaliza Ditipu!!!



Siti Nurhaliza!!
Siti Nurhaliza!!
Artis paling popular dari Malaysia
Dapatkah Amy Mastura menandingi kehebatannya.
Saksikan kehebatan Artis dari seberang.
Tarikh: 04/08/2002
Masa: 8.00 mlm
Singapore Expo, Dewan 4 & 5"

Petikan diatas dari akhbar Berita Minggu (S'pore) pada 4hb Ogos 2002

Apa yang terlintas difikiran anda dengan tulisan diatas?

Ya. Anda pasti menyangka Siti Nurhaliza akan membuat pertunjukan di Singapore Expo bersama-sama Amy Mastura.

Tetapi sangkaan anda tersilap. Anda keliru! Itu yang terjadi pada 04/08/2002 di Singapore Expo. Jikalau anda baca petikan diatas dengan betul-betul, yang akan membuat persembahan adalah Amy Mastura seorang saja. Yang atas – atas tu hanya untuk mengelirukan anda saja. Petikan itu tidak menyebut Siti akan datang ke Expo itu.

Aku pun kena tipu! Bingit betul! Aku pun tak berapa PERCAYA yang Siti akan datang ke Singapura selepas Radio Ria ada khabarkaan yang Siti akan berada di S'pore Expo. Aku pun tak berniat nak kesana. Tetapi selepas ia disebarkan disuratkhabar pada hari ini, barulah aku PERCAYA.

Selepas Amy Mastura membuat persembahan, ramai juga bertanya sesama sendiri adakan betul Siti akan datang. Ramai yang masih menunggu selepas Amy Mastura menyanyikan lagu terakhirnya. Ramai yang masih menunggu macam buah DURIAN tak jatuh-jatuh!

Selepas pukul 9.15, aku nampak ramai orang dah mula meninggalkan Expo. Aku nampak seorang peminat Siti (peminat ni pun pernah aku nampak kat IMM tempoh hari). Mukanya nampak bingit. Ni mesti peminat setia Siti. Dia pergi bertanya dengan pengawai didepan pentas. Selepas tu dia kata Siti tak ada lalu dia pun balik.

Aku pun rasa tertipu dan pun mula melangkah kaki untuk pulang. Baru berapa tapak melangkah, satu pengumuman mengatakan Siti Nurhaliza tak dapat datang sebab penerbangannya tergendala. Bolehkah aku PERCAYA dengan cakapnya itu? Hanya SITI NURHALIZA sahaja yang boleh menjawab soalan itu.

Dibenak fikiran aku bersoal.

a) Adakah penganjur itu yang menipu?
b) Adakah benar-benar Siti yang tak dapat datang?
c) Atau peminat-peminat Siti yang salah sangka?

Kalau benar peminat yang kena tipu oleh penganjur, ini kes berat. Siti harus membuat sesuatu sebab penganjur menjual nama Siti Nurhaliza untuk mengambil untung!

Apa yang harus Siti Nurhaliza buat sekarang? Beliau seharusnya menceritakan perkara sebenarnya dimedia masa.

Lagu "PERCAYALAH" adalah untuk peminat-peminat Siti untuk percayakan Siti mengenai kes abang Siti. Kalau Siti Nurhaliza mahu peminat – peminatnya PERCAYA kepada Siti, ceritakanlah hal yang sebenarnya mengenai Expo tu.

Itu sahaja yang aku nak cakap. Aku nak mandi dan berehat.

Adios….

On 5th August2002

  Comment: 1 Read more


One Response to “Peminat Siti Nurhaliza Ditipu!!!”

  1. 90an Power : Amy Mastura « PutraWorks Says:

    [...] Kali terakhir aku melihat Amy Mastura secara lansung semasa beliau menjayakan Singapore Expo pada tahun 2002 dimana aku kesana kerana mahu melihat kekasih ketiga aku, tertapi ditipu oleh pihak penganjur. Baca kisahnya disini. [...]

Leave a Reply