Siti akan berpindah?
“Cakap-cakap telah tersebar luas mengatakan Siti Nurhaliza akan meninggalkan SRC sebaik sahaja kontraknya tamat. Malahan album Sahmura dikatakan sebagai album terakhir Siti bersama SRC.
Dakwaan tersebut dikuatkan lagi dengan penerbitan dua album Siti dalam masa terdekat seakan-akan pihak SRC ingin ‘menggunakan peluang yang ada’ sebelum penyanyi itu meninggalkan syarikat tersebut.
Menjawap soalan, Siti bagaimanakan enggan menyatakan wawasannya selepas tamat kontrak nanti samaada akan menyertai syarikat rakaman lain atau tidak. Katanya, dia tidak mahu melukakan hati sesiapa dengan kenyataan seperti itu kerana apa yang penting ialah memberi komitmen pada album terbarunya ini.
“”Siti tak terfikir lagi tentang itu. Lagipun Siti tak mahu melukakan hati sesiapa dengan kenyataan seperti ini,”" katanya.
Difahamkan, penyanyi seperti Siti pastinya menjadi rebutan banyak syarikat rakaman yang inginkan khidmatnya. Malah ada syarikat rakaman yang sanggup menawarkan kontrak berjuta-juta ringgit semata-mata ingin mendapatkan penyanyi seperti Siti.
http://www.myartis.com/”
Rangkul lima anugerah seminggu.
“HEBAT! Artis paling popular 1999, Siti Nurhaliza Taruddin, terus mendapat sanjungan bukan sahaja dari dalam negeri malah di peringkat antarabangsa.
Kejayaan demi kejayaan yang dirangkulnya sepanjang tahun ini, meletakkan rekod penyanyi kelahiran Temerloh, Pahang, ini yang sukar dikecapi mana-mana artis negara ini.
Selain berbangga menobatkan nama negara di majlis South Pacific International Contest ’99 di Perth, Australia, Mei lalu, sebagai penerima anugerah keseluruhan persembahan vokal terbaik, Siti turut menitiskan air mata apabila namanya dijulang sebagai penerima anugerah Piala Emas Festival Muzik Asean di Shanghai, China 30 November 1999 menerusi lagu Purnama Merindu.
Empat hari kemudian, namanya sekali lagi dijulang sebagai penyanyi Wanita Paling Popular ’99 dan Artis Paling Popular ’99, dalam Anugerah Bintang Popular BH/RTM yang diadakan di Auditorium Besar, Angkasapuri.
Dan sehari selepas itu, Siti sekali lagi mengejutkan peminat, apabila memenangi kategori Balada menerusi lagi Purnama Merindu dalam Jauara Lagu ’99 terbitan TV3. Tidak itu sahaja, dia juga merangkul juara bagi kategori Irama Malaysia menerusi lagu Hati Kama yang turut diraikan bersama penyanyi Noraniza Idris.
Siti memulakan kariernya sebagai penyanyi sejak memenangi juara Bintang Hiburan Minggu Ini (HMI) pada 1995, dan sehingga kini, dia mengumpul sebanyak 28 anugerah berprestij. Dan sepanjang tahun ini sahaja, Siti merangkul sembilan anugerah yang disifatkan satu pencapaian yang luar biasa pernah diterima oleh mana-mana artis di negara ini.
Perkembangan terbaru penyanyi yang bakal menyambut hari lahir ke-21, pada awal raya atau, 11 Januari lalu, ialah album album solo kelimanya, sesudah Adiwarna yang berada di pasaran 31 Disember 1999, serentak dengan persembahan Live Mini Konsert Siti bersama artis SRC, di KLCC Kuala Lumpur.
“”Siti sudahpun memulakan rakaman di PRO Studio, Cheras sejak 6 Disember hingga 18 Disember 1999. Selama dua minggu di bulan Ramadan, Siti akan menumpukan perhatiannya dalam rakaman dan sebarang aktiviti melibatkan persembahan secara live, terpaksa dibatalkan,”" kata PRO syarikat rakaman penyanyi ini.
Album solo asli keduanya, selepas Cindai, dijangka akan memuatkan lagu-lagu ciptaan S Atan, Pak Ngah, Raja Kobat, To’ Ki dan sebagainya. Dijangkakan album ini, akan menyaingi populariti album Cindai, namun penilaian kekuatan album ini masih terlalu awal, untuk dikatakan.
http://www.myartis.com/”
Dari Siti.Nurhaliza.Com
Biografi
Nama : Siti Nurhaliza Binti Tarudin , AAP(Pahang),PMP(Perak)
Nama Pentas : Siti Nurhaliza
Tarikh Lahir : 11 January 1979
Tempat Lahir : Kampung Awah, Temerloh , Pahang.
Hobi : Menonton VCD dan membaca majalah
Warna kegemaran : Hijau dan warna pastel
Makanan kegemaran : Masakan kampung, Thai dan masakan ibu
Minuman kegemaran : Minuman panas
Muzik kegemaran : Pop, Alternative, R&B, Tradisional
Perkara yang tidak disukai : Dipaksa, Menilai seseorang tanpa usul periksa
Perkara yang paling disukai : Shopping, mengusik anak buah dan memerap di dalam bilik
Harapan Masa Depan : Menaikkan martabat industri muzik tanahair, menempatkan diri di mata dunia
Sejarah siti
Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kg. Awah, Temerloh, Pahang pada tanggal 11 Januari 1979. Ketika itu bapanya, Tarudin bin Ismail bertugas sebagai anggota polis di balai polis berkenaan sementara ibunya , Siti Salmah Bachik seorang suri rumah.
Siti merupakan anak kelima daripada lapan beradik manakala seorang abangnya meninggal dunia sewaktu kecil lagi. Adik beradik Siti Nurhaliza yang lain ialah Saiful Lizan, Saiful Bahri, Siti Nursaida, Mohd Ali, Siti Nursaerah dan Mohd Hafiz.
Siti mendapat pendidikkan Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis dan melanjudkan pelajaran ke peringkat menengah Sehingga tingkatkan lima di Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis.
Kegiatan seni Siti bermula ketika di bangku sekolah tabika lagi iaitu beliau bersama rakan rakannya membuat persembahan sewaktu majlis penyampaian sijil bagi tabika berkenaan. Kemudian beliau aktif dalam acara kebudayaan di sekolah rendah dan menengah selain aktif dalam acara sukan. Beliau juga sering mengikuti Family Group iaitu band yang dimiliki oleh kaum keluarganya dalam persembahan iaitu majlis kahwin.
Siti mula menyertai pertandingan nyanyian di kampungnya sewaktu berusia 12 tahun dan menjadi Juara bagi pertandingan nyanyian hari kebangsaan. Beliau menyanyi lagu Bahtera Merdeka dan dari situlah beliau berani tampil di khalayak terutamanya dalam acara kebudayaan atau karnival di Kuala Lipis.
Barangkali sudah menjadi tuah Siti Nurhaliza pada tahun 1995, percubaan dalam pertandingan Bintang Hiburan Minggu ini anjuran RTM telah membuka peluangnya bergelar artis rakaman. Walaupun sebenarnya cita citanya ingin menjadi seorang pegawai polis namun rezeki yang datang bergolek tidak dapat ditolak.
Setelah bergelar Juara bintang HMI, syarikat rakaman Suria Record telah menyunting Siti menjadi artis rakaman mereka. Ketika itu, usia Siti baru 16 tahun dan beliau masih menuntut di tingkatkan 4. Berkat sokongan padu keluarga dan guru-guru serta teman sekolah, Siti dapat menjalankan kehidupan sebagai artis dan pelajar tanpa menghadapi masalah.
Sehingga hari ini, Siti telah muncul dengan 7 buah album solo termasuk album Konsert live Siti Nurhaliza dan beberapa album duet serta album kompilasi. Walaupun baru lima tahum mengorak langkah sebagai artis, tetapi usaha gigihnya telah membolehkan Siti mencatat namanya di dalam Malaysia Book Of Records sebagai artis paling banyak memenangi anugerah di Malaysia. Sehingga kini, beliau telah memperolehi lebih 40 anugerah serta menerima darjah kebesaran daripada Sultan Pahang iaitu Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan juga daripada Sultan Perak yang membawa gelaran Paduka Mahkota Perak (PMP)
Album: SAFA
Album terbaru Siti ini dilancarkan pada 11 Januari 2001 bersempena sambutan hari jadi Siti yang ke-22. Web team turut terlibat merakamkan siaran secara langsung pelancaran album tersebut dari Golden Palace Hotel. Siti sempat membaca ucapan daripada peminat-peminat dan bergambar bersama-sama kiriman bunga yang dibuat melalui laman web ini. Terdapat 10 lagu terbaru dari album SAFA yang dihasilkan oleh pencipta-pencipta lagu terkenal di Malaysia.
SAFA- yang bermaksud putih bersih bersamaan dengan keperibadian dan imej yang dapat ditonjolkan oleh penyanyi yang penuh sopan ini iaitu SITI NURHALIZA. Album terbaru yang dihasilkan ini merupakan album pop yang ke lima dan merupakan album solonya yang ke tujuh selain daripada dua album Melayu Asli iaitu Cindai dan Sahmura. Judul album SAFA dipilih berdasarkan keikhlasan dan ketulusan Siti dalam mengharungi dunia hiburan setelah lima tahun bergelar penyanyi. Dapatkan album terbaru Siti yang asli di kedai berhampiran.
Album : Album Perjalanan Seni S.M Salim & Malaysian Philharmonic +++++–Orchestra – Live
Baru-baru ini, Tan Sri Datuk S.M Salim telah mengadakan persembahan istimewa bersama artis undangannya, Siti Nurhaliza di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Konsert yang dikendalikan oleh Ramli M.S. ini adalah kerjasama DFP dan Warner Music. Peluang dipanggil membuat persembahan bersama dengan bintang veteran, Tan Sri Datuk S. M Salim merupakan satu tuah kerana Siti sudah lama menyimpan hasrat untuk berduet dengan ?orang lama? seperti Tan Sri Datuk S.M Salim.
Dalam konsert yang berlangsung selama dua jam itu, Siti berduet dengan Tan Sri Datuk S.M Salim menerusi lagu Pandang-pandang Jeling-jeling dan secara solo Siti memilih lagu yang pernah dipopularkan Tan Sri iaitu Ku Bermohon Kasih. Pihak Warner Music telah abadikan konsert itu dalam bentuk kaset dan CD.
Album : The Best of Siti Nurhaliza
Album ini adalah himpunan lagu-lagu terbaik nyanyian Siti menerusi album-albumnya sebelum ini serta memuatkan 2 buah lagu baru iaitu Di Taman Syahdu dan Gelora Kasih.
Album : Konsert Live Siti Nurhaliza
Kejayaan konsert solo pertama Siti Nurhaliza yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 30 Oktober 2000 bukan sahaja meninggalkan kenangan manis buat diri Siti malah turut memberi kesan yang mendalam kepada para peminatnya. Kejayaan konsert sulung Siti itu juga telah diabadikan oleh SRC dalam bentuk audio dan visual dengan menerbitkan kaset, CD dan VCD.
Para peminat boleh menikmati sebanyak 26 buah lagu nyanyian Siti semasa konsertnya dan sebuah lagu bonus iaitu lagu Walinong Sari. Selain diselitkan lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad yang telah dinyanyikan semula oleh Siti, peminat juga boleh mendengar sedikit ucapan dialog Siti sewaktu persembahan konsert.
Album : Sahmura
Sahmura adalah sebuah album yang berkonsepkan pop trsdisional. Album ini merupakan ‘permulaan untuk seribu tahun lagi’ kerana ianya memasuki pasaran pada hari pertama di tahun 2000. Album Sahmura lahir bagi menyambung khazanah seni budaya kita supaya tidak mati ditelan zaman. Sahmura memberi maksud permata yang berkilauan. Album ini memuatkan 10 buah lagu-lagu ciptaan terbaru.
Antara lagu-lagu yang menarik perhatian para pendegar ialah Balqis, Ya Maulai, Canggai dan Joget Kasih Tak Sudah. Album ini berjaya memenangi Juara Kategori Etnik Kreatif dan Juara Lagu 2000. Dalam Anugerah Planet Muzik 2000 yang berlangsung di Singapura, Siti telah mengharumkan nama negara kerana diberi penghormatan sebagai Artis Wanita Terbaik, Artis Wanita Paling Popular dan Balqis muncul sebagai Lagu Paling Popular.
Album : Pancawarna
Lagu-lagu yang menjadi siulan anak-anak muda dalam album kelima Siti ini ialah Nian di Hati, Engkau Bagaikan Permata dan Kau Kekasihku. Lagu-lagu ini menjadi hit di stesen-stesen radio dan carta lagu RIM. Dalam album ini, Siti masih mendapatkan khidmat komposer terkenal seperti Adnan Abu Hassan, Azmeer dan Helen Yap. Seperti yang telah dijangka, Juara lagu 2000 masih menjadi milik penyanyi terkenal ini dan lagu ‘berhantu’ Kau Kekasihku diiktiraf Juara Kategori Balada. Lagu Nian Di Hati turut terpilih ke Juara Lagu 2000 dalam kategori Balada.
Album : Seri Balas
Selepas Seri Mersing, percubaan Siti menyanyikan lagu Melayu tradisional tidak dipandang rendah. Setelah Cindai muncul, album terbitan khas ini pula menyusul dengan mengekalkan konsep yang sama dan sambutan yang diterima juga amat mengalakkan. Siti kembali memeriahkan persada muzik tanah air menerusi album duetnya bersama penyanyi Noraniza Idris.
Gandingan mantap Siti dan Noraniza ketika mendendangkan lagu Hati Kama yang dimuatkan dalam album Seri Balas ini juga melayakkan mereka memenangi anugerah Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik AIM 2000. AIM 2000 merupakan kenangan paling manis buat Siti kerana berjaya merangkul hadiah Vokal Wanita Terbaik dan Anugerah Kembara. Susunan muzik Hati Kama cukup indah dan penuh keistimewaan yang tersendiri. Album ini juga mendapat pengiktirafan oleh RIM sebagai Pencapaian Album Melayu Terbaik 1999.
Album : Adiwarna
Gandingan lagu pop dan sentimental menjadi pilihan Siti dalam albumnya yang keempat iaitu Adiwarna.Album ini mengulangi kejayaan album-album yang lain dengan memenangi Album Pop Terbaik , Album Terbaik dan Siti juga dianugerahkan Vokal Wanita Terbaik dalam AIM 99. Siti telah menyertai Pertandingan Lagu Antarabangsa Pasifik Selatan dan mendendangkan lagu Satu Cinta Dua Jiwa/We’ll Be As One. Usaha Siti berbaloi kerana anugerah Persembahan Vokal Wanita Terbaik berada dalam genggamannya. Lagu yang didendangkannya pula diiktiraf sebagai Lagu Pop Terbaik. Bukan itu saja, untuk sekian kalinya Siti muncul Juara Lagu 99 dan Juara Kategori Balada menerusi Purnama Merindu.
Album : Cindai
Setelah sekian lama hasrat untuk mengabadikan irama Melayu Asli tersemat di hati, akhirnya lahirlah album ketiga Siti yang berjudul Cindai. Cindai membawa maksud selendang. Album ketiga ini cukup besar ertinya pada Siti kerana album ini mengenengahkan lagu-lagu Melayu tradisional seperti Cindai, Laksmana Mati Dibunuh, Kaparinyo, Joget Pahang, Joget Berhibur dan Lela Manja. Tahun 1998 juga sekali lagi menyaksikan kemenangan Siti dengan membolot Juara Lagu 98, Juara Irama Malaysia dan Juara Lagu Cindai.
Album : Siti Nurhaliza
Album kedua Siti yang diterbitkan pada 1997 ini masih bertajuk Siti Nurhaliza. Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini memang sedap didengar seperti Aku Cinta Padamu, Wajah Kekasih, Kesilapanku Keegoanmu, Demi Kasih Kita dan Bisikan Asmara. Album ini agak istimewa kerana inilah pertama kali Siti berduet bersama penyanyi berbangsa Cina iaitu Ciang Teng melalui lagu Rindu Diantara Kita. Siti juga menyelitkan satu lagu bonus trak berbahasa Inggeris yang bertajuk ‘The Colour of My Life’. Vokal yang mantap dan lirik yang berkesan dalam lagu Aku Cinta Padamu membawa Siti ke Muzik-muzik 1997 dan memenangi anugerah Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada dan Juara Lagu 1997.
Album : Siti Nurhaliza
Melalui album pertama inilah, Siti mula mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang nyanyian. Album ini juga menyaksikan Siti menggondol anugerah Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada dan Juara Lagu Muzik-muzik 1996 menerusi lagu yang menjadi kegemaran ramai iaitu Jerat Percintaan. Bukan itu sahaja, Anugerah Industri Muzik juga telah menobatkan Siti sebagai Penyanyi Wanita Baru Terbaik dan lagu Jerat Percintaan dipilih sebagai Lagu Terbaik AIM 1997.
Konsert Di Singapura.
“SITI NURHALIZA – EKSKLUSIF: KONSERT DI SINGAPURA SITI NURHALIZA DIBAYAR RM 1/4 JUTA?
Mendendangkan sebanyak 29 buah lagu daripada album-albumnya serta menukar pakaian sebanyak sembilan helai, Siti Nurhaliza benar-benar berjaya membuatkan hampir 5,000 peminat setianya di Singapura dilanda histeria.
HAI sendiri turut berpeluang menyaksikan konsert Siti yang buat julung kalinya diadakan di luar negara pada 18 Mac lalu.
Sejak dari awal, peminat sudah membanjiri Harbour Pavilion di World Trade Centre, tempat berlangsungnya konsert ini dan masing-masing ternyata sudah tidak sabar menantikan persembahan istimewa Siti.
Sekalipun konsep persembahan Siti sama degna konsertnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, yang diadakan pada Oktober tahun lepas, atas permintaan penganjur iaitu Kg. Productions. Namun dari segi pemilihan lagu-lagunya, menurut Siti yang ditemui sebaik selesai mengadakan persembahan, terdapat sedikit perbezaan.
“”Konsep persembahan Siti memang tak jauh berbeza dengan konsert di Bukit Jalil sebab ini adalah atas permintaan penganjuranya. Cuma dari segi pemilihan lagu, Siti terpaksa ubah mengikut cita rasa peminat Singapura.”"
“”Alhamdulillah…Siti gembira dan bangga kerana konsert sulung Siti di luar negara mendapat sambutan menggalakkan.”"
“”Bagaimanapun Siti akui, setiap yang berjaya dilakukan, pastinya ada beberapa rintangan dan halangan. Tetapi semua itu dapqat diatasi,”" ujarnya yang merancang untuk mengadakan konsert di Brunei Darussalam, Jepun dan berkemungkinan di Taiwan selepas ini.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – SITI KECEWA
Ditanya apakah halangan yang terpaksa ditempuhinya untuk menjayakan konsert pertamanya di negara luar, kata Siti yang telah pun berada di Singapura sejak 13 Mac lalu:
“”Sebenarnya sejak Siti tiba di sana, Siti terus mengadakan latihan di studio Sriwana. Malah semasa orang sibuk berhari Raya Haji, Siti juga sibuk. Tapi sibuk dengan latihan.”"
“”Tapi ketika itu, Siti hanya mengadakan latihan dengan penari-penari Sriwana. Sebab rombongan dari Malaysia seperti krew, penari dan pemuzik hanya tiba pada Hari Raya Haji(16 Mac).”"
“”Bagaimanapun, Siti rasa kecewa sedikit sebab Siti tak dapat buat latihan yang sempurna dan mencukupi. Mana taknya, 17 Mac baru kami dapat buat latihan di Harbour Pavilion.”"
“”Sepatutnya buat latihan dan full dress jam 12.00 tengah hari hari itu tapi terpaksa dibatalkan kerana masalah teknikal. Oleh kerana kami tak mahu menggangu mereka yang sibuk dengan persiapan pentas dan peralatan, Siti hanya mua berlatih jam 10.00 malam sampailah 12.00 tengah malam.”"
“”Esoknya pula(pada hari konsert), Siti buat latihan setelah berpuas hati dengan sistem bunyi. Dari pagi Siti di sana, hanya pada jam 5.00 petang baru Siti dapat mula berlatih dan menjelang jam 7.00 malam, baru Siti berhenti.”"
“”Bayangkan Siti ada selama satu setengah jam sahaka untuk bersiap-siap sebelum konsert bermula. Masa itulah terkejar-kejar nak mandi, nak bersolek dan sebagainya. Oleh kerana masa suntuk, Siti tak balik ke hotel.”"
“”Memang meletihkan. Malah orang kata, macam cari nahas. Kalau tak kuat iman…lemah semangat, memang habis…Alhamdulillah…Siti tak patah semangat dan ada keyakinan diri.”"
“”Walaupun dah penat sangat…Tapi Siti tetap berikan persembahan yang terbaik,”" jelas Siti yang menerima pelbagai barangan cenderamata dari pada peminatnya sepanjang konsert berlangsung.
Tambah Siti, “”Selepas selesai konsert ini barulah senang rasa hati. Kalau nak tahu, tiga hari sebelum konsert, Siti langsung tak boleh lelap mata.”"
“”Rasa berdebar-debar ada, risau ada…macam-macam lagilah Siti rasa. Bukannya apa, biarpun Siti tahu Siti mempunyai peminat di Singapura, tetapi Siti tak tahu macam mana sambutannya.”"
“”Mampukah Siti menghiburkan orang di sini? Syukurlah, sekarang semuanya dah beres…Barulah Sitiboleh tidur lena,”" akuinya kepada HAI.
Biarpun konsert sudah selesai dan dia keletihan, Siti tetap tersenyum manis melayan peminatnya.
Seramai 69 peminat bertuah iaitu mereka yang membeli tiket berharga S$300(RM690) berpeluang bertemu dengan Siti secara eksklusif.
Biarpun konsert berakhir kira-kira jam 11.30 malam, hanya jam 1.30 pagi, barulah Siti ‘bergerak’ pulang ke hotel penginapannya di Hotel The Elizabeth, berdekatan Orchard Road.
Antara lagu yang didendangkan pada malam tersebut ermasuklah lagu-lagu popularnya seperti Engkau Bagaikan Permata, Kau Kekasihku, Jerat Percintaan, Purnama Merindu, Nian Di Hati, Cindai, Satu Hati Satu Jiwa, Bisikan Asmara
dan Aku Cinta Padamu.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – BAYARAN MAHAL
Namun paling membanggakan bagi seorang artis muda negara ilah apabila tiket paling mahal yang berharga S#300 bagus terjual.
Malah harga tiket ini lebih mahal daripada harga tiket bagi menonton konsert bintang terkemuka dunia, Mariah Carey yang mengadakan persembahannya di Singapura, lima hari sebelum konsert Siti.
“”Sebenarnya Siti risau juga dengan sambutan untuk konsert ini sebab tak sampai seminggu, superstar dunia mengadakan konsertnya di sini.”"
“”Tapi syukurlah…Peminat Siti memberikan sokongan yang baik terhadap konsert ini.”"
“”Ini menunjukkan satu perkembangan positif bagi industri seni tanah air kerana artis kita sudah diktiraf. Peminat sanggup mengeluarkan wang untuk menonton persembahan artis Melayu.”"
“”Biasanya, layanan first class ini hanya diperolehi oleh artis-artis luar negara. Jadi apabila mereka sanggup membeli tiket Siti yang mahal, Siti rasa terharu dan sangat berbangga.”"
“”Bagaimanapun hanya tiket yang tinggi ini bukanlah kerana ‘letak harga’ atau nak demand…Tetapi ada keistimewaan kepada mereka yang membeli tiket berharga S$300 ini.”"
“”Antaranya ialah berpeluang bertemu dengan Siti secara personally. Ini adalah taktik pihak pengajur yang Siti rasa memberi faedah kepada artis dan peminat,”" ujar Siti yang agak terkilan kerana tidak dapat menonton persembahan Mariah Carey itu.
Selain tiket berharga S$300, tempat duduk bagi tiket-tiket berharga S$120(RM276), S$80(RM184) dan S$50(RM115) turut penuh dengan peminat setianya.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – LUMAYAN
Dengan populariti yang dimiliki oleh Siti sekarang ini, pihak pengajur sanggup mengeluarkan konsertnya di republik tersebut.
Khabarnya, bagi konsert keduanya ini, pihak pengajur telah sanggup membayar Siti sebanyak S$100 ribu atau kira-kira RM1/4 juta. Benarkah penyani ini mendapat bayaran selumayan itu?
“”Sebenarnya bayaran yang Siti terima tak sampai pun sebanyak itu…Kala u nak diikutikan, separuh daripada bayaran yang diperkatakan itu pun tidak…”"
“”Dan kalau nak tahu, setiap bayaran yang Siti terima, bukan untuk Siti seorang sahaja. Siti kena juga membayar kedapa krew, penari, pemuzik dan sebagainya,”" jelas Siti.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – SIAPA TETAMU ISTIMEWA YANG MENONTON KONSERT SITI?
Khabarnya, terdapat tetamu istimewa yang menonton konsert Siti pada malan tersebut.
“”Sebenarnya tertamu ini ialah seorang lelaki Jepun yang sanggup membeli tiket paling mahal dan duduk di depan pentas untuk menonton persembahan Siti.”"
“”Malangnya, Siti tak tahu siapa nama lelaki Jepun itu. Cuma yang Siti tahu dia memang meminati Siti dan memiliki semua album-album Siti. Malah semasa Siti mendendangkan lagu Kau Kekasihku, Siti nampak mulutnya pun terkumat-kamit menyanyi bersama,”" cerita Siti.
Khabarnya juga, ada orang Taiwan yang turut menyaksikan konsert Siti dan mahu membuat satu konsert untuk Siti di negara tersebut.
“”Sebenarnya orang Taiwan itu adalah kawan Mr Tan(Pengarah Urusan SRC). Memang Siti dengar, dia berminat nak mengadakan konsert Siti di Taiwan. Kalau betullah, alhamdulillah…Rezeki Siti. Malah itulah caranya untuk Siti memperkenalkan diri di negara orang,”" tambahnya.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – KONSERT KEDUA DI SINGAPURA
Selepas kejayaan konsertnya ini, Siti sekali lagi telah dijemput untuk mengadakan konsert keduanya di republik ini. Bagaimanapun kali ini, ia bukanlah konsert solo Siti sahaja, sebaliknya menggabungkan artis dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.
“”Selain Siti, khabarnya, Anita Sarawak dan Hetty Koes Endang akan dijemput untuk mewakili negara masing-masing. Siti memang dah lama teringin nak bertemu dengan mereka ini.”"
“”Terutama sekali Hetty kerana Siti memang meminatinya dan semasa Siti menyanyi di majlis kenduri kahwin dulu, Siti selalu bawa lagu-lagunya.”"
“”Siti juga tak sabar nak menyanyi ebrsama-sama Hetty kerana katanya pihak penganjur mahu kami menyanyi duet lagu Siti iaitu Aku Cinta Padamu mengikut versi Indonesia.
“”Bagi Siti, kalau Siti dapat menyanyi bersama-samanya, ia seperti golden dream buat Siti.”"
“”Kalau nak tahu, Siti bercadang nak undang Hetty sewaktu mengadakan konsert di Bukit Jalil dulu. Malangnya, hasrat tu terpaksa dibatalkan kerana beberapa masalah,”" ujar Siti yang akan mengadakan Setiausaha di Shah Alam, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bahru, April ini.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – DENGAN SIAPA SITI SAMBUT RAYA HAJI?
Siti yang buat pertama kalinya menyambut Hari Raya Haji di luar negara juga memberitahu dia begitu hiba apabila mendengar takbir raya tanpa kedua-dua orang tuanya di sisi.
“”Itulah pengalaman paling hiba Siti menyambut raya. Selama ini, Siti tak pernah beraya bersendirian tanpa ibu, bapa dan keluarga yang lain.”"
“”Bagaimanapun nasib baiklah perasaan tu tak lama. Inilah ‘korban’ Siti. Keluarga Siti hanya tiba di Singapura pada sebelah malam 17 Mac.”"
“”Biarpun tak beraya dengan keluarga kecuali bersama Abang Ayie dan isterinya, Kak Rozie, Siti tetap merasa kemeriahan Hari Raya kerana sempat berkunjung ke rumah Abang Ramli MS dan ke rumah pihak pengajur.”"
“”Malah Siti sempat berhari raya ke rumah kakak angkat Siti Kak Sabariah di kawasan Pulau Sentosa sekalipun pada hari tersebut Siti terpaksa menjalani latihan.”"
“”Sebenarnya, Siti dah lama kenal dengan Kak Sabariah ni iaitu di awal Siti menjadi penyanyi lagi. Kalau Siti turun ke Singapura, dialah selalu yang menjadi peneman.”"
“”Nampaknya, cara mereka menyambut raya dan hidangan mereka tak jauh bezanya degan masyarakat di negara kita. Tapi buat pertama kalinya, Siti menjamah biskut suji. Sedap ya!”" cerita Siti tentang pengalamanya beraya di tempat orang.
Kata Siti lagi, ibunya, Siti Salmah juga awal-awal lagi sudah menyediakan biskut cornflakes dan biskut kapal sebagai bekalannya sepanjang di Singapura.
HAI! HAI! HAI! SITI NURHALIZA – BELI BUT MERAH
Bagaimanapun kata Siti, sepanjang hampir seminggu di Kota Singa itu, dia tidak berpeluang bersiar-siar kerana jadual kerje yang ketat.
“”Orang kata kalau ke Singapura, tak sah kalau tak berjalan-jalan. Tapi malangnya, Siti langsung tak sempat nak merasa itu semua. Siti teringin juga nak merayau atau sekadar jalan-jalan ke Pulau Sentosa.”"
“”Tapi masa tak mengizinkan. Bagi Siti, tanggungjawab menyelesaikan konsert ini lebih penting daripada segala-galanya. Kalau Siti berjalan pun, adalah ke pusat membeli-belah di Takashimaya.”"
“”Itu pun sebab Siti terpaksa membeli kasut, satu but warna merah bagi dipadankan dengan baju bagi segmen finale dan beberapa barangan lain yang diperlukan untuk konsert tersebut,”" cerita Siti lagi.
“
Peransang Abang Dalam Karier Siti Nurhaliza.
“SITI Nurhaliza tidak pernah menduga akan terkenal di Indonesia. Tiba-tiba saja, ia dibanjiri banyak surat gara-gara kesuksesan lagu Betapa Ku Cinta Padamu. Penyanyi asal Malaysia kelahiran Pahang, 11 Januari 1979 ini cukup surprise ketika ditawari tampil di Indosiar dalam acara khusus Sejam Bersama Siti Nurhaliza. ”Saya hanyalah lulusan SPM (Sijil Pendidikan Malaysia, setingkat dengan SMU – red ). Saya masih harus belajar banyak tentang dunia ini. Saya harus menekuni secara total dan mengembangkan kemampuan saya dengan belajar menyanyi, performance panggung, memahami konsep promo tour. Itu pula yang menyebabkan saya memutuskan tidak meneruskan sekolah, agar tidak tanggung-tanggung dalam menekuni sesuatu,” ujar putri kelima pasangan Tarudin bin Ismail dan Siti Salmah binti Bachik ini.
Meski tidak menyangka akan mendapatkan sambutan meriah dari penggemar di Indonesia, Siti meyakini pilihan yang diambilnya. Ini semua bukan satu kebetulan atau sekadar memanfaatkan kesempatan. Darah seni memang mengalir deras dalam dirinya. Kakek Siti, dari ibu, pemain biola dan kakaknya adalah penyanyi. ”Kakek saya pemain biola hebat. Ia dan abang saya mampu menyuburkan semangat dalam diri saya agar menjadi penyanyi berkualitas. Saya pun menjadi yakin dan merasa sayang bila tidak mencoba,” ujar peraih penghargaan Artis Wanita Baru Terbaik 1997 , versi Anugerah Industri Musik, Singapura.
Meski demikian, tidak berarti Siti hanya memiliki satu pilihan tanpa memikirkan alternatif lain. Ketika masih belia, Siti justru bercita-cita jadi polisi. Satu karier yang terbilang jauh dari yang diraihnya saat ini. Keinginan itu bisa jadi berawal dari kekagumannya pada sang ayah, yang berprofesi sebagai polisi di Malaysia. ”Saya melihat polisi sebagai sosok yang gagah dan mengagumkan. Ayah terlihat sangat gagah saat mengenakan seragam,” cerita Siti Nurhaliza penuh kenangan.
Untuk mengasah bakat yang dimiliki, Siti tidak belajar olah vokal secara khusus. Ia memilih belajar dengan caranya sendiri, mendengarkan suara penyanyi pujaannya, seperti Celline Dion, Marriah Carey dan Whitney Houston. Kemudian ia mencoba meniru dengan menyanyikan lagu-lagu penyanyi pujaannya itu. Ia terus mengulang-ulang sampai merasa pas dan mirip dengan versi aslinya.
Debut pertama Siti di dunia tarik suara dimulai pada 1995. Ketika itu, abangnya menyarankan untuk mengikuti lomba menyanyi tingkat nasional. Berkat keyakinan sang abang, Siti berhasil merah gelar Juara Bintang. Pada 1996 kesuksesan kembali diraihnya ketika memenangkan Juara Lagu. Lagi-lagi berkat dorongan sang abang, Siti memberanikan diri mengirimkan contoh vokal ke perusahaan rekaman di Malaysia. Hasilnya, perusahaan rekaman itu memberikan tanggapan yang baik. Mereka menawari Siti rekaman. Pada 1996, Siti melempar album pertama berjudul Jerat Percintaan. Baru pada album kedua yang berjudul Betapa Ku Cinta Padamu, Siti dikenal di Indonesia. Itu berkat kerja samanya dengan Blackboard. Album kedua ini, berdasarkan catatan Blackboard, berhasil mencapai angka penjualan 400 ribu keping kaset. Bukan jumlah yang sedikit, terutama bagi pendatang baru seperti Siti Nurhaliza. ”Hasil album ini, saya pakai untuk membeli kereta (mobil – red ). Saya perlu kendaraan untuk memenuhi kebutuhan bepergian ke sana ke mari. Sisanya ditabung. Saya tidak mau menghambur-hamburkan uang”", tutur Siti bersemangat. Di Indonesia, Siti mempunyai pengalaman menarik ketika pembuatan video musik Betapa Ku cinta Padamu . Pada video yang mengambil seting tempat kawasan Puncak, Jawa Barat dan Bandara Soekarno-Hatta, Jakarta itu, hadir Anjasmara sebagai model utama. ”Bukan karena syuting bersama Anjasmara. Tapi pada saat syuting klip itu, saya mesti memegang kelinci banyak sekali. Padahal saya tidak pernah memegang kelinci sebelumnya,” ungkap pengagum DR. Mahathir Mohamad.
”Dia sangat serius dalam bekerja. Apa yang dilakukan selama pembuatan klip itu bisa dibilang profesional, supaya mendapatkan hasil yang maksimal. Gosip mengenai hubungan saya dengan Anjasmara, itu hanyalah kabar burung yang sangat jauh dari kenyataan,” kilah Siti tentang Anjasmara.
Meski telah menerjunkan diri dalam dunia hiburan yang penuh gonajng-ganjing, Siti mengaku belum siap berpacaran. Ia merasa usianya masih sangat muda. ”Usia saya baru 18 tahun. Masih banyak yang harus saya pikirkan sebelum masuk ke dunia pacaran,” jelas Siti saat mengakhiri pembicaraan dengan BI. Para penggemar yang jatuh cinta, harus menunggu sampai Siti benar-benar siap. Begitu? * rur/guh
Source: BINTANG Online”
Ayie Sahabat Sejati Siti Nurhaliza
“APABILA kita memperkatakan mengenai sahabat, sering terbayang di fikiran wajah rakan-rakan di sekolah ataupun jiran sekampung yang dikenali sejak kecil lagi.Tetapi berlainan sekali dengan penyanyi kecil molek yang pernah memenangi beberapa anugerah di bidang seni muzik tanahair, Siti Nurhaliza Taruddin yang menganggap abangnya, Ayie sebagai satu-satunya sahabat sejati.
“”Dalam dunia hiburan yang Siti pilih sendiri ini sukar untuk menentukan siapa yang boleh dianggap sahabat dan siapa yang tidak. Bukan bermakna mereka yang menceburi bidang ini tidak boleh dipercayai, tetapi kadang-kadang kita selalu jumpa dia dan ada kalanya langsung tidak pernah jumpa.
“”Kalau boleh, bagi Siti jika kita menganggap seseorang itu sebagai sahabat kita biarlah sentiasa berhubungan dan berteraskan kejujuran serta keikhlasan. Kalau kita jarng jumpa dia, bagaimana kita hendak tahu sama ada dia jujur terhadap kita ataupun tidak.
“”Jadi, Siti menganggap abang Siti, Ayie yang sering menemani dan menjaga Siti ke mana-mana sama ada ke pertunjukan pentas mahupun sesi fotografi sebagai sahabat kerana Siti yakin kepadanya,”" katanya.
Gadis berusia 18 tahun ini berpendapat, kawan senang dicari kerana sesiapapun boleh menjadi kawan, tetapi tidak semua orang boleh menjadi sahabat yang benar-benar jujur dan setia.
Walaupun ada yang mengatakan sahabat itu hanya dikhususkan kepada rakan sebaya atau mereka yang bukan dari kalangan keluarga, Siti mempunyai pendapat yang berbeza.
“”Bagi Siti, tidak ada salahnya Siti menganggap abang sebagai sahabat Siti. Abang tetap abang, tetapi selain ayah dan ibu, dialah yang memahami susah senang Siti selama ini.
“”Sekiranya ada masalah, dialah tempat untuk Siti mengadu dan meminta pandangan. Lagipun, kebanyakan masa dihabiskan dengan abang dan banyak pengalaman sepanjang Siti menceburi bidang ini dikongsi bersama abang.
“”Bukan sahaja semasa persembahan, sampaikan masa yang terluangpun Siti habiskan dengan abang dan keluarga,”" katanya.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendapat Siti ini, tetapi seperti katanya, keluarga adalah tempat untuk mengadu nasib dan sahabat yang paling baik ialah keluarga sendiri yang tidak mungkin membohonginya.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna yang beliau tidak mempunyai sahabat semasa di sekolah. Walaupun beliau meneruskan kerjaya di bidang muzik, beliau tetap tidak melupakan beberapa sahabat lamanya di sekolah yang kini masih menetap di Jerantut, Pahang dan ada yang sudah melanjutkan pelajaran.
“”Siti ada mempunyai kawan baik semasa di sekolah dulu. Tetapi apabila tamat sekolah, masing-masing membawa haluan sendiri. Ada yang melanjutkan pelajaran dan seperti Siti memilih untuk meneruskan kerjaya dibidang ini.
“”Sekali-sekala bila Siti pulang ke kampung Siti akan menghubungi sahabat Siti. Tetapi, dalam ramai kawan, Siti anggap seorang kawan Siti yang kini belajar di Institut Teknologi Mara, Suhana sebagai yang paling istimewa.
“”Walaupun dia dari bidang yang berlainan, Siti rasa tidak ada perbezaan asalkan kami masih tetap seperti dulu.
“”Jadi, jika ada yang mengatakan Siti sudah berubah dan melupakan sahabat lama Siti, itu tidak benar,”" katanya.
Beliau yang kini memilih muzik sebagai kerjaya tetapnya, berkata seseorang itu boleh mempunyai sahabat baik tidak mengira status dan kerjaya sahabatnya.
Bagi Siti Nurhaliza, perubahan dalam hidupnya sekarang tidak bermakna beliau akan memutuskan persahabatan dengan sahabat lamanya.
“”Hubungan antara sahabat tidak akan putus. Kalau boleh, kita berkawan biarlah berpanjangan dan sentisa menghormati antara satu sama lain supaya perhubungan yang terjalin tetap mesra.
“”Inilah antara sebab kenapa Siti menganggap abang sebagai sahabat sejati kerana perhubungan adik beradik tidak akan putus. Ada masanya Siti anggap abang sebagai abang dan ada kalanya, Siti anggap dia sebagai sahabat terutamanya ketika hendak menceritakan masalah yang Siti hadapi,”" katanya.
Kawan memang senang dicari kerana sesiapapun boleh menjadi kawan walau dalam waktu yang singkat. Tetapi hendak mencari kawan yang sentiasa setia bersama di kala susah dan senang kita, bukannya mudah.
Kawan ketawa memang ramai, kawan menangis…
Source: Berita Harian”